Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Friday, May 29, 2009

perbualan a dan b



satu sketsa perbualan masa on the way damansara ke cheras..




.

cik a: aku pun tak tahu nak jd apa, nak kata tak solat dh wat dh..insya allah yg 5 tu dh selamat tak tinggal lagi..tak cam dulu..quran pun dh baca..doa sumer...takde la wat benda yang tak disuruh tapi hidup cam ni gak

cik b:tulah kan

cik a: tak cukup power kot doa ngan solat aku...ko solat baca surah panjang ke pendek..surah apa?

cik b:mmm..surah sama je aku baca tiap kali solat..dulu kini dan selamanya...hehehehe

cik a: hahhahah..dulu kini dan selamanya...

cik b:patutla hidup aku sama je dulu...kini dan selamanya..hehehe

cik a: aah kan dh baca surah sama minta yang sama patutla sama je..pas ni baca surah lain la...hehehe




.

ada betulnya tak kawan kawan?

Monday, May 18, 2009

Surau opis Saya

n3 dulu sya penah citer pasal surau opis saya kan..nak tgk...selamat beramal..

no 15 maknanya opis saya tingkat 15


dah kul 3.00pm aku nak g semayang,

tetibe AM keling aku ni kata ada sorg staff g semayang tunggu dia balik baru leh g.

masalah nya ada 9 org staff lagi apa beze 2 org staff g semayang ngan ada lagi 9 staff kat meja ni

..effectnya apa?company bankrupt?

Aku tak suke opis ni..
Aku tak suke bile time aku nak semayang dipertikaikan
Aku benci semua ni
Sabar sabar

"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

Friday, May 8, 2009

SOLAT SUNAT HAJAT

Sekadar berkongsi dn pengetahuan diri sendiri...
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."
NIAT SOLAT HAJAT


Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya
ya allah ya tuhankan moga kau makbulkan doa hambamu ini..amin..