Monday, August 30, 2010

saya sangat bosan

bosan + ngantuk = balik

20 Ramadhan


10 malam terakhir ramadhan


Firman Allah SWT: Maksudnya:
” Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “. (al-Qadr: 1-3)

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa untuk beribadah dan promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :


Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

Sunday, August 29, 2010

Biarkan Jatuh Cinta


>tatap ini indah melihatmu

rasa ini rasakan cintamu

jiwa ini getarkan jiwamu

jantung ini detakan jantungmu


dan biarkan aku padamu

takkan menyesal hidup di dalam hidupku

rasa ini tulus padamu

dan kan ku biarkan sampai aku mati


reff:

biarkan aku jatuh cinta

pesona pada pandangan saat kita jumpa

biarkan aku kan mencoba

tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak


tatap ini indah melihatmu

rasa ini rasakan cintamu

jiwa ini getarkan jiwamu

jantung ini detakan jantungmu

Kena balik ek?


mlm ni kena balik ya
kena balik kl ya
balik bawa lauk pauk
untuk sahur nanti
balik dgn hati gembira
hehehhehe
eh lawa kan bear purple
saya nak bear warna purple boleh tak?

Buke arini @rumah Angah

kfc wajib..hehehe
lalallalallalalalalallalallalala

ikan bilis berlada..feveret saya
amik ko
air oren sunkis

Pudind Diraja


teringin nak makan ni
dulu aku makan
mak zura yang buat
hehehehe
ada lagi tak?

19 Ramadhan

still kat umah angah lagi
malam ni kena balik kl
sbb esok kerja dan selasa cuti balik
baru je nak amik cuti esok
tetiba boss cuti
apa lagi aku jadi boss la esok
sengal
aku sekarang dah semakin tak seronok bekerja
dahmalas
setiap perancangan aku wat cam sampah
dah la tak mau citer pasal kerja
kerja untuk dapat gaji sudah
yang lelain malas nak fikir
arini nak suh mak wat ikan bilis goreng berlada
nak g beli ikan bilis semalam tak sempat
oh semalam buke dalamkereta makan chezy wedges
gara gara antar anak sedara aku g buke kat kfc,balik umah terus makan nasi
oklah nak mandi bye....

Saturday, August 28, 2010

nite....

nite all

kosong


Sekarang ni hidup aku terasa kosong

Aku tak tahu hala tuju aku sekarang..bila bercakap tentang hidup.aku terdiam.dan tersenyum.dh tak tahu nak kemana ku halakan fikiran ini.dah tak mampu untuk berfikir apa yang terjadi.
Mungkin aku harus ikut saja aliran yang ditetapkan oleh-Nya.Bukanlah maksudnya aku tak nak berusaha untuk sesuatu perkara.tapi lagi aku hush diri aku.lagi aku rasa pening dan stress..akhir akhir ni macam macam yang jadi yang mana semua di luar kawalan aku..diluar jangkaan aku..yang hampir membuat aku jadi gila..gila dgn keadaan sekeliling yang mendesak,gile dgn perasaan di dlmhati yang memuncak..aku pun tak tahu kat mana aku letak sabar aku,kat mana aku letak waras aku..bukan aku tak cuba untuk cool down tapi dalam masa yang sama bermacam macam benda yang aku fikir.yang bukan bukan..

Setiap orang mahukan yang terbaik dalam hidup masing masing,macam tu juga aku…benda yang aku fikir..yang katanya bukan bukan tu lah yang cuba aku jadikan yang terbaik.aku cuba corakkan dalam kehidupan aku agar Nampak sempurna dan cantik.namun apalah daya aku kalau apa yang dihajati yang sepatutnya aku buat tapi aku tak mampu..sesungguhnya bukan aku yang mengawal semua ni..aku hanya hamba-Nya yang menerima apa saja yang diperintah oleh-Nya.sepertimana aku katakana bukan aku tak mahu mengubah apa yang jadi dlm hidup aku bukan aku taknak move on try to get life better..tapi apalah daya aku..kalau aku cuba menidakkan apa yang ditakdirkan kepada aku oleh-Nya bukan kah aku syirik…Terima?aku terima apa yang di takdirkan oleh-Nya dimana aku hanya hamba yang mana harus terima dan terima apa yang ditakdirkan tanpa layak untuk mempersoalkan apa yang telah ditakdirkan..layak ke aku?

