Monday, September 14, 2009

cari ikan





x tvt last weken mak saya beli aquaria..eh aquarium baru..
dia kata kena ada benda hidup dlm umah..eh aku tak hidup ke..
ehhehe


Pasport mampu milik

RM100 ringan beban rakyat

BUKIT KAYU HITAM: Mulai 1 Oktober ini, semua bakal haji dan umrah, ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke luar negara melanjutkan pelajaran serta peserta lawatan sambil belajar ke negara asing boleh memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif mampu milik dengan bayaran RM100. Pasport baru dengan 32 muka surat itu mempunyai tempoh sah laku selama dua tahun, berbanding yang ada ketika ini iaitu 32 muka surat dan 64 muka surat, masing-masing berharga RM300 dan RM600 untuk tempoh sah laku lima tahun.

source from here

huh penatnya aku bayo 300 nasib baik untuk 5 tahun..tapi tak kisah dulu aku dah mengguna sewenang wenangnya ke singapore..hehehehe
rindu banget nak g sana lagi...rhs jom jom..ehhehehe

pesanan

2.34pagi
bergayut
.
.
.
rhs:masa tidur pernah tak berterima kasih untuk diri sendiri
sy:tak (jawab dgn jujur)
rhs:boleh tak lepas ni amalkan..terima kasih ya norhaslinda
sy:mmm boleh tapi ..
rhs:terima kasih sbb dgn ada nya dia kita boleh jalankan hidup dgn sempurna,kalau tak ada kan susah
sy:ok insya allah
rhs:satu lagi,,kalau bangun pernah tak bg salam kat diri sendiri
sy:tak (jawab dgn sgt sgt jujur)
rhs:lepas ni amalkan..tak kira la kalau terjaga malam
sy:ok insya allah..
rhs:amalkan dan cuba sayang diri sendiri
.
.
tak pernah terfikir pun benda ni..sedangkan hari hari mengunakan diri ni
jom kawan kawan kita buat

antara garisan



"Salam perkenalan..ana hattan, bukan setan eh..."Antara dialog dalam drama 'Antara Garisan'

Mengisahkan seorang ustaz yg melihat seorang perempuan GRO ketika sedang qiamulail di masjid ketika di permulaan cerita, dan diakhir cerita pula, keadaan sebaliknye berlaku apabila perempuan GRO yang telah bertaubat melihat pula ustaz yg telah terlanjur di tempat dan pada waktu yang sama.Dimulakan cerita, watak perempuan GRO, Ayu yang dibawa oleh Nurkhiriah, tinggal bersama dan menyara adik sepupunya, Wirda lakonan sharifah amani.Walaubagaimanapun, Wirda sentiasa memandang rendah pada Ayu dan nampak babak yang paling jelas adalah apabila dia membakar duit yang diberi oleh Ayu untuk membayar yuran STPM kerana menganggap duit tersebut adalah tidak berkat kerana hasil daripada pekerjaannya sebagai GRO.Di pihak ustaz pula, ustaz muda itu baru sahaja berpindah ke kampung itu dan dihasut oleh golongan muda yang terlalu taksub pada ekstrem jihad & juga watak Hattan yang telah saya dapat agak adalah watak 'setan' yang menghasut ustaz tersebut secara halus.Pada masa yang sama ustaz tersebut jatuh hati dengan Wirda sehingga mereka ditangkap terlanjur."


'Setiap hukuman di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T dan segala kebaikan serta keburukan umat manusia di muka bumi ini adalah cerminan realiti yang perlu dijadikan pedoman umat manusia seluruhnya'

Iblis yang kita sedia maklum mempunyai dendam yang mendalam terhadap Nabi Adam a.s. dan cucu-cicitnya (manusia) juga merupakan golongan jin. Sejarah Iblis agak istimewa berbanding jin yang lain. Iblis merupakan satu-satunya jin yang dilantik untuk menjadi ketua seluruh malaikat walaupun Iblis bukannya seorang malaikat.Ketaatan dan amal ibadat yang tinggi mengangkat Azazil (nama asal Iblis) menjadi ketua para Malaikat. Jin dijadikan daripada api. Malaikat daripada cahaya. Manusia daripada tanah. Ciptaan daripada api dianggap lebih mulia daripada tanah. Perintah Tuhan untuk sujud kepada Adam tidak dipatuhi Azazil. Serta-merta, kemuliaannya sebagai ketua malaikat dilucutkan dan gelaran Iblis Laknatullah diberikan.Dendam kepada Adam diturunkan kepada anak cucu-cicitnya.
Setelah dijanjikan Tuhan untuk mendapat umur yang panjang dan boleh hidup sehingga kiamat, Iblis bersumpah untuk menyesatkan seluruh anak adam (manusia) sedaya-upaya. Penyesatan kepada manusia itu pelbagai bentuk.


