kepada seseorang yang ku panggil Sayang RHS
****************************************************
Sayang
bermula episod kita tanpa diduga
memang aku memuja mu
memang aku menyintaimu
tanpa sedar perasaan itu lahir
dari kenalan lahir sayang
.
Sayang
dari sehari ke sehari
sehinggalah perasaan ini wujud
sehinggalah setiap tutur mu menjadi mimpiku
bermulanya siang dan berakhir ke malam
takkan ku henti menyebut namamu
.
Sayang
hari ganti hari hingga bertahun
kau tetap dalam ingatan ku
setiap detik dalam hidupku ada dirimu
kau sentiasa ada dan tak pernah hilang
terasa kau disisi walaupun berjauhan
.
Sayang
tawamu,girangmu,sedihmu tangismu
menjadi sebahagian hidupku
biar apa pun jadi kau tetap dalam ingatanku
ada bersama ku
setiap masa setiap detik
waktu yang ada semua untukmu
.
Sayang
setiap langkah,gerakmu dalam ingatanku
setiap perbuatanmu dalam mindaku
kau sentiasa dlm ingatanku tak pernah hilang
tak pernah jemu walau sesaat
.
Sayang
ku ingin kau tahu
betapa aku menyintaimu
tak pernah sedikit rasa benci di hati
biarpun apa terjadi
kurelakan demi melihat kebahagiaan
walaupun bukan untuk ku dan tak seperti yang diimpikan
kerna ku tahu ternyata ujian Yang Maha Mengetahui itu cukup luas rahsianya
tak tercapai akal dan aku redha biarpun cinta itu hanya termiliki jauh di dasar hati ini...
.
Sayang
Ternyata benar perasaan cinta dan rasa ingin memiliki itu dua perkara yang berbeza
bila Yang Maha Mengetahui telah menarik cinta itu dariku kerana mungkin Dia tahu dengan itu aku lebih menghargai cinta itu dan seandainya semalam takdir itu diterbalikkan berpihak kepada aku...belum tentu perjalanan hari ini dan esok masih tetap berpihak padaku
mungkin durinya lebih tajam menusuk jantung berbanding dengan apa yang aku rasai
No comments:
Post a Comment