ahahhahahahaha...sape laa yg buat statement nie...hampeh
Kebaikan perokok / merokok yg tidak diketahui ramai org:
Perokok merupakan penyumbang pendapatan negara dari segi cukai rokok yg dikenakan. So, hangpa kena pikir…tanpa perokok, mcm mana negara nak maju. Walaupun kerajaan nak naikkan lagi harga rokok, perokok cuma mengeluh sebentar sahaja and then terus menghisap dan membeli rokok demi kemajuan negara.
So, perokok lagi bagus drpd depa yg tak bayar income tax. Kita harus bangga ngan perokok nih:)
Merokok dalam tandas dapat menghilangkan bau yg kurang enak. Anda tentu lebih rela menghidu asap rokok berbanding bau….errr….anda paham kan???
Rokok boleh meningkatkan produktiviti. Ini terserlah semasa kenduri kendara di kampung, dimana anak2 muda amat rajin membasuh pinggan sekiranya dapat rokok free dari tuan umah.
Merokok dapat menambah kenalan baru. Contohnya sekiranya anda tiada lighter untuk mencucuh rokok, perokok boleh tegur sapa2 saja yg dia suka..’errr..lighter ada tak?’ tanpa rasa segan silu lgsung. Secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama manusia tanpa mengira darjat, bangsa atau agama. Org tak hisap rokok mana berani nak pi tegur org tak tentu hala kann???
Rokok boleh menghilangkan bau mulut. Bau rokok rasanya lebih enak berbanding dari bau mulut yg busuk tambah2 baru lepas makan petai, jering dan seangkatan dgnnya...hehhe..
Perokok seorang yg tak kedekut. Anda boleh "pow" rokok kat sapa2 pun..tak kenal pun takpa. 95% org yg anda "pow" tu akan bagi rokok kat anda. Tengok…betapa pemurahnya perokok. Tapi jgn mintak duit…perokok memang kedekut kalau mintak duit.
Perokok seorang yg mempunyai hati yg kental. Ini terbukti apabila dia ketagihan rokok, tanpa menghiraukan apa2 atau sapa2…perokok dgn hati yg kental tetap pegi merokok.
Merokok dapat menghalau musuh. Contohnya anda tak suka org tuh mendampingi anda…so, anda hisap rokok byk2…hembus asap kat muka dia. Tentu dia lari kann…Di samping itu, rokok dapat jugak menghalau nyamuk tapi tetap takleh halau tebuan.
Merokok dapat menambah keyakinan diri. Perokok tau rokok tu bahaya…tapi perokok tetap buat bodo saja. Tengok…keyakinan terhadap diri sendiri amat tinggi.
No comments:
Post a Comment