Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

Buke @ Pak Li Dang wangi

semalam stuck kat opis sebab jam
then g buke pose with pu3 n sue kat sini
malas nak kuar jejauh
mula mula nak g kg baru
pun jam
akhirnya yang ni terdekat
air


nasi goreng kampung pu3

nasi lemak special saya.

Tuesday, September 7, 2010

28 Ramadhan

oh lagi 2 hari nak kerje
2 hari ke?
hari khamis tu cdgnya nak half day
kalau sampai half la
ntah ntah kul 10 aku dah cabut
ehhehe
baju raya dah ada 2
2 okey..selendang dah ada
semua dah ada
oo duit raya tak amik lagi kat dyana
ada 2 ratus
ni apsal semua 2 ni
oh ya hari ni nak berbuke ber 2 dgn pu3
tatau nak g mana
tunggu la ptg nanti
nak balik umah la

Monday, September 6, 2010

27 Ramadhan

arini g kerja dr semenyih
sbb semalam tidur rumah yati
dah lama gile tak jumpa yati
balik dr pahang terus g umah yati
then bersahur kat sana
:)
hari ni sambung misi cari baju raya
saya takde baju raya lagi
huhuhu

Saturday, September 4, 2010

25 Ramadhan

arini kuar dgn mak n makcik melur
g jalan jalan
pastu g seberang temerloh kat sg gau
mak kata sata kat situ sedap dan murah
kuih dia n makanan dia sume harga RM2.hengget

kuih raya pun ada
pakcik ni tgh bakar sata.sedap
satu cucuk RM2.00 ada 4 ketul besar dan sedap
pastu
pastu

ha g cari bahan nak wat biskut raya
tunggu ek kuih apa yang aku berjaya wat
ehhehe

Friday, September 3, 2010

24 Ramadhan

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed, berkata malam lailatul qadar adalah anugerah utama Allah SWT khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW saja malah berlaku pula hanya pada Ramadan dan tidak pada bulan lain.

“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.

“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.

Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?

“Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.

Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.

“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.

“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah,” katanya.

Roslan berkata, kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.
Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.

“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.

Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.

Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.

Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.

Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:

“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.

Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.

“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.

Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.

Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.

Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

huh
just got my paycheck
yeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaa
shopin shopin
satu pun tak beli lagi
nak kena list ni
yang pasti dah ada org minta kasut paul smith
ish songel la ko ni ijat
arini ada majlis buke pose kat opis
wajib datang tu
siap kuar memo apahal
ehhehe
takpalah makan free
:)

Monday, August 30, 2010

20 Ramadhan


10 malam terakhir ramadhan


Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :


Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Sunday, August 29, 2010

Buke arini @rumah Angah

kfc wajib..hehehe
lalallalallalalalalallalallalala

ikan bilis berlada..feveret saya
amik ko
air oren sunkis

Friday, August 27, 2010

Buke @ Ani Sup Utara

xtvt semalam
buke di Ani Sup Utara
tapi saya g beli nasi kerabu dulu kat pasar ramadhan Bandar Sri Permaisuri
nasi kerabu yang berharga 7 hengget kenyang sampai pagi ni
sampai malas bangun sahur sbb kenyang sangat
ehehehehehnana,ecah,saya mulia
dania ngan yo
yang dah selamat dimakan

amek ko meja kitorang
hehehhe

Thursday, August 26, 2010

16 Ramadhan


14 days to go
blog aku bulan ni
mcm counting tuk raya
tapi sebenarnya takde la semangat sangat nak raya
apa pun takde
semalam ijat call nak dtg kl minggu ni dgn nenek nak beli baju raya
macam banyak sgt duit dia tu
layankan je
siap cakap jangan lupa bawak balik novel budak setan
eheeehhehe
dia dah terpengaruh dgn si kasyah
ehhehe
arini plan buke pose?
entah
tapi rasa nak makan nasi kerabu
mana nak cari?
kita pikirkan ya
oh ya meh sini letak gambar xtvt kat ukm semalam
xtvt kerja sambil mengular
hehehehe pepel kaler cik zarinayang ni memang totally
bosan
heheeh

Tuesday, August 24, 2010

Buke pose @ Kinrara

saya punya
nasi goreng pataya
kawan kawan saya punya


dan lagi

hehehehhe
penuh meja
makan 4 org je
xtvt buke pose semalam
ehheh

Monday, August 23, 2010

Buke Pose @ Murni With Berons..

semalam balik awal dr pahang then terus g USJ
janji ngan berons ni buke pose
and nak suprise birthday yo..oh happy birthday yo..
:)
nasi goreng tomyam seafood aisyah..
hehehe
sessi UNO sambil menunggu buke pose..start 6.30 sampai 7.30 tak abis abis lagi
air dah sampai.:)
lily..
dah selamat...hehehtgh menunggu lakonan si jannah dgn anip
tadaaaaaaaaa..aku dapat tang bir je ..
yang lain dlm kotak malas nak bangun amik gamba
hehehehehsessi bagi hadiah..
heheheh

Saturday, August 21, 2010

11 Ramadhan


arini kat umah
mak dah sehat sikit
ni baru balik cuci kereta
mak komplain kete kotor
sbb kereta saya warna hitam mmg la cepat nampak kotor
arini plan nak g pasar ramadhan kat seberang temerloh
banyak kuih kuih best
aku mcm mals je...
oh ya..arini dah pose
5 hari je tinggal tuk tahun ni
malam ni leh sambung g terawikh balik
hehehehe
chow!!

abang ipar saya masak
ikan talapia..
feveret saya

Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan

cadangnya buke pose kat bangi with berons
tapi dapat call dr angah kul 12
mak kena tahan spital..kencing manis dia tinggi
then sms bos terus shoot balik umah cheras
amik baju sumer
,call angah mak kat spital lagi.tengah masuk air untuk neutral balik kencing manis dia
then on the way back angah call bagi tahu mak boleh kuar lepas check darah.
balik umah tgk abg nuar n kak nadia dah sampai
along pun on the way,then abang lang pun on the way
hari ni buke pose kat umah je...

kitorg mmg suke buli dia
heheheh

KLCC with Berons

semalam tukar plan
ke KLCC
hehehhe
sayang nak lepaskan peluang bersama BERONS ni
tapi takde sesi chow tai tee atau pun UNO
hahahha
sebab semua tu tinggal kat umah
so sessi makan makan ops "buke pose"
yang pastinya yangn jantan je pose
yang pompuan semua tak pose..
heheheheh
kita teman si yo je buke pose
yang lain amik feelin feelin buke pose la ya
hahahaahha makanan ecah n nana..setelah 2 kali tawaf fodkot tu nasi ayam je ko jumpa ya?
yo dgn nasi dr kedai mamak
dania spagheti olive
aku nya nasi lemak dgn paru ni aku terpengaruh kat blog si nina
tapi nasi lemak tak best sangat
boleh la untuk org lapar..:)
sekian laporan semalam.

Thursday, August 19, 2010

Memori Buke pose bersama artis

zaman blajar dulu aku addicted to RE n Ve so tiap tiap xtvt diorg aku g
heheh
bersama partner in crime aku.besernya si nana la..meh kita tgk gambar gambar memori
hehhheee..bile ingat balik rasa cam klakar lak
baby, nana, missyputriby dan missyputri
ha ni VE tgh nyanyi nyanyi
masa ni buke pose kat kedai si putri tu kat shah alam,seksyen 13 tak silap,
rimba madu cafe nama dia.
ha yang ni lak buke pose bersama Ruffedge
aku,nana sapa ntah
dgn azan.masa ni buke pose kat Naili's kat sentul,puas aku cari kedai tu masa tu
heheheheh


ako n saya..
ni aku yang handle,buke puasa with ako mustapha kat muadzam
masa ni aku blaja kat uniten muadzam n buat buke pose kat resthouse muadzam
ako dtg lambat masa ni..apa apa pun njoy..heheheeh
makan makan
kawan kawan uniten + lina pun ada..hehehe
makan lagi...
sekian cerita saya..
heheheh