Friday, June 19, 2009

Reunion n Lepaking session

aku ada reunion ahad ni..reunion ke?lepaking session la bak kata nana..tatau la jadi ke tak .sebab tak dapat kata putus lagi sebab masing masing nak tentukan tempat..n tempat tu masing masing nak dekat ngan umah masing masing..pandai ya...taknak jalan jauh sikit ...nak kena ek korg ni..sampai hari ni still tak dapat kata putus lagi..aku ajak buat kat uniten tak mau...senang sikit confirm sume tak sesat..ahahhahaha
ahli majlis
nana
inna
aru
jaja n syed
aisyah
yati
afzan
aku..
cdangan tempat
nana-old time sunway
aku-cheras sudah
inna-kl kat dgn ampang
yati-buat high tea la tempah hotel...
melampau ni yati niaku tahu la bapak ko keje mafia..ko banje terus kitaorg semua..amacam?macam kat rivera MELAKA(ingat ayat ni kena capital letter sekrg..hahahah)
eh sikit nya mana yang lain..yang lain akan dicontact nanti feruz takde sebab ada xtvt dgn nemo dan ikan paus kat redang

balik kampung

ni gambar pandangan dr belakang opis aku
awal gile aku sampai opis arini kul 7.15 dah tercongok kat opis..
hehehehehni mesti sebab aku kuar awal b4 7 tadi..saja gedik..sbb aku nak g beli bekfast..kang aku lapar..
hahahaha.....arini nak balik umah after work.....semalam mira call dia ada kat mentakab..wiwi pun msg dia kat signboard mentakab..saja nak jeleskan aku ya korang ni..dah 2 minggu tak balik mentakab tercinta

kan last weekend g MELAKA..haha kena letak capital letter sbb aku tgh suke negeri tu buat masa ni..hehehehh..en.rhs bgthu mak dia nak minta tolong saya,

sy:nak minta tolong apa?
rhs:how should i know...
eleh nak berspeaking speaking bagai
sy:yalah cmna lak mak leh ckp cengitu?
rhs:lah manalah tahu..nanti call la dia
asal lak kena call la..kan dia nak minta tolong..ehehhe..egonya...tapi dah segan arr ngan mak dia...baik sgt.takpa la..nanti nanti la...
apa ek?

Thursday, June 18, 2009

DPLI

kawan aku azrina (na) dpat offer DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah)
dapat kat UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
masuk bulan 7 ni
tinggal la aku sengsorang kat PSM JKM ni,...
heheheheheh
.
.
.
.
for azrina...
congrate,
go for it
Selamat masuk U balik n Selamat Jadi Cikgu yang berjaya
ajar Pengajian AM tu..
cayalah...:)

Wednesday, June 17, 2009

Ceramah"penghayatan statistic"


hari ni saya masuk opis after lunch hour...
saya pergi kementerian sebab ada ceramah "penghayatan statistic",gilela tajuk..menda ni pun nak wat penghayatan..nak wat camna kan...goverment..aku teringat lak ima citer masa dia praktikal kat bank negara dulu..nak di buat kursus seminggu tentang cara cara penggunaan pen drive..takyah seminggu sepuluh minit je leh ajar..tatau la kalau leh kurg minit lagi kan...tapi kita takleh anggap semua org mcm kita kan..so nak taknak kena la gi dgr ceramah ni..
gamba ni saja amik kat situ
aku g ngan pu3 dia wakil bahagian komuniti aku bahagian latihan..nasib baik ada dia.kalau tak tercanggak canggak gak aku sengsorg kat kementerian tu..dah la baru first time g kan..
nak jdikan citer,ceramah tu kat aras 1.blok e,then kitorg g la kat entrance tu then terus g lif..kata aras 1 kan..masa dlm lif pu3 suh aku tekan number 1 sbb ada org dlm tu tekan number 3.then bila lift dh jalan baru aku tekan 1..yang org dlm tu pandang je aku dgn pu3,then aku biar je..pastu lift tu turun balik sbb aku lambat tekan then bila turun lift aku pandang pu3 then dia pandang aku..then 2-2 gelak..rupanya..entrance tu la aras 1...dia takde gf..ahahhahah..mengong 2-2 ekor..nasib baik la takde org..then terus g receptnis tu..dia pun pelik tgk kitorg gelak gelak,then dia tanya
"ada ceramah statistic ya:
aku n pu3:aah
"pegawai ke?"
aku n pu3:'aah,baru lantik "

kusi yang kosong..maknanya aku ngan pu3 sampai gile awal
hahaha..cam malu je bila akak reception tu tanya camtu..takde ciri ciri langsung..betul2 blur..gegeggegegeg..

ni reception dia

takpe pengajaran .lepas ni kalau suh g kursus kat kementerian ke dah tahu dah..hehehehe kan pu3

