Saturday, January 31, 2009

my v putih....


P.A.R.F.U.M.E

The word perfume used today derives from the Latin "per fumum", meaning through smoke. Perfumery, or the art of making perfumes, began in ancient Mesopotamia and Egypt and was further refined by the Romans and Persians.

Although perfume and perfumery also existed in India, much of its fragrances are incense based. The earliest distillation of Attar was mentioned in the Hindu Ayurvedic text Charaka Samhita. The Harshacharita, written in 7th century A.D. in Northern India mentions use of fragrant Agarwood oil.

The world's first recorded chemist is considered to be a woman named Tapputi, a perfume maker who was mentioned in a cuneiform tablet from the second millennium BC in Mesopotamia.She distilled flowers, oil, and calamus with other aromatics then filtered and put them back in the still several times.

ni serba sedikit aku amik kat wikepedia nya web...arini,aku sebenarnya takde idea pun nak post citer tapi tadi tetiba aku tercampak plastic bag baju..ada bunyi...jeng jeng jeng rupanya aku nya DELICIOUS..nasib baik tak pecah...pastu aku letak kat rak brg make-up (make-up la sgt ada la bedak n gincu je)..sambung balik..bila aku susun susun rupanya banyak juga aku dh habiskan duit kat perfume ni....meh sini aku senaraikan.............

Ni perfume pertama aku beli,aku suka bau dia ,,tapi aku beli miniture je....zaman aku blaja kat uniten nama dia
1)....Ralph Lauren Style Perfume by Ralph Lauren for Women



2) Pastu aku beli yang ni plak yg ni dah tak miniture la.....Ralph Lauren Summer Perfume by Ralph Lauren For women.
3) lepas yang ni ada org bagi aku lak yang ni ...sebab aku suka Ralph Lauren punya Perfume kot

Sama cam tadi la nama dia cuma yang ni Ralph Lauren Cool by Ralph Lauren for women




4) Yang ni pun org bagi juga..nama dia sometimes in the morning
Ni beli serentak sebab harga dia murah,aku beli kat warehouse sale kat PJ.

5) Eternity Moment by Calvin Klein.....


6) JLO Glow by Jeniffer Lopez





7) Ni aku beli sebab aku suke botol dia nama dia NINA Perfume By NINA RICCI
8)....Lepas tu aku dah stop sekejap rasanya sampai lah ada org bawa aku g shopping perfume kat SINGAPORE....heheheheh...aku beli yang ni sekian lama aku nak....... DKNY be delicious.....






9)Yang ni aku beli sebab harga dia murah $10 ,bila aku tgk kat kedai parfume kat OU dia jual beratus...untung aku beli kat mus ta fa


10) Lastly aku beli perfume kesukaaan aku ,,yang ni lagi lama giler aku nak beli tapi tak tau napa dulu tak terbeli beli akhirnya aku beli juga setelah aku tak tahu nak beli apa masa shopping kat singapore tu drpda aku balik sakit hati,,aku beli la yang ni..akhirnya..dan aku rasa aku tak beli perfume lagi kot...yg semua ni ha tak habis habis guna............Miracle by Lancome


Wednesday, January 21, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberiIngin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemuSelamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Thursday, January 8, 2009

BEDTIME STORIES

semalam saya tgk cerita ni......

Friday, January 2, 2009

...........................:)

Akemashite omedetou.Ii toshi ni narimasu you.Kotoshi mo yoroshiku onegaishimasu.


ada org ajar tambahan ni tadi...


wah....dah ada kawan...dr singapore....heheheheheh

ada tambahan tak?????....tunggu ek bulan depan kita beli kat jakarta...hehehe...ni antara collectble aku.......

christmas kat singapore

amik gamba org jalan 2

ni kat depan paragon






kat depan og ni......




riben ni cantik kalau malam dia ada lampu ni kat depan takashimaya




ni pun kat depan takashimaya..patung tu dia joget joget ada nyanyi nyayi lagi




ni dalam takashimaya ni.................






ni gamba masa aku g singapore last year ....takde la last year sgt 27 dec 2008,konon konon nak shoppin last last cam mahal je...hehehe,,tapi aku dpt la beli perfume MIRACLE...saja nak puaskan hati at least buy somethin.hehehhehe






akemashite ondetou...2009

akemashite ondetou....2009.....
hari ni aku kat mc d sebelah ikea...td baru lepas jumpa fara kat ikea.......bosan gile,malas pula nak balik rumah takde apa kat rumah...sebab semua orgtakde..esok cuti,,aku je ada training kat opis tu ...saja...je sibuk nak wat training...bosannya..bila la aku nak keluar dr semua menda bosan ni,.....

Thursday, December 11, 2008

khasiat pisang

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

cari kerja

skrg mood aku tgh cari kerja...sapa sapa ada kerja kosong sila bgthu ya

im back..heheh

wow....dapat masuk balik dlm blog ni.setelah sekian lama....heheheh
aku selalu trlupa password..banyak sgt email..hehehhe.best..best
skrg kat rumah yati nak keluar kejap lagi...

Thursday, July 24, 2008

l.o.v.e????

Why must someone becomes a priority in your life..when you are only an option in theirs.." dear,wut does it mean.i xpaham lah omputih...hehehe

Sunday, July 20, 2008

kehidupan- kala hati bahagia

kekadang bila hati rasa dilukai kita cepat merintih, berkeluh kesah dan mengadu domba. ketika itu kita mahu supaya Allah mendengar keluhan kita, bangun malam untuk solat hajat dan pelbagai daya kita lakukan agar kita kembali bahagia. namun, apabila hati kita berada di saat bahagia, kita lalai dan leka. (manusia mudah lupa!!).
sedang janji Allah andai kita sentiasa bersyukur , maka akan ditambahnya akan nikmat dan anugerah terhadap kita.
maka, tatkala bahagia, banyakkan syukur . syukur membuang sifat mazmumah dalam diri, menjadikan kita bertanggung jawab dan lebih rela memberi dari memint

.................

“The past doesn’t equal the future.” - Anthony Robbins

Apa yang berlaku di masa lalu, biarlah berlalu. Tugas kita, bina kecemerlangan di masa kini untuk masa depan yang lebih gemilang, lebih terjamin dan lebih bahagia.

Maafkan diri sendiri atas kesilapan di masa lalu, kemudian lupakan selupa yang mungkin, buang jauh-jauh, sejauh yang mungkin, lepas tu jangan ingat lagi!

Fadilat bulan rejab

Pada hari Isnin tanggal 04 Julai 2008 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi'raj (30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (04,05,06 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-haripuasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripadamadu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, laluRasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

InsyALLAH marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan ibadah terhadap ALLAH tambah-tambah lagi di bulan Rejab ini yang mana padanya banyak kelebihan.Gandakanlah ibadah terutamanya amalan berpuasa kerana banyak kelebihan yang ALLAH janjikan padanya.Semoga kita semua di beri kekuatan untuk melakukanya demi menagih keredhaan ALLAH di Dunia dan Akhirat.