Friday, April 10, 2009

what u give u get back..?


Hamka telah berkata :


"Buat baik di balas baik itu biasa,
buat jahat dibalas jahat itu biasa,
buat jahat dibalas baik itu luar biasa"

Betul kan?

Semalam yuyu call aku..kitorg borak agak lama gak la…rindu gile..wlaupun dh duk dekat tapi masa tak leh dicuri juga utk jumpa…

Sab… walaupun kitaorg leh jumpa dlm jangka masa tak sampai sejam..tapi still ada je benda yang menhghalang,contohnya:-:penat.malas.jam…
Sab….kitorg dah membincangkan trip utk ke JB tapi tunggu kata ptutus..hhu skema nya ayat..

Tak macam dulu kalau balik mesti borak dgn dia ada je benda nak citer and akhirnya dua dua gelak..best …huhuhu..

Semalam masa yuyu call kitorg ada ckp psl benda ni buat baik dibalas baik n buat jahat dibalas jahat..n kita kena selalu berkawan dgn org yg baik biarpun kita tak dpt menjadi baik tapi kita dapat kebaikan drpadanya.. …kan yuyu..kalau ko baca blog aku ni la kan..bukanlah maksudnya kita takleh kawan dgn org jahat..mcmana nak tahu pun org tu baik ke jahat kan..but at the end kita rasa sendiri dlm diri kita sama ada apa yg kita buat tu betul atau tidak ..

Hang up dgn yuyu aku semayang maghrib…after semayang doa semua..aku terpikir…

That’s all about a life
Hidup nih bagai kan pentas lakonan…dimana kita adalah pelakon2 utamanya..kita mencipta suasana dan kita mencipta apa yang kita mahukan.Kita membuat perancangan dan semestinya Allah yang tentukan.Watak2 yang kita pilih ditentukan oleh diri kita sendiri.Kalau kita nak jadi watak baik.So kita boleh pilih untuk jadi watak tuh.Tapi kalau kita nak jadi watak syaitan atau pun watak jahat.Maka kita pilih lah watak tuh.Cuma watak jahat nih biasanya penonton tak berapa suka.Nak tau penonton tuh saper??penonton tuh adalah orang yang berada disekeliling kita.Orang di sekekeliling kita melihat perilaku kita.Watak kita.Dan bagaimana kita menghayati watak yang kita pegang.Kalau baik…baik betul2 ker atau buat2.kalau jahat..jahat betul2 ker atau jahat buat2….Tapi antara banyak watak..watak jadi baik lah yang paling susah sekali nak pegang.Watak jahat….fuhhh…memang senang nak pegang.Mungkin kalau pegang watak jahat,silap2 ari bulan leh dapat pengiktirafan dari polis diraja Malaysia.


Moral of the story; jangan takut untuk berbuat baik sesama kita. Allah akan membalasnya dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin ada yang berkata, dah puas aku berbuat baik tapi tak nampak pun faedahnya tapi mungkin kita tidak tahu faedah itu telah Allah limpahkan kepada orang-orang yang kita sayang.

Wallahualam.

No comments: