Aku sampai lambat arini..9.05am aku baru balik dr pahang..malas nak balik semalam..arini jalan jamm..aku terlambat dan terpaksa parking kat tempat mahal RM9 perday..gile la kalau buat selalu…
Arini aku baca paper UTUSAN ONLINE…..as usual bila aku tgk paper ni aku akan baca muka depan n bila dh habis aku akan cr antara berita yang menarik..biasa nya aku akan pergi ruangan bicara agama..bukan la nak tunjuk baik tapi aku memang suka ruangan ni sbb aku suka hasil tulisan org kat sini sbb drpada sini aku mula terfikir tentang apa kurang dan lebih kat diri aku…
Ari ni aku ter baca tajuk ni Meniti alam dewasa…
Dalam tulisan penulis ni seperti dia tahu je apa yang aku tengah fikir sekarang untuk hidup..yang lebih tepat sekarang ni aku dlm usaha to balance life..dalam bahasa melayu dia..keseimbangan hidup……artikel ni dia citer daripada zaman kita kecil,sekolah kat u, kerja kawin beranak pinak n semuanya lah…
Yang aku tertarik macamana penyampaian dia yg dekat kat hati aku bila dia kata
“Justeru, persiapan, pengalaman dan bakat yang terbina dengan baik pada zaman remaja akan melanjutkan amalan, tingkah-laku, tabiat dan pekerti pada zaman dewasa seseorang”
aku sokong sbb aku rasa..kalau kita pandai mencorak kan hidup dr awal mungkin kita akan berjaya..
Zaman remaja memang sekali, namun tidak harus disia-siakan dengan amalan dan perbuatan yang sia-sia. Ramai orang yang menyesali zaman muda yang telah dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja tanpa pembinaan jati diri dan keterampilan yang baik.
Mendepani cabaran sebagai remaja yang akan meniti alam dewasa bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata bait-bait dalam sebuah lagu:
Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau ditimang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang
Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan
Kehidupan remaja harus disertai dengan keimanan, ilmu dan daya kekebalan yang tinggi dalam diri remaja agar kehidupan remaja tidak tersimpang jauh dari landasan yang sebenar dan dapat menuai hasil yang baik bukan sahaja apabila sudah dewasa dan berusia bahkan di akhirat kelak.
Best kan article ni…sangat menyentuh perasaan n sangat bagus ….sangat motivate..ehehhe
4 comments:
pehh..insap
hahah..nak lebih lanjut ko g baca kat utusan online
thanx kongsi artikel ne... tak payah nak gi bukak baca sbb lynda da tlg bacakan... huhu~
takpa takpa..berkongsi ilmu bertambah pahala..itu yg kita mau kat dunia ni..heheh
Post a Comment