Tuesday, May 4, 2010

bersyukur

Dalam hidup aku skrg macam macam jadi…aku selalu memikirkan benda yang bukan bukan..dan apa lagi yang perlu aku buat untuk hidup ni…”time is running ……
Aku benci dgn ayat ni…tapi sbgai hamba di muka bumi ni kena terima apa yang ditetapkan oleh ALLAH..ya aku terima …siapa kita untuk melawan takdir dia kan…
Dalam aku terima aku still berusaha nak perbaiki kehidupan….insya allah …walaupun aku tahu tanpa usaha tak menjanjikan apa apa…..

Tapi aku tetap BERSYUKUR dan rasa bersyukur tu telah bertambah dgn rasa yang bertuah teramat sangat..sbb dalam hidup aku..aku sentiasa dikelilingi org yang menyayangi aku ..walaupun aku slalu tak Nampak benda benda tu…tapi skrg ni aku perlu lebih berhati hati dan bersabar..kerana setiap yang berlaku ada hikmah dia..dan masih ada org yang menyayangi aku mengambil berat tentang aku…bersyukur sangat..aku tak keseorangan.walau apa pun jadi pada aku…aku tak harungi seorang diri..aku ada semua org disekeliling yang Bantu..tapi aku yang careless..aku yang tak berhati hati..tak fikir…

Sekarang ni aku kena berubah ...kena fikir sebelum buat apa apa...supaya apa yang aku buat lepas ni tak menyusahkanorang lain..tapi,,bukan niat nak menyusahkan org lain..keadaan berlaku semua tidak disengajakan..mungkin ada benda yang aku buat yang aku tak Nampak…then ALLAH balas dgn cara ni..aku lupa nak sembahyang,lupa nak berdoa..sibuk dgn kerja,dgn hidup dgn benda yang bukan bukan..sampai lupa perintah ALLAH lupa yang 5 tu…macamana hidup nak berkat.macamana hati nak tenang…

Entahlah…mengeluh..ini bukan masanya..skrg ni kena perbaiki diri,perbaiki apa yang kurang,tambahkan ilmu..bukan hanya niat dalam hati.bukan hanya berdoa tapi tanpa usaha..,,,aku kena buat,..jangan menyusahkan org lagi..

Hari ni aku cuti…cuti sbb aku tak sihat..bukan fizikal tapi mental…aku nak rehat..tapi dlm hati aku macam macam aku fikirkan…pasal opis,pasal kerja,pasal duit,pasal kereta…last Friday xcdent…balik dr KL-Mentakab..aku xcdent di KARAK highway..disebabkan xcdent ni aku cuti..aku tak cedera apa apa..Cuma mental aku belum ok..still pening..mungkin sbb kepala aku terhentak kat stereng waktu kereta aku spin atas highway tu 2 kali..then dilanggar lagi dgn kereta satria kat belakang..kepala aku ada terasa gegar sikit..aku perlu rehat..tapi aku tak pergi hospital..malas..aku rasa 2-3 hari lagi ok kot..Cuma aku perlu rehat sekejap..sebelum aku memikirkan kerja opis yang banyak tu…mungkin di sebabkan xcdent ni timbul rasa bersyukur dan bertuah dalam diri aku kot…last year bulan 3 aku xcdent kat damansara,.terlepas break aku terlanggar kereta kat depan.waktu tu aku pakai WAJA..then aku repair waja tu,aku pinjam iswara abah..untuk kerja..selesai waja tu repair aku bawa balik KL then tarikh 4/5/2009 genap setahun waja aku hilang dicuri kat depan kondo kat cheras ni…menangis..tapi waja aku tak dapat balik…then aku pinjam kereta kembara abg mahat..aku pakai kereta kembara tu kesana kesini..aku tak niat nak amik kereta lagi..keadaan financial aku tak mengizinkan sbb aku still kena bayar waja tu lagi..then dalam aku guna kembara tu..30/4/2010…xcdent lagi with kembara pula…aku dh tension sangat..kenapa malang sangat nasib aku.,..semua nya berkaitan dgn kereta..aku mmg tak boleh pakai kereta ke?

Semalam aku n family semua pergi rumah abgnuar kat kuala pilah..sbb semua ada kat sana.berkumpul kat sana.Cuma kak ijah je yang takde..dia kat ipoh.perasaan aku still tak tenang walaupun semua family aku n anak buah aku ada..aku still pikir..kenapa aku jadi mcm ni.ada je yang tak kena.last semalam sebelum balik..abg nuar bagi kunci kereta wira dia kat aku..

Abg nuar:”amik la pakai dulu..nanti dah elok kembara tu awak pulang balik”

Aku terkedu..seee…nampak tak bertuah nya aku..satu satu org bagi..tapi aku tak reti nak hargai.ingat semua tu dapat free..semua tu aku boleh petik je dpaat?nampak tak org sayang aku cmna?


keadaan lepas langgar divider
belakang ni kena langgar dgn satria.setelah kereta spin 2 kali

habis
tunggu di tow

6 comments:

Aleiz said...

alhamdulillah ko selamat..pasni extra take care okehhh..

Lynda said...

thanks ziela

Byzura Mj (By) said...

ko bawak laju ke apa ni. ke ko lepas perasaan?

Lynda said...

tak bawa laju..ujan..jalan licin kat selekoh..kepala pun tgh weng

Suzie Ahmad said...

xcident teruk ker? alhamdulillah ko x pape... nxt time xtra careful k... take care ya!

Lynda said...

thanks suzie..kete je teruk..aku ok..cume pala pening lagi