Monday, May 17, 2010

Top Spot Food Court Kuching

malam kat sarawak tu ada org nak banje..so dia bawa kita makan kat sini.
katanya kalau org semenanjung datang tak sah kalau tak datang sini
aku layankan je
makan free kan...
alhamdulillah
ikan dia
sayur bidin katanye..

amik gambo dulu
amik ko makan...

ahli makan-ahim
tukang belanja...en.azmi dari SPANCO..penyelengaraan kenderaan jabatan dan kerajaan malaysia..
ahli makan lagi
kuncu kuncu akhirnya...ahhahahaha
amik ko.nasi je aku tinggal

Pusat Latihan Sarawak JAKIM

selamat datang
kawasan dia
kursus saya
dewan taklimat bilik saya
bilik lagi dh semak wat kerja..ehhehee

model juga

Kampung Telaga Air,Kuching Sarawak

kursus kali ni wat kat PUSAT LATIHAN SARAWAK,JAKIM..
tempat ni agak jauh dr bandar Kuching lebih kurang sejam lebih,
so perjalanan kena lalu hutan bagai kat sarawak ni..
perjalanan ke telaga air..depan tu gunung santubungdah sampai..kat area pantai dia posing posing
posing lagi..eheh
ketam
model.eheheh

ke sarawak kitak

last monday aku g sarawak lagi..untuk kusus
ni kali kedua aku jejak bumi borneo ni..segala perbelanjaan ditanggung halal oleh kerajaan malaysia..eheheh..pergi bawa diri je..hehehethanks to malaysia airlines bawa saya pergi dan pulang dengan selamat ya dlam flight perkara yang wajib org buat..sbb bosan,.ehheheheh


sarapan pagi saya..sbb flight pukul 1005pagi
nasi lemak udang,kek,ferraro roche,dgn orange juice wajib minta 2 kali.
ehhehehehe

Friday, May 14, 2010

dah sampai

saya dah kat semenanjung
saya nak rehat
saya nak tidur...
bye

Friday, May 7, 2010

whatever happens in ur life just go with the flow...then u'll know maybe its the best for u..

terbaca kat status FB dyana..
dyana ni cousin aku
mmmmmmmmmmmmmmmm
really meant it
:(

butterfly

hehhehe
baru beli tadi kat sogo
RM120 tuk 100 ml EDP tau
best best
saya sangat suke perfume

rambut

dulu masa zaman sekolah rendah aku suke sangat simpan rambut panjang
then disamping tu aku suke makan chewing gum..bile aku tertidur
chewing gum tu selalu Aku bawa sekali then bila bangun chewing gum terlekat kat rambut
Entah aku mimpi apa ntah tapi ching gum lekat kat rambut..bile tidur petang la..malam malam tak makan chewing gum…sbb bile main petang mak selallu panggil tuk tidur nanti malam penat nak wat kerja sekolah ke nak g ngaji ke…pastu bile rambut lekat dgn chwinggum..along la selalu jadi mangsa buang chewing gum kat rambut aku..pastu rambut aku jadi buruk…

Bila dah besar sikit rambut aku makin panjang…along suke buat rambut aku jadi xperimen..buat kerinting la buat sangul la itu la ini lah..macam macam jadi..tapi yang pastinya along selalu buat rambuta ku jadi keriniting pakai ubat yang bau busuk tu..aku panggil ubat tu air kencing kude,,busuk sangat..pastu rambut aku jadi cam rambut orang asli…hehehe..pastu aku muncung je bile g sekolah ngan rambut buruk..heheheh..aku paksa along betulkan balik rambut aku…

Pastu aku tak bg dah along usik rambut aku..aku biarkan je panjang..masa aku sekolah rendah…kawan kawan laki aku suke panggil aku ekor kuda..sbb rambut aku cam ekor kuda..yang mana jahat tu suke tarik rambut aku..bila gaduh tarik rambut..bodo betul…izwan,udin tu ahli ahli yang suka tarik rambut aku..aku ingat sampai sekarang..gaggagagagaga…

Tapi skrg ni..aku suka dgrn rambut aku…semalam aku g cuci rambut.aku suka cuci kat kedai cina ni..sbb dia suke main rambut aku..kadang tu lama gile dia main..cam semalam..mula mula dia letak 3 majalah masa tgh cuci rambut..habis je 3 majalah tu aku main handphone,,bila dah habis cuci tu masa blow dia tambah lagi 3 majalah…ko nak main rambut aku lama lama kan cine then dia Tanya aku nak wat apa ngan rambut ni nak g diner ke apa?..aku kata tak lah nak balik tidur je…ahahahah mesti sakit hati kan…apa apaa pun aku suke rambut aku skrg..aku rasa cantek…alhamdulillah thanks to ALLAH
gedik
gedik lagi


Thursday, May 6, 2010

Page Rated

aku punya dapat G juga..
heheheheheh

Lets101 Quizzes - Fun Quizzes

noktah Erna

mcm best je
sbb saya suke rita

Wednesday, May 5, 2010

Bahtera Nabi Nuh

Talking with Rhs last nite regarding..ketentuan hidup..tentang hidup..temtang dosa pahala..tentang apa yang jadi dalam hidup..betul membuat kan hati ni rasa lain..

Rhs:kalau nak difikirkan tentang dosa dan pahala,takleh hidup lah kot”
Sy:kenapa?
Rhs:kita tak tahu pun dosa n pahala tu
Sy:kenapa cakap macam tu
Rhs:nampak ke dosa n pahala tu?
Sy:memangla..tapi kan kita dah dibagitahu dosa n pahala tu apa.apa yang boleh buat ..apa yang tak boleh buat
Rhs:entah la..bagi I apa yang I buat semua betul..sbb kalau I rasa benda tu betul lah..kalau I rasa benda tu tak betul I tak buat
Sy:mmmmmmmmmm
Rhs:senang macam ni la..u buat apa yang u rasa nak buat janji u pegang pada Saturday sy:maksudnya
Rhs:u pegang pada satu kalau u rasa nak buat u buat kalau rasa tak ..jangan buat
Sy:okeh
Rhs:u tahu cerita nabi nuh?
Sy:mmm
Rhs:dia pegang pada satu..pada ALLAH..sorang sorang buat kapal..semua tanak percaya cakap dia..then sapa yang ikut dia naik kapal?binatang binatang kan..anak dia pun tanak percaya cakap dia..then apa yang jadi?u tahu sambungan nya kan?
Sy:mmm.(n.i la buat aku terharu dgn rhs)
.
.
.
.
Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali melakukan perkara yang mensyirikkan Allah, meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis laknatullah.Bertahun lamanya kaum nabi nuh menyembah berhala. Mereka menjadikan berhala-berhala itu sebagai Tuhan tempat meminta kebaikan dan tempat menolak bala. Berhala menjadi tempat bergantung segala sesuatu dalam kehidupan mereka. Mereka meminta dan memanggil berhala-berhala itu dengan bermacam nama. Kadang dengan nama Wadda, Suwaa’, dan Yaghuts. Kadang dengan nama Ya’uq, atau Nasr –nama-nama berhala ini diwarisi dari masyarakat Arab di masa jahiliyah. Mereka melakukan semua itu disebabkan kejahilan dan menuruti hawa nafsu.
Dan Demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya
Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ini seorang Rasul pemberi amaran Yang nyata kepada kamu.Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka .
Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajarannya, menurut riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang. Itupun hanya mereka yang terdiri dari orang-orang yang miskin. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terkenal dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak mahu berganjak dari agama dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan komplot hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.5. (setelah puas menyeru mereka),
Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
"Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau.
"Kemudian Aku telah menyeru mereka Dengan terang-terang;9. "Selain dari itu, Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan perlahan-lahan.Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun berdakwah menyampaikan risalah dari Allah, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali sujud dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa. Nabi nuh juga memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah serta berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pd para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, serta tolong-menolong sesama manusia.Harapan nabi nuh untuk melihat kaumnya kembali mengikut perintah Allah makin hari makin berkurangan. Sinar iman dan takwa tidak akan menembusi ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis.
Seperti mana firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya tidak akan seorang drp kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka jgnlah engkau bersedih hati dengan apa yang mereka perbuatkan."
Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan azab ke atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal, mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."Doa Nabi Nuh dimaklbulkan oleh Allah dan permohonannya diperkenankan serta tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.
Setelah nabi nuh menerima perintah dari Allah untuk dibina sebuah bahtera, nabi nuh dan pengikutnya mula mengumpulkan bahan untuk tujuan pembinaan bahtera tersebut. Walaupun tempat pembinaan tersebut jauh dari kawasan orang ramai, nabi nuh dan pengikutnya tetap jugak menerima ejekan dan kutukan dari kaumnya. Ada antara mereka yang mengatakan nabi nuh sudah tidak betul kerana membina kapal jauh dari kawasan perairan.Setelah selesai kerja-kerja pembinaan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia itu,
Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintahKu dan terlihat tanda-tanda daripadaKu maka bersegeralah untuk membawa bersamamu di dalam kapal itu dari pengikutmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izinKu."
Kemudian tercurahlah dari langit dan memancut dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menenggelamkan daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.Maka belayarlah bahtera nabi nuh membelah banjir besar tersebut. Di kiri dan kanan bahtera terlihatlah akan orang-orang kafir yang sedang bergelut dengan gelombang air yang besar dan sedang berdepan dengan saat-saat kematian mereka dek kerana keingkaran mereka kepada perintah Allah.Didalam kekalutan itu, nabi nuh terlihat akan anaknya yang sedang berusaha untuk menyelamatkan dirinya. Nabi nuh dengan rasa kasih nya sebagai seorang ayah terus lagi mengajak anaknya untuk beriman kepada Allah yang Esa. Dalam keadaan begitu pun ajakan nabi nuh terhadap anaknya itu dibalas dengan penentangan daripada anaknya sendiri.

Tuesday, May 4, 2010

saya nak bercuti jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nina saya sangat jeles tau
saya nak g sini

H.O.N.G.K.O.N.G

tudung

saya dah berjaya pakai tudung ni
hehehe
tapi taklah cantek cengini
tapi cukupla kalau nak g kerja lambat tu leh sarung pakai tudung ni je
hehehe
dan semalam kuar dgn rhs pun pakai tudung ni
gak
hahahaha
mesti muka saya boooooooooooolat kan dear
lantak la
bak kata mira,.nak tunggu muka ko bujur memang ko tak pakai la kot tudung ni
ehhehehe
untuk pn ziela..boleh la tempah tudung kat awak ya..
heheeh

bekerja dan bercuti...


next week kursus saya di SARAWAK
kusus pemandu lagi
kali ni kat sarawak
taktau la best ke tak
layan kan je lah
so next week ke sarawak ya
bercuti ke?
entahla kali ni tak xcited sangat cam kali pertama g sana
entah la..
maybe terlalu penat baru habis kursusu
then macam amcam yang jadi kan
so hopefully lepas ni
everythin will be ok kan..
cheers...

semalam

semalam saya cuti
gerak dr pahang around 5 somethin
bajet nak balik awal..last lepak umah angah lambat gak
arini bawa kete slow gile rasa dah trauma dgn xcident kot
macam malas je nak drive
pastu bile terpandang tempat xcdent kat karak semalam
lagilah down
rasa cam apa je...malas nak pikir tapi kena pikir gak
6.20pm
rhs:ada kat mana
sy:highway karak....call nanti la tgh drive
rhs:aik sejak bila takleh jawab call
sy:ala jangan la main main..jap jap benti tepi
rhs:ehheheheh
sy:nak apa call
rhs:tanya je..ok ke tak?
sy:gedik (dalam hati je la)
rhs:dah sampai mana
sy:lepas karak nak sampai genting..kl jam tak?
rhs:napa?
sy:nak jumpa pu3 kat kepong
rhs:nak jumpa awak
sy:tak bleh nak jumpa pu3
rhs:nak ikut..saya dh shave muke nak g gunting rambut je
sy:bajet hensem la?
rhs:boleh la
sy:dah dah sampai nanti org call
rhs:okeh
then semalam sampai kl kul 8 lebih n amik dia kat batu caves n lepak ngan pu3 kat bandar manjalara
tapi lepak kejap je..sblum kul 10 dah gerak balik..pu3 ngantuk..malas nak ganggu..antar rhs balik..tak reti nak turun lak mamat ni..lepak lepak dgr ceramah dalam kereta sampai kul12malam baru gerak balik cheras...huhuhuhu
esok dia g trganu LAGI!!!!! takpe takpe..next week saya terbang tau..

my familia

last week lepak kat umah abg nuar kat kuala pilah
tuan rumah..hehehe abg nuar saya
pompuan gedik...arisha,ayu n athirah

budak nakal..aliff n dannial

budak perasan hensem...ijat..kat blkang tu abg ipar aku yang sulong..paklang

budak itam..ila..heheeh

abg lang n kak ita
kakak ipar..kak ita
budak indon..bibik baru ..ehhehe baru buat rambut kerinting..perasan cantek.heehhe

anum n ijat
ayu n adam
sekian terima kaseh..ni je gamba yang berjaya diambil..heheheeh

bersyukur

Dalam hidup aku skrg macam macam jadi…aku selalu memikirkan benda yang bukan bukan..dan apa lagi yang perlu aku buat untuk hidup ni…”time is running ……
Aku benci dgn ayat ni…tapi sbgai hamba di muka bumi ni kena terima apa yang ditetapkan oleh ALLAH..ya aku terima …siapa kita untuk melawan takdir dia kan…
Dalam aku terima aku still berusaha nak perbaiki kehidupan….insya allah …walaupun aku tahu tanpa usaha tak menjanjikan apa apa…..

Tapi aku tetap BERSYUKUR dan rasa bersyukur tu telah bertambah dgn rasa yang bertuah teramat sangat..sbb dalam hidup aku..aku sentiasa dikelilingi org yang menyayangi aku ..walaupun aku slalu tak Nampak benda benda tu…tapi skrg ni aku perlu lebih berhati hati dan bersabar..kerana setiap yang berlaku ada hikmah dia..dan masih ada org yang menyayangi aku mengambil berat tentang aku…bersyukur sangat..aku tak keseorangan.walau apa pun jadi pada aku…aku tak harungi seorang diri..aku ada semua org disekeliling yang Bantu..tapi aku yang careless..aku yang tak berhati hati..tak fikir…

Sekarang ni aku kena berubah ...kena fikir sebelum buat apa apa...supaya apa yang aku buat lepas ni tak menyusahkanorang lain..tapi,,bukan niat nak menyusahkan org lain..keadaan berlaku semua tidak disengajakan..mungkin ada benda yang aku buat yang aku tak Nampak…then ALLAH balas dgn cara ni..aku lupa nak sembahyang,lupa nak berdoa..sibuk dgn kerja,dgn hidup dgn benda yang bukan bukan..sampai lupa perintah ALLAH lupa yang 5 tu…macamana hidup nak berkat.macamana hati nak tenang…

Entahlah…mengeluh..ini bukan masanya..skrg ni kena perbaiki diri,perbaiki apa yang kurang,tambahkan ilmu..bukan hanya niat dalam hati.bukan hanya berdoa tapi tanpa usaha..,,,aku kena buat,..jangan menyusahkan org lagi..

Hari ni aku cuti…cuti sbb aku tak sihat..bukan fizikal tapi mental…aku nak rehat..tapi dlm hati aku macam macam aku fikirkan…pasal opis,pasal kerja,pasal duit,pasal kereta…last Friday xcdent…balik dr KL-Mentakab..aku xcdent di KARAK highway..disebabkan xcdent ni aku cuti..aku tak cedera apa apa..Cuma mental aku belum ok..still pening..mungkin sbb kepala aku terhentak kat stereng waktu kereta aku spin atas highway tu 2 kali..then dilanggar lagi dgn kereta satria kat belakang..kepala aku ada terasa gegar sikit..aku perlu rehat..tapi aku tak pergi hospital..malas..aku rasa 2-3 hari lagi ok kot..Cuma aku perlu rehat sekejap..sebelum aku memikirkan kerja opis yang banyak tu…mungkin di sebabkan xcdent ni timbul rasa bersyukur dan bertuah dalam diri aku kot…last year bulan 3 aku xcdent kat damansara,.terlepas break aku terlanggar kereta kat depan.waktu tu aku pakai WAJA..then aku repair waja tu,aku pinjam iswara abah..untuk kerja..selesai waja tu repair aku bawa balik KL then tarikh 4/5/2009 genap setahun waja aku hilang dicuri kat depan kondo kat cheras ni…menangis..tapi waja aku tak dapat balik…then aku pinjam kereta kembara abg mahat..aku pakai kereta kembara tu kesana kesini..aku tak niat nak amik kereta lagi..keadaan financial aku tak mengizinkan sbb aku still kena bayar waja tu lagi..then dalam aku guna kembara tu..30/4/2010…xcdent lagi with kembara pula…aku dh tension sangat..kenapa malang sangat nasib aku.,..semua nya berkaitan dgn kereta..aku mmg tak boleh pakai kereta ke?

Semalam aku n family semua pergi rumah abgnuar kat kuala pilah..sbb semua ada kat sana.berkumpul kat sana.Cuma kak ijah je yang takde..dia kat ipoh.perasaan aku still tak tenang walaupun semua family aku n anak buah aku ada..aku still pikir..kenapa aku jadi mcm ni.ada je yang tak kena.last semalam sebelum balik..abg nuar bagi kunci kereta wira dia kat aku..

Abg nuar:”amik la pakai dulu..nanti dah elok kembara tu awak pulang balik”

Aku terkedu..seee…nampak tak bertuah nya aku..satu satu org bagi..tapi aku tak reti nak hargai.ingat semua tu dapat free..semua tu aku boleh petik je dpaat?nampak tak org sayang aku cmna?


keadaan lepas langgar divider
belakang ni kena langgar dgn satria.setelah kereta spin 2 kali

habis
tunggu di tow