Na'uzubillahu min zalik.
last nite berbicara dgn rhs ,sy timbulkan semuala soalannya mengenai syurga dan neraka...previous nite dia ada tanya kan soalan kepada saya,.jikalau takde neraka...hanya ada syurga..adakah umat islam akan sembahyang..sbb jika mengikut ajaran allah akan dijanjikan syurga oleh allah.jadi jika neraka tu tidak wujud hanya ada syurga sahaja..yakin atau tidak umat islam akan sembahyang untuk mendapatkan syurga yang dijanjikan oleh Allah?
sy: i tanya kawan about ur q regarding syurga n neraka
rhs:then apa jawapan dia
sy:dia kata kalau takde syurga takde lah neraka
rhs:mcmana?
sy:sbb Allah jadikan setiap benda di dunia ni berpasang pasangan,jadi ada yang hidup ada yang mati,jadi ada syurga ada neraka
rhs:tepat,betul jawapan tu
sy:mesti u gelakkan i kan...
rhs:kenapa pula
sy:sbb i tak dapat jawab hari tu
rhs:tapi sekarang u faham tak?
sy:faham
rhs:kalau u faham baguslah..terima kasih kat diri u sebab u faham dr apa yang i sampaikan..bukan nak minta apa apa cuma pemahaman sahaja,i faham semua dijadikan di dunia ni a pair,,tapi i cuba menghilangkan pasangan nya..nampak tak adil kan
sy:aah,,sbb kalau ada pahala ada dosa,ada yang baik ada yang buruk kalau ada yang baik tak ada yang buruk mana nak letak salah satu nya kan....
rhs:yes betul
hati saya berbunga bunga..sbb saya dapat 1 ilmu dr dia...
rhs:mcmana u boleh tanya kawan u
sy:spontan dan rasa ingin tahu dr hati i
rhs:tepat,i suka jawapan u
sy:u tahu tak my fren from uia,then dia cerita dgn i ada satu ustaz di UIA digelar ustaz azazil
rhs:ya ke,i nak jumpa dia
sy:kenapa
rhs:interesting,dia yang mint ake atau student yang panggil
sy:student yang panggil n dia setuju
rhs:i respect dia..boleh suruh kwn u bawak i jumpa dia..
sy:ish kawan i x-student la..

buke bersama kawan kawan opis ari jumaat




Flaming steamboat kat sebelah sunway pyramid



panjang kan tajuk...
aku letak gambar je la ya
buke pose ni ari jumaat aritu
lepas balik kerja
terus lari g sunway

Saturday, September 12, 2009

@kampung

kat kampung
dgn anak anak buah aku
tgh online kat dragon home tea...
*********************************************
semalam balik pahang with along n family
after buke puasa kat sunway....best.mkn stemboat..
kenyang banget then baru balik pahang..
sampai pahang abg nuar n family pun ada...
huhuhuhuhuhu..rugi tak balik awal
bukan senang nak kumpul ramaia ramai ...lagi 2 family je tak balik..
msg rhs..dh sampai..dia tak balik kampung coz nak pg batu pahat this monday
rhs msg back...isnin-rabu g labuan...ha?baru balik ..kuar lagi..tak jadi la g batu pahat
hebat la opis awak ni..




p/s:timbang arini turun lagi 2 kilo..hehehehe..dah 7 kilo dah,,huhuhu,,chaiyok chaiyok..

Friday, September 11, 2009

bosan

apa yang saya buat arini........

1,check quatation tuk kursus kat sarawak
call holiday inn
call riverside majestic
call grand continental

2.wat analisis kursus
bengkel surat rasmi

3.main facebook
ni kalau kerja ngan facebook dh dpt anugerah khidmat cemerlang ni...

4.update blog
ha ni pun sama la..dh dpt pekerja terbaik blogger,,heheheheheh

oh ya tadi dpt sms dr kurnia ..dia dah approve insurance tuk WAJA,tapi sikit bangat n call encik azmi..dia suruh appeal back tuk cover full setttlement.so takyah baya lagi WAJA tu dh hilang pun kan..patut la 2-3 hari ni terbayang je WAJA aku..huhuuhhuhu...sedih...

Rafflesia Chicken Hut

semalam fifa ajak buka pose kat The mall...
aku tanya sekali lagi..The Mall?
lama gile tak g tempat tu..jom lah...
dia kata ada satu restoran Nasi Ayam Sabah..oklah..jom try
masa kerja kat Jln Raja Chulan dulu Nasi Ayam Singapore
meh kita try Nasi ayam sabah lak.....
menu dia,kurma n kuih

fifah punya.

ni aku punya nama dia kon loh mee..sedap

rch..rhs..hehehe

Permintaan hati

Permintaan Hati
Terbuai aku hilang
terjatuh aku dalam
Keindahan penantian
Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta


Aku hilangAku hilang
Tersabut kabut malam terbiasnya harapan

Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi

Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Aku hilang

Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi

Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

******************************************************************
having a date with rhs at rhb last nite..
he just come back from outstation at muar n bring a tones of mangga from malacca
uuuuuuuuuuuuueeeeeeeeeeeeiiiiiii,,mangga lagi n same kuih for sahur..hehe
memang perkara yang mengembirakan jd sekelip mata je ek..
lepas tu mesti lupa segala gala,wlupun benda yang ada selalu dgn aku ek
hehhehehehhehehehe
gembira lah hati..segembiranya..sebelum merasa sedih nanti

Thursday, September 10, 2009

esok punya menu


esok punya menu


moga moga sucesss

http://flamingsteamboat.com/menu.php

smurf

semalam masa makan kat NZ wangsa maju...

saya beli dvd citer ni

ada la dekat 10 tahun tak tengok...

hehehe

.

.

.

rhs: saya nak tgk citer the girl from tomorrow..
sy:cr la sendiri



Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
.
.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
.

.
ASAR Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
.
.

.
MAGHRIB Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
.
.
.
ISYAK Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..
Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

sekadar berkongsi....

last nite..bila bercakap dgn rhs..mesti terkeluar bab ceramah agama...ada je benda yg dia nak tanya..dgn soalan soalan pelik..b4 ni aku rasa macam boleh lagi ignore atau jawab dgn jawapan yg bodoh atau agak pandai sikit janji aku puas hati,,dgn jawapan aku yg boleh membuatkan dia diam n tukar tajuk lain...but lately ni..bila ada org baru balik dr umrah...lagi bertambah tambah soalan pelik yang aku dapat.pernah gak aku tanya
sy:apa yang bawa balik dr sana
rhs:mmm tak tahu lah samaada wahyu atau ujian...
semalam timbul bermacam macam soalan dr dia,.yang buatkan aku terdiam ..yalah siapa la aku bile dia bercakap pasal islam,halal,haram pahala,syurga etc...but aku dgr n think with my perception..yang aku rasa just 1 cent yang aku dapat bg pun...yalah bila org tanya n aspect kita jawab time tu gak..dh la waktu dah menunjukkan pukul 2pagi...so wat u can aspect from my answer kan...lebihnya aku ya kan aja apa yang dia cakap tu tapi dlm masa yang sama aku tetap berfikir akan kebenaran kata kata..atau pun soalan yang ditanya .....so...1 soalan yang ditanya,,yang agak tak menyentuh sgt ialah berkaitan dgn keldai.....adakah keldai haram dimakan?...
rhs:waktu kat mesir ada lepak dgn student al-azhar then tanya soalan ni kat diorg...then diorg kata keldai haram dimakan...then ditanya..kenapa haram..semua tak jawab...akhirnya soalan ni tiba kepada aku...student al azhar ke????tak uniten je....so apa yang dpt sya sharekan melalui..pembacaan dan perbualan saya bersama fifah pagi ini..ialah..bak kata fifah.,.ialah makruh. tp halal dimakan kerana tiada nas dalam al-quran mengatakan halal @ haram dimakan..tapi disebabkan sifat haiwan ini sendiri yang berunsur negatif,dungu ,lembab jd x perlu ada dlm darah kita...fifa juga ada cakap yang keldai tu binatang tunganggan dan tak layak dimakan..sama dgn kuda..dia binatang tunggangan semasa berperang ..dan berdasarkan pembacaan aku...kat internet ni aku jumpa menda ni...
berpandukan kepada maksud hadis Rasullullah saw. yang diriwayatkan lebih kurang berbunyi, "Baginda melarang para sahabat dari memakan khimar atau keldai jinak yang tinggal di persekitaran manusia. Bagi khimar atau keldai liar, baginda membenarkan agar dimakan".
yang aku amik dari sini http://groups.yahoo.com/group/ingatan/message/5945 jom kita pikirkan...

nebiu


NEBIU
atau dalam bahasa melayunya....ngantuk
ngantuk tahap dewa..
sangat sangat dan sangat

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

cantik kan tarikh arini...
tapi saya amatlah ngantuk
penangan kursus tadi...
ngantuk ngantuk ngantuk

duit raya

tadi pergi tukar duit raya kat CIMB
dulu kat EON org bagi borang je isi form skrg kena g kaunter
huhuhuhh
tukar RM600
huhuhuhuh
tapi tuk aku RM 100 je
yang lebih RHS and maknya...heheheh
anda bile lagi nak tukar?

buke puase with fifa

yesterday..aku malas sgt nak balik masa habis kerja..sbb hujan dan confirm jam.
so dlm keadaan malas ..aku lepak lagi kat opis...
then ajak fifa buke sesama..sambil tu leh jenajalan kat sogo...
jom jom ..hehehehe
and kitorg buke pose kat kedai resepi bonda...pertama komplek
oh ya fifa belanja..ehehhehe..thanks fifa...

p/s: im having a best time yesterday...:) lagi