A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.
Friday, July 15, 2011
Kebahagian Hidup
Saturday, March 26, 2011
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak
Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .
Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )
' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286
Wednesday, May 5, 2010
Bahtera Nabi Nuh
Rhs:kalau nak difikirkan tentang dosa dan pahala,takleh hidup lah kot”
Sy:kenapa?
Rhs:kita tak tahu pun dosa n pahala tu
Sy:kenapa cakap macam tu
Rhs:nampak ke dosa n pahala tu?
Sy:memangla..tapi kan kita dah dibagitahu dosa n pahala tu apa.apa yang boleh buat ..apa yang tak boleh buat
Rhs:entah la..bagi I apa yang I buat semua betul..sbb kalau I rasa benda tu betul lah..kalau I rasa benda tu tak betul I tak buat
Sy:mmmmmmmmmm
Rhs:senang macam ni la..u buat apa yang u rasa nak buat janji u pegang pada Saturday sy:maksudnya
Rhs:u pegang pada satu kalau u rasa nak buat u buat kalau rasa tak ..jangan buat
Sy:okeh
Rhs:u tahu cerita nabi nuh?
Sy:mmm
Rhs:dia pegang pada satu..pada ALLAH..sorang sorang buat kapal..semua tanak percaya cakap dia..then sapa yang ikut dia naik kapal?binatang binatang kan..anak dia pun tanak percaya cakap dia..then apa yang jadi?u tahu sambungan nya kan?
Sy:mmm.(n.i la buat aku terharu dgn rhs)
Thursday, March 18, 2010
JAngan Terlalu Susah Hati....
Thursday, December 17, 2009
awal muharam
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

(click for enlarge)Monday, November 16, 2009
naik seri...

Innama amruhu itha aradashay-an an yaqoola lahu kun fayakoonu
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
rhs saya cakap...kalau kita nak "naik seri"amalkan baca surah kedua terakhir yassin ni.dr start mandi sampai habis...insya allah....
mmmm..cubalah amalkan...insya allah....
Monday, September 14, 2009
pesanan
antara garisan

Mengisahkan seorang ustaz yg melihat seorang perempuan GRO ketika sedang qiamulail di masjid ketika di permulaan cerita, dan diakhir cerita pula, keadaan sebaliknye berlaku apabila perempuan GRO yang telah bertaubat melihat pula ustaz yg telah terlanjur di tempat dan pada waktu yang sama.Dimulakan cerita, watak perempuan GRO, Ayu yang dibawa oleh Nurkhiriah, tinggal bersama dan menyara adik sepupunya, Wirda lakonan sharifah amani.Walaubagaimanapun, Wirda sentiasa memandang rendah pada Ayu dan nampak babak yang paling jelas adalah apabila dia membakar duit yang diberi oleh Ayu untuk membayar yuran STPM kerana menganggap duit tersebut adalah tidak berkat kerana hasil daripada pekerjaannya sebagai GRO.Di pihak ustaz pula, ustaz muda itu baru sahaja berpindah ke kampung itu dan dihasut oleh golongan muda yang terlalu taksub pada ekstrem jihad & juga watak Hattan yang telah saya dapat agak adalah watak 'setan' yang menghasut ustaz tersebut secara halus.Pada masa yang sama ustaz tersebut jatuh hati dengan Wirda sehingga mereka ditangkap terlanjur."
'Setiap hukuman di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T dan segala kebaikan serta keburukan umat manusia di muka bumi ini adalah cerminan realiti yang perlu dijadikan pedoman umat manusia seluruhnya'
Iblis yang kita sedia maklum mempunyai dendam yang mendalam terhadap Nabi Adam a.s. dan cucu-cicitnya (manusia) juga merupakan golongan jin. Sejarah Iblis agak istimewa berbanding jin yang lain. Iblis merupakan satu-satunya jin yang dilantik untuk menjadi ketua seluruh malaikat walaupun Iblis bukannya seorang malaikat.Ketaatan dan amal ibadat yang tinggi mengangkat Azazil (nama asal Iblis) menjadi ketua para Malaikat. Jin dijadikan daripada api. Malaikat daripada cahaya. Manusia daripada tanah. Ciptaan daripada api dianggap lebih mulia daripada tanah. Perintah Tuhan untuk sujud kepada Adam tidak dipatuhi Azazil. Serta-merta, kemuliaannya sebagai ketua malaikat dilucutkan dan gelaran Iblis Laknatullah diberikan.Dendam kepada Adam diturunkan kepada anak cucu-cicitnya.
Na'uzubillahu min zalik.
Thursday, September 10, 2009
Sejarah Solat 5 Waktu
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
.
.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
.
.
ASAR Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
.
.
.
MAGHRIB Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
.
.
.
ISYAK Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..
Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
sekadar berkongsi....
Thursday, August 27, 2009
isteri solehah
Saturday, August 22, 2009
Fadilat solat Terawikh
salam ramadhan

Assalaamu'alaikum wr.wb..
Marhaban ya Ramadhan, Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita diijabah,
Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup,
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.
" Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.
Sunday, August 16, 2009
Saturday, August 15, 2009
mata n kamera
Mata dan kamera beroperasi mengikut prinsip yang sama. Kanta mata dan kanta kamera berfungsi memfokuskan cahaya. Imej terbentuk pada retina mata manakala imej bagi kamera terbentuk pada filem. Mata dan kamera membentuk imej yang lebih kecil dari objek, songsang dan nyata.
inilah assumption yang si fazrul ni citer ngan aku..lebih kurang la yang dapat aku simpulkan..so konklusinya mata n kamera ni lebih kurang sama la functional dia..tapi mana leh sama 100% ,mata kan anugerah dr allah yang tidak ternilai tapi..secara amnya...kerdipan mata dianggap sebagai flash kamera dan bila di kerdip memorinya sampai ke otak untuk disimpan..macam tu juga kamera bila disnap akan disimpan dlm memory card then akan diproses menjadi foto dan dapatla disimpan jadi kenangan atau diframe..bagi mata pula kerdipan yang sampai ke memori otak akan di simpan selamanya hinggalah masa menentukannya samaada sampai atau tidak pemikiran kita untuk mengingatinya sesuatu masa nanti......jadi untuk memastikan ingatan kita ni tidak lupa atau nyanyuk...kita mestilah menjaga nya dgn sempurna..mcm tu juga bile kita menjaga memory card kita..dr segi penjagaan,,masa nak beli...brand and etc...so..untuk otak kita...camna ek?itu kita kena kaji balik..cuma satu je yang aku pegang...dgn membaca alquran...itu akan membuatkan kita senang untuk menghafal dan mengingati sesuatu perkara...mmg terbukti..sbb nenek sedara aku yang dah 70 tahun kat shah alam tu...still ingat lagi kat aku..apa yang jadi kat aku skrg ni..aku dpt kerja baru..aku kerja lama...resepinya...setiap kali lepas semayang..baca al-quran...skrg ni aku cuba praktikan..tak banyak pun..paling kurang 3 helai pasti aku cuba baca...insya allah....eh dah jauh dr tajuk ni...apa apa pun sekadar berkongsi pengetahuan...chow.
Thursday, August 6, 2009
pose bulan syaaban
aku berjaya pose untuk nifsu syaaban
hehehehe
semoga berjaya hingga akhirnya,.hehehe
arini nak g surau bawah kondo tu la...
senang sket nanti nak g bulan ramadhan...
takkan nak g masjid yang jauh lak
surau bawah umah pun ada..ehheheeh
nanti nak g terawikh senang
sapa nak ikut g surau arini...????
angkat tangan...
AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN
Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.
Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:
Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.
Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..
Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:
Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".
Banyak melakukan amalan takwa dan taat.
Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".
Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.
Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.
Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat.
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Sunday, August 2, 2009
AL-FATIHAH
dia memang nice n frendly