Penjawat awam dilarang sembang guna Internet

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasuk aktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.
"(Langkah) ini sebagai panduan kepada penjawat awam terhadap penggunaan kemudahan Internet," kata Najib dalam jawatan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan
Rakyat semalam.
Antara larangan tatacara penggunaan Internet yang dijelaskan oleh Perdana Menteri itu merangkumi memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen.
Selain itu, katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board.
Perdana Menteri juga melarang penjawat awam menggunakan kemudahan sembang, menggunakan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersial dan politik.

tazkirah:atasi tekanan dengan bercakap dgn diri sendiri

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.
Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.
Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan
menyelesaikan masalah ini.Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti.
Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)
.
.
.
.
.
.
.
.
rhs inform tarikh umrah dia delay ada masalah dgn visa..so pergi on 22/6..
.
.
.
.
.
rhs:tak dpt beli otak otak nak terus balik,nanti sampai kl lewat lak
sy:takpalah ,takde rezeki tapi nak mangga
rhs:g call umah suh amik siap siap
sy:call la sendiri kan mak awak
rhs:eh kan tgh drive ni g la call,balik kang amik je,takkan nak jolok mangga malam malam

rocky biskut

pernah makan menda ni tak?
aku suke...
semalam si na tanya aku pasal benda ni bile aku pelawa dia makan
na:"halal ke"
sy:"ko tunggu aku habis makan dulu la.baru aku jawab...mahal ni aku beli"ehhehehe
tapi aku tgk ramai je org makan...
history dia...
In Malaysia, Pocky was renamed as Rocky, perhaps to avoid a vulgar word in MalayIt was first sold in 1966,[1] and consists of a bread stick coated with chocolate. The name was changed to "Pocky", after the Japanese onomatopoetic word for the sound Pocky makes when bitten, pokkin (ポッキン). The original was followed by "Almond Pocky" in 1971, with an almond coating, and "Strawberry Pocky" in 1977. Today, the product line includes such variations as milk, mousse, green tea, honey, banana, strawberry, and coconut flavored coatings, and themed products such as "Decorer Pocky", with colorful decorative stripes in the coating, and "Men's Pocky", a dark (bittersweet) chocolate and "mature" version

Monday, June 15, 2009

umah saya dh ada ni

hehehe..
ni pun nak citer
suke la..blog saya kan
actually beli kat giant senawang masa ada clearance stock tu
harga dia rm50 hengget..kalau rosak leh baling dr cheras sampai senawang..berbaloi baloi
hehehehe
lepas ni takyah sibuk tgk wayang dah leh tgk dvd kat umah dgn aman damai..
heheheheh

Otak-Otak JB

Saya nak makan ni,..ehhehehe..tetibe je kan..actually dpt sms dr rhs dia kata pergi JB.then sempat balas OK..then hp flat then terus down..sbb penat gile berjalan jalan bersama keluarga..hari ni bila on hp,ada 3missed call dr rhs..panggilan rindu ek kalau dlm bahasa melayu..ehheehe..then after work return call rhs..


rhs:hello askum...
sy:wsalam
rhs:kenapa susah sgt nak call ni?
sy:eheheh,best tak?sakit hati tak?
rhs:boleh tahan la
sy:boleh tahan bas?
rhs:aah ya..
sy:ala sory la semalm flat gile sampai dr melaka terus down,keje kan masuk awal skrg
rhs:sapa lak pandai suh pilih yg awal
sy:nak balik cepat
rhs:nak wat apa pun kat umah balik awal.
sy:oh yea?esok tukar shift petang la camtu
rhs diam je.tu maknanya dh bengang tahap dewa..hehehehe
sy:kat jb lagi ke?balik bile?
rhs:aah sepatutnya arini tapi tgk la cemana nantis
sy:nak otak otak,
rhs :kedai tu,tutup kul bape?
sy :dah tutup dah ni,gi esok je la..kat service centre mana?
rhs:plentong..abg ada kat umah?
sy:abang lang?
rhs:aah sapa lagi en.azman la..
sy:entah..apsal?
rhs:kena saman...
sy:hahahahhahhhhh......
yang pasti esok saya nak otak otak dr jb ok..eheehee..janji,bukan rahsuah arr...
teringat masa rhs selalu dtg ke JB dulu..selalu teman dia jenjalan n lepak kat JB..kat pantai pantai lepak kat dataran..n yg paling best g singapore malam malam wat keje gile g mus ta fa..
jalan jalan tengok lampu kat orchard road pergi hard rock tgk live band....
eheheh..then lepak minum ice caramel machiato kat starbuck merlion..huhuhu..sangat la j*iwang..
huhuuuhhuhu

Melaka-seremban-nilai-KL

Ni cerita masa balik pula..aku bertolak awal dr melaka cam kul 9 gitu sb malas nak tempuh jam ptg nanti kan..bak kata en rhs leh sampai menitik air mata tunggu jam tu..so amik jln mudah bertolak awal dr umah tuk anjang kat lorong pandan.then saya ikut jalan lama coz malas nak patah balik g tol ayer keroh sgt la jauh dr lorong pandan..ecccececeeh.dh terror dah ni jalan melaka..ahaa..lepas ni takyah call en rhs bile sesat..huhuu...then cr kedai makan tuk abah sbb dia tak sarap lagi..sarap tu breakfast org johor panggil sarap..org kedah panggil nyuruk..heheh faham?then takde kedai lak..sian lak kat abah..sampai naik highway abah kata takde kedai ke nak minum.,..adoi la..aku masuk highway kat simpang ampat..then aku kuar kat senawang..apsal senawang?heheheh..
actually aku rindu nak tgk giant..boleh?ehhehe..dulu masa aku study kat muadzam selalu g giant senawang ni tuk beli barang sebelum balik ke muadzam..kire lepas rindu la..bleh?
hahhah..giant pun nak rindu...tapi sebelum tu bg abah breakfast dulu..
abah aku memang susah nak makan kat umah org ..org lain masak pun dia susah nak makan kecuali mak aku masak.,pastu tinggal abah kat kedai aku g giant dgn mak..bukan saja tinggal ok..kaki abah aku bengkak sb kencing manis dia takleh jalan byk byk..tapi dia memang suh bawa mak aku g jenjalan..sbb dia mmg suke berjalan tapi tak larat..tapi dia nak aku bawa mak g jenjalan bg mak happy happy..aku kan ank yg baik..heeeheheehe..pastu dh shopping bagai sb kat situ ada clearance stock..mak nak beli tv..samsung 29 inc berharga RM400 je..tapi disebakan keta tak muat..aku kata kat mak..takyah la..next time gaji aku beli la...
heehehehe..


then aku meneruskan perjalanan kali ni aku ikut jalan lam gak..
saja suke suke bwk mak n ayah akug jlan..menuju ke nilai..kali ni nak singgah umah cousin aku..abg din..anak bapak aku..bapak tu panggilan aku kat abang ayah aku..org lain mesti panggil paklong kan..tapi aku panggil bapak..manja sikit..ehee..makcik aku aku panggil mama..suke la..aku kan banyak mak..pergi umah dia kat onthe way nilai -labu..aku suke g umah dia sb umah dia umah kampung pastu dlm hutan sikit..best nyaman..kalau malam buat bq lagi heaven..eheheee...tapi aku tak amik gamba sbb aku sibuk makan buah dgn makan nasi..

hewheheee...


pastu aku meneruskan perjalann balik ngan mak..tapi tak balik lagi...

sbb mak aku nak g nilai 3..layankan aje dah sampai kan..heheheehe


duk sibuk usha kain langsir raya..baju raya tak beli lagi..kang semua pakai langsir time raya balut kat badan tak yah buat baju lah ya..



sebelum balik makan cendol kat nilai 3 tu...
kawan abah?kawan ?ehheeheh..abah saya memang suke beborak..sebenarnya abah ditinggalkan kat kedai cendol tu time kitorg jenjalan kat nilai 3..seperti beser abah takleh jaln byk sb kaki dia bengkak..heheee
then balik KL dgn hati yang riang gembire setelah berjaln jalan bersama keluarga..n parent saya meneruskan perjalanan balik ke PAHANG tercinta..

Kenduri kawen kat Ayer Molek.Melaka.

ni pintu gerbang dia.
actually kenduri ni kenduri abang ipar aku punya anak sedara.
huhuuhu.jauh kan tapi nak wat cna family aku mmg rapat dgn besan besan ni.
so sapa jadi menantu mak ayah aku jgn riso la takde jadi kes manohara tak dpt balik jumpe mak.
parent aku siap g anto lagi.
hehheheheh
anum n aku
seprti beser pica wajibabg ipar aku dh cekak pinggang pengantin tak sampai lagi..hehehee

mija yang comel..tukang bagi gule gule..
heheh

ni tugas dia aritu..

ha sampai punnnnnnnnnn...
pengantin pompuan dr pahang..yg laki komfirm la melaka kan
kompang2 die
aku n ijat

tukang basuh pinggan

ha ni la family abang ipar aku...mak pengantin laki yang duduk pakai baju ijau tu..

abang ipar aku yg paling kurus sekali..