Tak bergerak pun sezarah adam tu tanpa izin aku

Untuk ujian ini sesungguhnya aku tak mampu untuk melawan ketentuannya..walau di hati aku rasa sakit,pedih n segalanya..aku harus bertahan..ya..mungkin aku insan terpilih untuk semua ini.terpilih untuk ujian ini..yang mana sendiri tahu kalau aku tak mampu Dia takkan beri ujian ini kepada aku..maknanya aku mampu..mampu untuk ujian ini dan aku kena tempuhi..tempuhi dgn berserah kepada-Nya.berserah dgn hati yang redha kepada-Nya.
walau pun aku diberi pilihan untuk ya atau tidak..tapi kalau pilihan untuk itu aku tak mampu untuk lakukan.aku tak perlu nak paksa diri aku lagi.paksa untuk buat benda yang aku akan menipu diri aku sendiri yang sedangkan aku tak nak hanya sebab kan keadaan aku buat..unfair bagi diri aku..salahkah kalau aku buat perkara untuk menyenangkan hati aku,salahkah aku gembira kan hati aku sendiri?orang lain tahu aku gembira?orang lain tahu aku sedih?kalau ada pun gembira tumpang gembira kalau ada pun sedih tumpang sedih...kalau boleh amik perkara perkara ni dari aku...dorang berbaloi tuk menilai aku...siapa mereka nak menilai aku...
Aku punya hati aku punya perasaan..untuk menikmati semua ni...menikmati ketentuan oleh-Nya..menikmati yang gembira menikmati yang tak gembira...inilah ujiannya..inilah pengalaman..inilah rasa itu..

..........


“If you are trapped between your feelings and what other people this is right, always go for whatever makes you happy, unless you want everybody to be happy except you.”

18 Ramadhan

hari ni kat rumah angah
semalam balik dr kerja terus balik sini
hari ni mak masak sambal udang dan kari
teringin nak makan nasi lemak
nanti buat skit je aku sorg je pun nak makan
makan dgn sambal udang best juga
anum n ila buka kat kfc
tadi angah suh hantar dorg kat sana
oh ya
satu lagi nak beli paru..
best best

lagi satu nak suh mak buat ikan bilis goreng belada
yang ada aritu dah letak kat umah the sulongs
hahahahah
dah habis ek?
haha

Hadif Aifi

nah tgh nangis
heheh
comel
dah tidur...
:)
ni gambar anak yuyu
semalam pas buke g jumpa dia
anyway congrate yuyu
23/07/2010 ek
comel

Fragile

Saya mula faham
satu-satunya punca kenapa kita mudah kecil hati dengan seseorang
adalah kerana kita ada hati dengan dia.

taken from this
and its happen yesterday

Friday, August 27, 2010

Mimpi yang tak sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

17 Ramadhan (nuzul Al-Quran)

hari ni hari nuzul quran
saya tak cuti
hanya negeri negeri yang berkenaan je cuti
hari ni saya nak balik kampung
hari ni kat opis sejuk banget
cuaca pun mendung
macam hati saya
pagi pagi lagi dh nanges
nanges lagi
:(
hari ni tak best la

Potato Spring

semalam saya makan ni
best gak

Bulan dan Bintang

Bulan dan Bintang
semalam tgk bulan lagi
bulan cantik semalam
:)
bulan ada kawan..ada satu bintang teman dia

see see
:)
suke

Buke @ Ani Sup Utara

xtvt semalam
buke di Ani Sup Utara
tapi saya g beli nasi kerabu dulu kat pasar ramadhan Bandar Sri Permaisuri
nasi kerabu yang berharga 7 hengget kenyang sampai pagi ni
sampai malas bangun sahur sbb kenyang sangat
ehehehehehnana,ecah,saya mulia
dania ngan yo
yang dah selamat dimakan

amek ko meja kitorang
hehehhe

Thursday, August 26, 2010

Kami Kami di Unit Latihan JKMM


:)

