Wednesday, November 18, 2009

Raya Korban 27 november

KUALA LUMPUR - Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.
"Oleh yang demikian Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini semalam. - Bernama


MOTIF..BIRTHDAY AKU..EHEHEHHE

No comments: