Thursday, December 11, 2008

khasiat pisang

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

cari kerja

skrg mood aku tgh cari kerja...sapa sapa ada kerja kosong sila bgthu ya

im back..heheh

wow....dapat masuk balik dlm blog ni.setelah sekian lama....heheheh
aku selalu trlupa password..banyak sgt email..hehehhe.best..best
skrg kat rumah yati nak keluar kejap lagi...

Thursday, July 24, 2008

l.o.v.e????

Why must someone becomes a priority in your life..when you are only an option in theirs.." dear,wut does it mean.i xpaham lah omputih...hehehe

Wednesday, July 23, 2008

Sunday, July 20, 2008

kehidupan- kala hati bahagia

kekadang bila hati rasa dilukai kita cepat merintih, berkeluh kesah dan mengadu domba. ketika itu kita mahu supaya Allah mendengar keluhan kita, bangun malam untuk solat hajat dan pelbagai daya kita lakukan agar kita kembali bahagia. namun, apabila hati kita berada di saat bahagia, kita lalai dan leka. (manusia mudah lupa!!).
sedang janji Allah andai kita sentiasa bersyukur , maka akan ditambahnya akan nikmat dan anugerah terhadap kita.
maka, tatkala bahagia, banyakkan syukur . syukur membuang sifat mazmumah dalam diri, menjadikan kita bertanggung jawab dan lebih rela memberi dari memint

.................

“The past doesn’t equal the future.” - Anthony Robbins

Apa yang berlaku di masa lalu, biarlah berlalu. Tugas kita, bina kecemerlangan di masa kini untuk masa depan yang lebih gemilang, lebih terjamin dan lebih bahagia.

Maafkan diri sendiri atas kesilapan di masa lalu, kemudian lupakan selupa yang mungkin, buang jauh-jauh, sejauh yang mungkin, lepas tu jangan ingat lagi!

Fadilat bulan rejab

Pada hari Isnin tanggal 04 Julai 2008 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi'raj (30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (04,05,06 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-haripuasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripadamadu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, laluRasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

InsyALLAH marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan ibadah terhadap ALLAH tambah-tambah lagi di bulan Rejab ini yang mana padanya banyak kelebihan.Gandakanlah ibadah terutamanya amalan berpuasa kerana banyak kelebihan yang ALLAH janjikan padanya.Semoga kita semua di beri kekuatan untuk melakukanya demi menagih keredhaan ALLAH di Dunia dan Akhirat.

Friday, July 11, 2008

bowling...


oarini aku g training bowling dgn lin..heheh,training suka suka je kat wisma daiman tu,training ni untuk tournament EON lawan MAYBANK,tak sangka lak..heheh.kebetulan aku dipaksa masuk and lin pun masuk sbb dia nak main,yg bestnya kali ni aku musuh dgn lin,sbb dia wakil untuk MAYBANK aku wakil kot EON.hehehehe.terrer sangat la kononnya..saja je for fun..ari ni..dapat sikit je pin..takpa abang abang kat office tu kata,diorang nak 80 pin je dr aku untuk 3 game,gile kuang ajar..tunggu aku akan buktikan kat diorang..hehehe,pas main boling g makan kat kopitiam taman molek..first time aku g taman molek tu,setelah sekian lama aku duk JB,sblum ni dgr epul cerita je..heheh..org KL dah sampai sana.aku yg baru menjejakkan kaki.heheheh

Wednesday, July 9, 2008

w.i.s.h l.i.s.t


ni salah satu wish list aku..sbb aku dah ada kaler biru...epul,cepat la g jepun,aku nak menda ni

Tuesday, July 8, 2008

a.n.g.a.u




heheheh..weekend ni yang paling best kot..sbb weekend ni aku g singapore lagi..dgn...heheh..sapa yg tahu tu tahu la,,yang pasti dah macam family xtvt kan..nak wat camna mak dia suka aku kot..dah 3 kali dah dtg sini nengok aku..sampai aku rindu mak aku...dah lama tak jumpa mak aku,,sedihnya...tapi ada perkara yang mengembirakan..yg aku rasa tak tau camna nak tulis kat sini...hehehe..tapi kan...semalam yang paling best la..all the way from jb to rawang with him...ahahhaha...angau..dr jb dia tunggu aku balik keje kat depan opis aku ngan parent dia...hahahah..cam sweet je tapi yang sebenarnya aku angau kot..pastu sampai machap benti jap sbb ari semalam aku pose bulan rejab..then singgah melaka antar mak dia..sampai umah mak dia terus nak masak..anak dia nak makan la kan,,bukan aku..hehehe,pastu aku pun singgah la mandi n semayang jap,pastu dh siap siap nak g dapur konon konon nak tolong mak dia.tetiba masuk je dapaur makanan dah terhidang atas meja,ya allah malu gile aku..aku senyum je la..then dia pun leh mengeluarkan statement.."tu la aku cakap nak jadi bini aku kena cepat and pandai masak"...aku jeling je kat dia..ngok dia ni selamba je ckp dpn mak dia,tapi mmg rasa bersalah gak la.tapi aku makan gak la.dlm jumlah yg sikit sbb dah malu..tapi mak dia masak mmg sedap.pastu dia kata kat aku.."ko tau napa aku gemuk'aku jawap la..tau..sbb mak ko masak best.heheh..eleh belum cuba mak aku masak lagi..rindu mak la..uwaaaaaaaaaaaaa..pastu meneruskan perjalanan balik rawang dia anta aku kat umah mak ngah..he dekat kul 12.30 la..gila org tua tu drive..janji aku sampai sini..oh ya..aku tertinggal clinique aku kat umah mak dia..walaupun aku tak guna sangat clinique tu sbb aku lagi prefer pakai loreal..tapi....aku nak balik la la...sbb dia CLINIQUE...

Saturday, July 5, 2008

R.E.D.mood

..............my pasport

my GUESS......................

my make up case..........
my ESPRIT..................................


my red nina...

best story of the year

Wednesday, July 2, 2008

kek brownies..


kek ni aku jumpa masa aku g wedding kat singapore ngan atuk aku,,best gile,,kalau korang nak tau,kek ni dia susun satu satu bukan dia letak sebiji,,aku sempat la amik gamba masa dia susun tu..nak tengok?



ni sekeping lagi tau..pastu dr dia amik dari dalam kotak ni



pastu kan dia susun dekat rak ni ha satu satu



ha tu gambar org yang susun dia..pastukan kek ni ha jadi camni.,..
cantik kan...harga dia S600 dollar korang convert la sendiri duit mesia nya bape..heheheh...dlm 1k la kot

perfume


hasil aku shopping




Hasil shopping aku di singapore...harga dia..S62 dollar..nalaysia bape ingit ek darab ngan s10=rm.23.00.pastu aku beli united colour of benetton dgn harga s10..murah kan murah kan..heheh

Tuesday, July 1, 2008

education and carrier fair


ini hari kitorg mengumpul paper bag..hahahahahha

best fren...





ni best fren aku kat eon bank..tapi dia dah lari tinggalkan aku sengsorang...dia lari g kejar rimau kat maybank,,,hhhuhuhuuhu..takpa ..takpa..pastu masa dia last day,,pastu khajar banje kitorang makan kat kinsahi..mahal gile...tapi makanandia best sampai rm200.00+++++ hengget.

singapore




hehehe..masuk kali ni dah second time aku g..tapi yang bestnya kali ni aku bawa kereta aku..kereta kesayangan aku ni..satria ku..heheh..aku g ngan yuyu n kakak,,siap bawa bekal .....ehhehe..ye lah duit kita kan murah nak banding dgn duit dia..tapi nak wat cmna gatal kan berlagak cam org kaya...tapi abes gak la duit aku bershopping tah apa aapa..yang pasti aku berjaya bawa satria ku ke seberang tambak ehheheh..campur sesat sekali..ahahha

mitsubishi evolution 7




akhirnya aku berjaya..bawa kereta ni...The Mitsubishi Lancer Evolution, colloquially known as the Evo, is a car manufactured by Mitsubishi Motors. There have been ten versions to date, and the numerical designation of the model is most commonly a roman numeral. All of them share a two litre, turbocharged engine and four-wheel drive system. Evolution models prior to version V were the officially-approved models for Mitsubishi's efforts in the World Rally Championship's Group A class and SCCA ProRally Championship. In order to follow these rules, the Evolution is based on the same platform as the Lancer. However, it is much more powerful than the standard Lancer, with the unibody being the only major part in common between the two.

The Evolution was originally intended only for Japanese markets but demand on the 'grey import' market led the Evolution series to be offered through limited type-approval in the United Kingdom and in various European markets from around 1998 (Evolution V-VI).[

Monday, May 12, 2008

i'm back

ehehehe..akhirnya berjaya buka blogg ni dgn bantuan sabrono...hehehhe