Monday, October 5, 2009

indonesia digegar lagi

JAKARTA 4 Okt. - Satu gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua Barat, Indonesia hari ini kira-kira 3,500 kilometer dari zon bencana gempa di Sumatera Barat.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.36 pagi (11.36 pagi ini waktu Malaysia) pada kedalaman 39 kilometer, 129 kilometer ke barat laut ibu kota Papua Barat, Manokwari, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sementara itu, pakar seismologi Indonesia melaporkan gegaran itu berukuran 6.1 pada skala Richter.

Ketua teknikal agensi geofizik Indonesia, Suharjono berkata, belum ada laporan diterima mengenai kecederaan di Papua Barat.

"Gempa bumi di Papua Barat tidak ada kaitan dengan gempa bumi di Sumatera. Kepingan tektonik dalam kedua-dua insiden adalah berlainan," katanya. - AFP


what say u..?perlu teruskan atau tidak perjalanan?

bak kata yati kena tukar niat jika mahu teruskan...

bak kata farina..nila masa nak pergi tengok...

"mengikut kajian..lagi ramai yang mati semasa tidur dr jatuh kapal terbang...so?time tidur tu tak takut pula?"

nande oo?

No comments: