Friday, May 22, 2009

Zambry kekal MB Perak

SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan

p/s apsal aku concsius?sebab bapakaku org perak..ada drh perak mengalir dalam badan aku selain darah merah hehehe

ulser

Sakit woo dah 2 hari kena nak makan pun tak kena
Tadi g klinik kat bawah opis ni,,doc tu letak ubat kat lidah aku…pedih cam kamben.

Nurse:ni ubat,awak tgk ada kaler merah ngan putih kan
Sy:mmm(takleh cakap sbb pedih kena ubat masa doc tu sapu kat lidah aku..eheh manja)
Nurse:merah lagi banyak dr putih kan
Sy:mmm
Nurse:awak makan bg dia kawan dulu..merah ngan putih kawan dia ..
Sy mmm
Nurse:dh habis kawan dia baru awak makan merah sorang sorang sampai abis…
Sy: mm mmm (time kaseh dlm hati sbb takleh cakap tahan pedih ubat)


Aku dh tahu napa aku ulser sbb aku makan laksa kat depan umah Diyana hari senin malam tu mmg best n pedas gile..

P/s nurse suh makan kawan kawan sampai habis..hahahahahahah..klako

Ben 10 Danniel

tadaaaaaaaaaaa aku beli jam ben 10 tuk danniel..hehehe
p/s 30/5 hb ni birthday icha lak..huhuhu..kakak joyaaaaa ada idea tak?

cup..cakes

Yea yea hari jumaat

Hari yg aku tunggu tunggu…mmg hari ni aku akan terus balik mentakab seperti selalu..
Pagi tadi kul 6.30 pagi aku dapat call dr danniel

Danniel:achu bangun
Sy:dah bangun
Danniel:achu balik tak hari ni?
Sy: Balik la adik nak hadiah ke?
Danniel..heheheh…adik nak amik nenek duduk rumah adik nanti achu balik dtg rumah adik ya…
Sy:ok,nanti achu g umah adik


Tak sabar nak balik hari ni…. plan tuk minggu ni aku nak wat cupcakes cam comel je aku tengok org wat cupcakes kat blog blog ni….aku dah usha resepi kat tenet..harap harap jadi lah..kalau tak puas aku kena kutuk ngan ijat nanti..

ni dr blog mira

pac-man..
mr mario
ha ni mesti danniel banga gile kalau aku buat..ehehhe

http://www.myresipi.com/

Bahan-bahan ( 12 biji )
200 g butter
160 g gula kaster (resepi sebenar guna 180 g)
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil vanilla esen
Cara-cara
Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream lebih senang.
Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.
untuk icing

1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar

Thursday, May 21, 2009

Polis NS tumpas kumpulan curi kereta

SEREMBAN: Polis menumpaskan satu kumpulan mencuri kenderaan di Negeri Sembilan dan Selangor dengan tertangkapnya empat lelaki serta penemuan semula enam buah kereta pada 13 Mei lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata keenam-enam kereta itu dilaporkan hilang di kedua-dua negeri itu akhir tahun lalu dan awal tahun ini.Katanya kejayaan polis itu ekoran penangkapan pada 13 Mei seorang lelaki berumur 45 tahun di Sikamat yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dicuri.Osman berkata hasil siasatan, polis merampas lima lagi kereta, 36 cukai jalan dan alat-alat yang digunakan untuk mencuri kereta termasuk satu alat pengesan isyarat elektronik berharga RM15,000 yang digunakan bagi memudahkan penjenayah mencuri kereta. - Bernama

p/s rasa rasanya ada tak kereta aku?

DIA yang satu

Semalam aku jatuh lagi utk kesekian kali..aku nangis lagi tentang hidup…semangat aku jatuh lagi..aku tak tenang..aku cuba utk satisfied life..ini yang selalu aku juangkan dalam hidup aku..tapi aku jatuh lagi

Dengan perasaan halus dlm diri aku…aku tak berjaya pujuk diri aku lagi..kesekian kali..aku nangis dan nangis dan nangis lagi…tapi sampai bile?sampai bile hidup aku terus macam ni ?

Aku hipokrit atas dunia disebaliknya hanya tuhan yang tahu…Ya hanya tuhan yang tahu..semua nya kerana ALLAH hidup matiku semua kerana ALLAH tapi kenapa aku jatuh lagi..aku dh tak larat aku mengalah?bile masa nak menang bile masa nak mencapai kehendak hati..pada siapa nak aku tujukan pertanyaan semua ini..


pada ALLAH.

ya aku tahu

Dia yang Satu

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu
Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu
Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu
Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
untukMU

erti hidup

Angin kau membawa bahteraku
kemana mahumu…
Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Inginku kiniku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…
Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri
Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi
Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

happy birthday danniel


Happy birthday Fareez Danniel bin Mahat

Anak angah yang bongsu ,semalam pergi cr hadiah ben 10 dia tak jumpa tunggu esok la..boleh bawak balik terus

Last week masa aku on the way back dr Mentakab dia call

Danniel: achu kat mana?dah sampai KL?
Sy: dah baru sampai
Danniel: Hujan tak ?kat rumah adik hujan
Sy: Hujan baru habis
Danniel:Achu nampak tak?

