Wednesday, April 15, 2009

tAZKIRAH..

Semalam masa balik kerja aku g lepak umah ana..rasa malas nak balik umah..actually aku g isi minyak pas tu dh sama jalankan aku terus je g umah ana..ana pun cuti sbb dia kerja malam(ana ni nurse ok kat HUKM)..lepak ngan ana tgk cerita matahri smpai habis..aku ingat pas maghrib nak balik..tapi lepak lepak aku dgr ceramah dr masjid dekat umah ana…masjid tu taklah dekat sgt jalan kaki penat gak la..tapi disebabkan speaker dia menghala ke rumah ana..aku dgr sebutir sebutir ayat dr ceramah ustaz tu…best gak ceramah ustaz tu sampai ter delay aku nak balik umah..ana suh aku tidur umah dia je..tapi cm tak best lak sbb aku tak bawa brg brg kan…so meh aku share sikit tazkirah ustaz tu serba sedikit

Tazkirah dia pasal lidah…yang ni aku copy paste dr pembacaan aku..ada kena mengena apa yang aku dgr semalam…

Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.
Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.
Berhati-hati Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah.
Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain.
Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.
Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam.
Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik. Sehubungan dengan ini
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud. "Manusia itu ada tiga macam (jenis).
Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya.
Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."
Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.
Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan.
Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya,
Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Ustaz ni pun bagitahu semalam …berhati hati dgn sahabat baik kita sbb sahabat baiik kita ni adalah musuh sebenar kita….tahu tak kenapa?ustaz ni dulu dia kerja kat penjara kat melaka..dia kat aselama bertahun dia kerja kat situ dia interview banduan kat situ siapa yg membuatkan diorg ni masuk penjara..rata rata jawapan mereka..kawan perniagaan,ayah,ibu,isteri,suami…so semua ni org yg baik dgn kita…fikirkan ya…
Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Wallahu a'lam
"Gunung yg tinggi tdk boleh menakung air ttpi lembah yg rendah boleh menjadi tasik yg saujana memandang luasnya".

3 comments:

Naughty Adam said...

TQ kerana berkongsi...

Byzura Mj (By) said...

erm..ntah la..aku rase betol..tp terletak la pd individu tu..kalo die sentiasa besangka baik..kwn baik tidak akan menjadi musuh..fikir2kan lah..selamat beramal~~

Lynda said...

adam: sama sama

cikby: terpulang pada situation ek