
A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.
Monday, March 23, 2009
11 jenis manusia didoa malaikat
Antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Hutan Lipur Lata Meraung,Jerantut Pahang
Kitorg bertolak pagi dr mentakab g Jerantut singgah umah along wat preparation skit…pastu g sana dlm setengah jam dah sampai…kat sana xtvt dia mandi manda,bakar bakar ayam n ikan,n mengacau anak sedara aku..ehehehehhe
ni masa xtvt bakar bakar kak ita ngan paklang n bibik sibuk bekerja...
monday...
Aku pun tak faham napa aku tak suka kerja skrg ni..environment dia kot yang buat aku bosan…aku tatau nak buat camna nak bg happy kan diri aku…kereta aku tak siap lagi tu salah satu benda gak yang buat aku bosan…duit pun takde aku lupa nak msg kak pujit acc number hasil jualan sk11 aku tu.
Aku ada lagi 4 file to settle this week, arini aku try settle kan 4 –4 nya..insya allah
Sebenarnya menda ni tak la susah sgt tapi benda ni memeningkan kepala aku.sbb dulu masa kat bank.Mr Tham yg buat menda ni.tapi aku tak nampak lak dia buat proposal tuk write off biasanya buat chart je tuk write off.
Arini department sebelah opis aku ni ha tgh kemas kemas barang..bising je..aku nak buka lagu pun tak boleh…
Friday, March 20, 2009
selamat hari jumaat
Thursday, March 19, 2009
Cik Osaka...heheheeh
Overdose cafein
Alamak awal la pulak...opis aku start kul 9.00 pastu aku pusing pusing cr parking yg berhampiran sbb selama ni aku tak pernah bawa kereta.pastu aku parking kat belakang bangunan MAS tu,taktau la kena berapa ringgit tu...pastu dah kul 8.30 aku naik opis aku.
Eh apa kena mengena dgn subject???..hehe,sbnarnya pagi tadi aku minum 2 tin nescafe..konon konon taknak bg ngantuk..pastu usaha aku mmg berjaya..aku tak ngantuk langsung..tapi..aku rasa nak muntah,mual,muak sampai aku rasa nak kuarkan balik apa yg aku minum tadi...adoiiiiiiiiiiii,sakit gile kepala aku skrg,,skrg ni aku mencover balik dgn minum 8 botol air..eh silap 8 mug air kosong.kembung perut aku...nasib baik aku beli 2 tin je..kalau aku beli 2 jug ice caramel machiato??????..mau pengsan aku arini...Peringatan....JGN BUAT LAGI.
dah nampak klcc
Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah gastrointestial. Simptom-simptom ini boleh berlaku walaupun hanya 250mg kafeina diambil. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.
de 5...
1.What were you doing 5 years ago?
2004 ek…aku kat UNITEN Muadzam shah yang bunguk..bak kata nina..terror la uniten ni wat kampus dlm hutan kalah MARA.hahahah..aku sangat bosan kat sana tapi demi cita cita nak menghabis kan degree sbb malas nak further kat Uni lain sbb senang nak transfer credit aku duk la bertapa kat UNITEN tu.tapi tiap tiap minggu aku balik umah tak pun turun KL tak koser aku duk weekend kat situ.rela ngabis kan duit isi minyak,banyak plak duit aku time tu…hahahahahahah
2.What were the 5 things on your to do list today
menyiapkan amendment untuk write-off account ni
Call Lawyer KL wong yang sengal tu nak tanya legal opinion (pastu aku pening,…hahahaha)
kena tgk website Kuwait Finance House..ehehhehe
Kena g beli barang dapur sket
Kena fikir jalan nak balik rumah dr office aku,sbb arini aku drive g opis..hehehe(pinjam keta abah)
3. What were the 5 snacks that you enjoy?
Exceli aku tak suka makan jajan.aku tulis mana yang aku ingat je la ek
- Rocky star kaler pink (cam ayat nina)
- Tam Tam (ni kila ajar aku)
- Sembe (ko ingat tak benda ni nina???)
- Ricola..ni kira snack gak ke?sbb aku enjoy je dan benda wajib ada dlm handbag aku..hehehe
- Jajan yg kalau org bg free kita makan,best wooo…
4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
Tak penah terfikir pun sbb aku tak rasa nak jd kaya n aku rasa suke je idup cengini. sbb kang aku pikir kang aku nak buat n aku nak juga menda tu jadi,,tak kira..aku kan degil.heheheeh
5. Who are the 5 people you wanna tag
mira
shiha
zura
sapa sapa lah
Tuesday, March 17, 2009
511 cepat sikit la jam
lembab.....
aku nakjadi org pertama kuar..sbb aku nak balik mentakab...heheheh
half day or take a leave???
kalau tak sempat aku ckp je aku cuti sehari..lagi pun aku still unpaid,nak wat cmna kan...
selasa
ari yang agak bosan..aku dapat balik semua file yg aku nak wat write off setelah di ammend oleh bos...kena ammend 6 file..dh siap 4 dah ada lagi banyak file menyusul ni.cmna aku nak minta cuti ni,bos aku ni pun satu,tak bgtahu dateline bile bila nak main terjah je...aku rasa tak best la kerja kat sini.apsal ek????.environmnt dia kot buat aku bosan..
aku duk sorang sorg dlm workstation aku ni mengadap file takde jiran sebelah menyebelah yg leh sembang...gila la horror hidup aku..org lalu aku senyum je..tu je la..kalau nak gerak pun g toilet n pantry..pantry pun jarang g sbb pantry kat department sebelah,malas gile aku nak bergerak.Tapi g toilet aku rajin.sbb office aku ni dh mcm peti sejuk,nasib baik la aku ni bertudung kalau tak maunya migraine aku di buatnya....kat sini keje aku asyik makan je,,sbb aku bosan kot then takde menda lain aku nak buat dah.dgr lagu pun tak leh..apa lagi nak buat...buat kerja la dah org suh dtg tuk wat keje pun kan...huhuhuhuhuhuu...tapi takkan aku nak melalui hari hari yang mcm ni...
apa lagi la yg tak kena ngan aku ni ha..
Monday, March 16, 2009
Selamat Pengantin Baru..Ijan
deco bersama ....
Patah Kaki
Banyak benda tertangguh semenajak aku takde kereta ni,,pastu buat keja pun cam tak best je…..
Antara benda benda yang tak dapat aku buat bila takde kereta antaranya…….
Katil
Aku pun taktahu mana kaki katil aku hilang…semua dah lengkap kaki katil yg hilang …masa pindah randah aritu…dah seminggu aku tidur betemankan tilam…maknanya kena la beli katil baru…tapi…Tunggu keta siap la…
Comforter
Aku nak beli comforter baru kat Amcorp Mall,dh jumpa tinggal nak g beli je,ni pun pending gak sbb … Tunggu keta siap la…
Barang dapur
Disebabkan takde kereta hari hari akukena beli makanan sbb brg dapur aku kehabisan..aku ni sungguh la mals pergi kedai ,pastu nak jalankaki bawa balik lagi.lagi senang kalau ada kereta.takla berat sgt nak bawa balik..kesudahannya.. Tunggu keta siap la…
Stok makanan tinggal air vitagen ngan air soya je dlm fridge tu…L
Masa
Ni pun satu,,tiap tiap pagi aku malas bgn sbb mengenangkan nak berjalan dr umah ke LRT 20 minute tu..dan tiap tiap pagi kena motivasi diri utk bangun g kerja dan jalan kaki.
Penat tau nak nangis pun ada,balik pun sama,nak kejar asar lagi..kalau hujan terpaksa la aku kuyup sekali…huhuhu…ni tukar tag line la,.kalau ada keta kan best.. Tunggu keta siap la…
Peterpan
Tak dapat dgr lagu lagu dlm kereta …mood aku skrg dgr lagu peterpan,sbb aku suka tgk LUNA MAYA,aku jumpa masa kat Jakarta aritu,terus teringat kan Ariel.. Tunggu keta siap la…
(mcm kat Laptop takleh dgr lagu kan)