Consciousnya dia kerabunan aku…mmg semenjak spek aku gone bersama kereta dia selalu peril bile aku drive waktu malam

danniel: achu ni bawa kereta slow la macam atuk
sy:achu tak nampak,spek hilang

sayang nonoi..hehehe our family panggil dia nonoi sebabkan anak along alif tak reti nak sebut Daniel masa kecik akhirnya jadi nonoi..heheh

Wednesday, May 20, 2009

date with Yuyu


Malam ni date dgn yuyu
Sbb dia nak bagi kad kawen mingu depan nak kawen baru nak bg ek
Beria la bagai nak berkad dgn aku
Hehehehehhe
Selamat pengantin baru yuyu n fadzil


Thanks selama ni ko pun banyak tolong aku masa kat Jb rindu gile kenangan kat sana,walaupun ko garang n ko ckp lepas n tak jaga hati aku tapi ko tetap aku cari bila ada masalah..heheheh..sebab aku tahu apa yang ko cakap ikhlas dr hati ko takde hipokrit n membuatkan aku lebih sedar..eheheh,,aku kan manja semua bergantung ngan abang lang aku..heheheh…

First jumpa yuyu masa aku baru pindah sekolah kat mentakab..org pertama tegur aku yuyu .kat kelas 2 hijau..”lawa botol air ..”waktu tu aku pakai botol air teropong ada 2 bekas tiap tiap ari along akan bancuhkan air lain lain tuk aku,,satu milo satu lagi air oren sunkis,takpun sirap takpun ribena.

Then bile sekolah mennegah dia pindh temerloh aku kat mentakab..then masa form 4 aku pindah temerloh dia plak blik mentakab..

Sy:apsal ko balik sekolah mentakab?
Yuyu:ayah aku tukarkan
Sy:ko jahat sangat ek?
Yuyu:tak la cikgu tu gantung aku sekolah banyak kali,last nya ayah aku g sekolah bagitahu cikgu nak tukar sekolah..asyik gantung je…lebihnya ayah aku g sekolah lagi banyak dari aku…hahahahha
Sy:bunguk yuyu

Bile masuk u pulak aku dh lama tak contact dgn dia last contact aku dapat tau dia masuk matrik kat sepang aku kat UNITEN bangi..pastu aku g sepang kolej apa ntah aku g jumpa dia n buke pose ngan dia kat sana ngan wiwi n ayu..seronok..pastu jenjalan sekali bawa yuyu g bangi..tidur kat bangi..last aku angkut dia sekali masuk kelas masa kat UNITEN dulu masa tu dia cuti n sangap kat sepang

Bile dh kerja lak tetibe aku dapat tau dia kat Jb masa tu aku dpt keje kat JB..apa lagi..syorgaaaaa..ehehhe..bermula la xtvt xtvt berlibur aku kat sana..kenal dgn Sabrina n kak farah…

Kenangan yang tak boleh dlupakan…jenjalan Singapore..walaupun tak berUANG tapi layan..ehhehe siap bawa bekal sbb makanan kat sana tak sedap n mahal..apa kisah..org SINGA pun dating makan kat JB….lepak kat Pantai LIDO kat The Zone…Dataran JB..Danga Bay…sangat Heavan…oh ya..dia ni pun tak kedekut setiap kali g jenjalan mesti bagi souvenier….malam ni kita lepak ek..ice caramel machiato?????boleh..hehehe

my name in japanesse


Pronounced as: i n ta
lynda = i n ta
sbb tu la blog aku nama
cinta -nhaslinda
ehhehehehe..wah sangat kebetulan rasa teruja pulak....

ole ole dr phuket


pen ikan dr phuket
eleh kat mesia pun ada menda ni kot
hahahaha
anyway thanks bebanyak kerana ingatkan saya di msia semasa anda di phuket

tAZKIRAH..menghargai ibu bapa

Pelbagai jenis perkataan mendatar dan penuh simbolik sarat dengan perasaan dan air mata. Namun, menghargai ibu bapa bukan hanya dengan perkataan sekali setahun tetapi tindakan dan perbuatan selaras dengan ungkapan. Ia disebut adab.Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah: Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa. Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat fardu.Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya memberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin.

Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan. Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.Hanya satu perkara boleh ditentang, jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran. Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa.

Jika bersama pasangan balik kampung atau bersama dengan ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa. Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik anak sendiri.

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud: “Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka.

Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:
· Berdoa dan beristighfar – memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
· Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
· Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.
· Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.

by phone call

abah: lin abah tgk keta ni cantik

sy :abah kat mana?

abah:perodua ni ada kereta ni bayar rm480 sebulan je

sy:rm480? perodua ke proton?

abah:proton saga ni

sy:proton la abah

abah:nak ke kereta ni?

sy:mmmm blik nnanti tgk la...

abah saya memng tak boleh tgk saya susah ..saya sayang abah saya

Tuesday, May 19, 2009

date with freaky g

malam ni ada date ..huuhuhhh..ada org jauh dan sudah lama tak jumpa..last aku jumpa masa bulan 1 kot..heheheh..dia dh pindah kedah
tetibe last week
"aku sewa kat bilik lama dgn adik aku"
yes yes..ada kawan aku pas ni..leh jenjalan,.tgk wayang..nuntun konsert..kawan berlibur.heheheh

1/2 day

Hari ni aku half day sebab tadi aku g interview bukanla best sgt interview tu tapi saja cr alasan malas dtg keje leh bangun lambat sket…tapi tak la lambat mana lepas subuh aku dh tak leh tidur tatau napa…then aku pun siap siap la nak g ke interview
Then interview tu awal sbb aku mcm tak berminat dgn offer yg dia bagi so aku pun prepare tuk g keje..aku sampai awal kat area opis aku..aku park keta then beli makanan sbb perut aku dh lapar..pastu aku dpt idea tuk lepak kat surau..then aku g la lepak kat surau sebelah bangunan opis aku..gile heaven surau dia..siap ada kuliah time zohor lagi..


Pastu dh kul 1.00pm aku g opis aku…on je pc..

Aku terus click n type

http://cinta-nhaslinda.blogspot.com/

www.facebook.com

www.msn.com

www.gmail.com

hahahahhahahahahah….

kompeni bunguk


click for enlarge picture

ni gamba kompeni bunguk ni...

ni satu lagi aku dpt email dr mira pasal company tak allowed semayang during opis hour,diorg ni tak baca perlembagaan persekutuan ke?


Di dalam Perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain dan tidak ada persamaan dalam perkara ini. Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan.
Jadi, apabila Islam dipilih sebagai agama bagi Persekutuan ia bermakna rakyat dan sistem pemerintahannya mesti seiring. Meletakkan Islam sebagai asas utama pentadbiran negara.
Yang menjadi masalah apabila tuntutan-tuntutan yang dikemukakan bukan berpunca daripada kehilangan hak. Sebaliknya hendak merebut hak orang lain (Islam). Pada masa yang sama nak menggugat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Islam adalah agama toleransi. Tetapi setakat mana tolak ansur dibenarkan? Pada asasnya, hubungan Islam dengan agama lain adalah didasari oleh wasatiah atau kesederhanaan. Ini pula perlu ditafsir dengan tepat.
Islam menuntut dalam persoalan akidah tidak boleh paksa pihak lain terima akidah Islam. Ini juga ditegaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…(al-Baqarah: 256) Sebabnya akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan. Sebab itulah penganut bukan Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai. Tetapi dalam bab kehidupan bernegara, kita semua terikat dengan undang-undang. Bagi orang Islam kita terikat dengan syariat Allah. Orang bukan Islam yang hidup di negara Islam, mereka bebas ada rumah ibadat masing-masing yang dibina mengikut undang-undang.Dan kita tidak pula mengambil langkah ekstrem seperti membakar atau meroboh rumah ibadat bukan Islam. Pernahkah ia berlaku di Malaysia?

Monday, May 18, 2009

wishlist


saya amat memerlukan handbag baru sekarang...
yg lama hampir rosak..
sedih last beli handbag tahun lepas masa birthday..
hadiah tuk diri sendiri ITU PUN november 2008

2+ 8 H1N1

Jabatan Kesihatan Selangor sedang bekerja keras membantu Kementerian Kesihatan untuk mengesan lapan lagi penumpang yang menaiki pesawat MH091 berhubung wabak influenza A (H1N1).
Pengerusi Jawatankusa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr. Xavier A. Jayakumar memberitahu mereka adalah empat rakyat tempatan dan empat warga asing beralamat di negeri ini tetapi gagal dikesan berdasarkan alamat terakhir yang diberikan.
Pada sidang akhbar di sini hari ini beliau memberitahu mereka adalah antara 47 penumpang yang tiba dari New York di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Mei, beralamat di Selangor dan 39 daripadanya sudah berjaya dikenali pasti untuk tindakan sewajarnya.
.
.
by text msg
.
.
12.19 tengahari
.
rhs: Askum..dah sampai
sy:wsalam..alhamdulillah
Rhs: ada kat mana?
sy: Pavillion boleh?hehehe..nak dtg?
rhs:oo... heheh xpelah dah lebam mata ni ngantok.nak balik tido jek skang ni
sy: take a rest ..eh tadi flight MH bape?MH091?
rhs:apa MH nya AK ..murah..
sy ;confirm ek tak bawa apa apa...
rhs:hahaha..jumpa nanti tgk ada ke tak....