Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

pakngah on tv n paper

Columbia Asia To Spend About RM1.5 Bln On New Hospitals
tetibe arini wat sebuk kat fb upluad gamba pakngah dlm paper utusan arini.
heheheh

Thursday, July 9, 2009

Saya sayang daddy - Paris

LOS ANGELES 8 Julai - Anak perempuan bongsu Michael Jackson, Paris Katherine memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya dengan berkata, "Daddy adalah ayah terbaik yang tidak dapat saya ungkapkan".
Kanak-kanak berumur 11 tahun itu buat pertama kalinya membuat ucapan di khalayak ramai ketika seluruh dunia sedang menyaksikan majlis penghormatan untuk Jackson di Staples Center dan sekali gus menafikan gosip berhubung kehidupan pelik keluarga mereka.
"Sejak saya dilahirkan, Daddy telah menjadi ayah yang terbaik yang tidak dapat dibayangkan oleh kamu. Saya amat menyayanginya," katanya kepada tetamu yang hadir.
Selepas ucapan penghormatan daripada abang Jackson, Jermaine dan Marlon, Paris menyatakan hasratnya untuk berucap.
"Cakaplah," kata makciknya, Janet Jackson dengan lembut ketika Paris membuat ucapan umum selamat jalan kepada ayahnya.
Luahan perasaan Paris mencuit perasaan para hadirin di Staples Center dan mereka yang mengikuti upacara itu melalui Internet.
Suasana menjadi lebih hiba apabila Paris tidak dapat meneruskan kata kerana terlalu kesedihan lalu ditenteramkan oleh ibu saudaranya, Janet.
Paris, abangnya, Prince Michael, 12, dan adiknya Michael II, 7, turut menyertai nyanyian penghormatan We Are the World kepada ayah mereka.
Ini adalah kali pertama seluruh dunia dapat menyaksikan ketiga-tiga anak Jackson, setelah Raja Pop itu semasa hidupnya sentiasa melindungi anaknya daripada perhatian umum. - AFP


tak sempat tgk malam tu..sbb balik dr klia dah lewat..nak tgk ulangan kena balik umah tgk astro...umah sewa takde astro..huhhuhu

Friday, May 22, 2009

Zambry kekal MB Perak

SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan

p/s apsal aku concsius?sebab bapakaku org perak..ada drh perak mengalir dalam badan aku selain darah merah hehehe

Thursday, May 21, 2009

Polis NS tumpas kumpulan curi kereta

SEREMBAN: Polis menumpaskan satu kumpulan mencuri kenderaan di Negeri Sembilan dan Selangor dengan tertangkapnya empat lelaki serta penemuan semula enam buah kereta pada 13 Mei lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata keenam-enam kereta itu dilaporkan hilang di kedua-dua negeri itu akhir tahun lalu dan awal tahun ini.Katanya kejayaan polis itu ekoran penangkapan pada 13 Mei seorang lelaki berumur 45 tahun di Sikamat yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dicuri.Osman berkata hasil siasatan, polis merampas lima lagi kereta, 36 cukai jalan dan alat-alat yang digunakan untuk mencuri kereta termasuk satu alat pengesan isyarat elektronik berharga RM15,000 yang digunakan bagi memudahkan penjenayah mencuri kereta. - Bernama

p/s rasa rasanya ada tak kereta aku?

Friday, May 15, 2009

bad news


KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)
DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

15 Mei 2009
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai satu
kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan
POSITIF influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan
pada 15 Mei 2009.
Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di
Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun,
yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula
mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009,
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada
jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada
dalam keadaan stabil.

Monday, May 11, 2009

Mohammad Nizar MB Perak Yg Sah

Mohammad Nizar MB Perak yang sah
11/05/2009 4:15pm
KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Utusan

Wednesday, May 6, 2009

kereta saya hilang

proton waja
whx 6483
kaler silver
location:bandar sri permaisuri ,depan bayu tasik kondo
call saye:019:3496115