korang cr la..heheheh

p/s utk en.notyadam n wife selamat pengantin baru.,.bukan taknak dtg tapi dah merancang dgn nina,tapi ada perkara yang tak dpt dielakkan..nanti tuntut hadiah juga ek..ehehe..kalau jumpa

family trip

Ari jumaat balik kerja terus g melaka but b4 that singgah semenyih jap,jumpa bonda Bayah,mak sedara mak...sbb dia sakit.,then pastu bertolak ke melaka..kali ni aku sengaja ikut jalan lama sebab malas nak tempuh jam..sampai kat seremban baru aku naik highway...kire nak lari dr jam la..kengkonon kan..pstu sampai kat seremban benti makan jap..tatau kenapa tetibe nak explore makan makan kat seremban..maybe aku suke baca blog si ann ni then terasa cam nak jenjalan kat seremban lak...tapi hampa..sebab tak pandai jalan dlm bandar seremban..pusing pusing jumpa jalan g highway je..maknanya terus ke melaka la kan.heheheh...sampai melaka terus g akan kat kedai asam pedas kat bandar Melaka

yg bestnya bile abah aku borak borak ngan tokey kedai ni.....owner dia la kan...asalnya org TEMERLOH.PAHANG!!!!!!!!!!!!!!!!!

P/S:EN RHS ORG PHG PUN LEH WAT ASAM PEDAS OK

Pesta Malam INdonesia 3

best giler....
ada tak sesapa nak bagi saya tiket free
nak sangat pergi..tapi.......
cikfarina yang CANTIK (ehheheheh) apa kata bagi saya tiket free ..ko beli la lain..hehehe..
ko kan kaya keje kire duit..hehehehehhe
Stadium Bukit Jalil (Carpark A)!
Sabtu, 20 Jun 2009!
Karnival bermula jam 10 pagi dan konsert hebat jam 3 petang!
Dewa 19, Padi, Gigi, Andra and the Backbone dan sheila on 7

Sunday, June 14, 2009

Tadaimaaaaaaa

baru pulang dr MELAKA yg mengembirakan...
heheheh

Friday, June 12, 2009

Lunch saya yang panjang..ehheh

semenjak tukar keje ni aku dptla merasa masa rehat yg panjang ari jumaat ni kan...arini mak aku dtg,pastu g jln jln masa lunch.mule mule nak makan nasi kandar kat depan ssf tu..tak jadi lak..g chowkit mkn kat kedai kelantan..aku suke makan kat sini sbb byk lauk lauk kelantan yang aku suke...best ada arini makan daging bakar cicah dgn budu,sambal belacan,ikan bakar ulam ulam ayam gulai kerabu perut gulai labu..uh sgt nyaman..ditambah dgn mak bayar lagi nyaman..ahhahahahahaha
pastu aku ajak mak g pasar kat jalan tengah kat tempat kerja lama aku...tetiba jumpa kak ros..kawan mak masa mak meniaga kain dulu..pastu beli kainkat dia sbb dia bagi murah murah,next time boleh beli lagi..pastu aku beli beg satu..sbb akunya esprit ni semakin hancur..huhuhu..nak beli mahal hancur gak..baik beli murah je 20 hengget je..aku suke tgk pu3 punya beg walaupun takde jenama tapi cantik cantik..huhuhu


p/s:cik by tanya mak awak bile nak masak nasi kerabu lagi..ehhehe

Saya bangga jadi pompuan..


tag dari CIKBY
Syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan
ya betul...sebab nama saya ada binti
Norhaslinda Binti Abdul Ghani
2.copy award n paste kat blog anda
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan

1.sebab leh jadi gedik gedik ayu ayu...
2.leh main make up make up
3.leh simpan anak patung barbie n tedy bear
4.leh try pakai skirt selain suar..laki mana bleh..kena pakai suar je sampai bebila..hehehehe
5.leh wat magic..cthnya cam pregnant kejap jadi gemuk kejap jd kurus
6.leh manja manja..kalau laki dh muntah darah dah..tak pun aww
7.ni paling best..leh minta duit ngan abah ,abang lang n abang nuar..sebab aku adik pompuan dia..hahahaha
4.pass award ni kat girlfriend7 sebab kenapa saya bangga menjadi perempuan/wanita
semua pompuan yang baca blog aku ni..

melaka

arini mood aku fikir pasal melaka..
arini aku nak g melaka lepas balik kerja
tapi arini byk sgt benda mengenai melaka
ehhehehehehe


contohnya:
  • arini nak g melaka
  • tadi aku wat kuiz kat facebook tuk psgn anda dr negeri mana?tup tup melaka...
  • angah call dari melaka
  • ada sales manager orkid hotel melaka datang tuk bg brocher tentang pakej hotel dia di melaka
  • terasa cm nak makan asam pedas yg kat kedai selera melaka
  • arini nak call rhs..org melaka
  • hehehehehhe...

apakah maksud disebalik semua ni?????

tunggu jawapan bila aku pulang dr melaka....:)