Taman Langit

langit @ UKM
Bila kini ku berada dalam taman mimpi,
dalam taman langitku
Kini cobalah berpaling,
langit takkan berwarna,
aku takkan merasa
Semua takkan berubah,
semua takkan berubah
Ini taman mimpiku,
ini taman langitku
Coba, cobalah berpaling,
ini taman mimpi,
ini taman langitku
Tak perlu kau bayangkan,
tak perlu kau renungkan
.


.


.


.

pic ni ambik kat UKM semalam
sambil nak tunggu jalan jammed nak kuar dr UKM
cantek kan...
waktu tgk langit mcm ni tetiba ada 1 perasaan datang...
:)

16 Ramadhan


14 days to go
blog aku bulan ni
mcm counting tuk raya
tapi sebenarnya takde la semangat sangat nak raya
apa pun takde
semalam ijat call nak dtg kl minggu ni dgn nenek nak beli baju raya
macam banyak sgt duit dia tu
layankan je
siap cakap jangan lupa bawak balik novel budak setan
eheeehhehe
dia dah terpengaruh dgn si kasyah
ehhehe
arini plan buke pose?
entah
tapi rasa nak makan nasi kerabu
mana nak cari?
kita pikirkan ya
oh ya meh sini letak gambar xtvt kat ukm semalam
xtvt kerja sambil mengular
hehehehe pepel kaler cik zarinayang ni memang totally
bosan
heheeh

Wednesday, August 25, 2010

Happy Anniversary...

Back then,
I never thought falling in love with this thing would be impossible.

Until it happened to me.
I love being imperfect.
And insecure.
And inadequate.
I love falling in love with an imperfect man.
Sharing the adventure of learning to be better.
Hoping that with the given time together,we’ll bring out the best of each other.
Knowing we were born imperfect,to complete and be completed.

tenang sayang,
ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis,
hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

Allah Ta’ala is the Ultimate Genius.
25082010

15 Ramadhan

:)
dah halfway ramadhan
dulu lama nak tunggu
ni tinggal lagi 2 minggu
apa pun takde lagi
hehehhehe
hari ni
HARI WANITA
hari ni saya bertugas di UKM
untuk sambutan HARI WANITA
jemputla datang
kalau tak dtg tgk kat tv ya
TV1 la tapi
beserlah TV org gomen
heheheheh
anyway
to all WANITA outside there
SELAMAT HARI WANITA
:)

Tempat Asal Cinta


Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Saya pernah. Lebih sekali. Saya percaya ramai di luar sana juga pernah. Normal bagi mereka yang tidak pernah, untuk menganggap golongan yang pernah ini sebagai gatal, atau sengaja, atau mencari fasal. Normal untuk kita berkata itu ini sebelum merasai. Manusia prejudis pada apa yang mereka tidak tahu dan skeptikal pada apa yang mereka tidak faham. Ini kelaziman kita semua. Jangan kecil hati.

Gatal, sengaja, atau mencari fasal – saya tidak akan mengiya atau menidakkan mana-mana. Boleh jadi tiga-tiga. Boleh jadi salah satu. Boleh jadi bukan langsung. Jangan bilang “kejinya, aku takkan buat begitu.” Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Pada saya, mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan idealis (yang perlu direalistikkan), sedikit lemah (yang perlu dikuatkan), dan yang paling penting, terpilih oleh Allah untuk dihadapkan dengan ujian.
Kalau jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya itu dosa, kenapa Allah menghalalkan poligami? Fikir. Yang bikin dosa adalah perbuatan, bukan sangat perasaan.

Saya berani kata begini sebab saya banyak dosa.

Tapi itu cerita lain. Ini cerita kita-kita.
Selama hampir 26 tahun saya bernafas, mengutip pengalaman dari hidup sendiri, mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling, saya semakin sedar, bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.
Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.Jatuh cinta namun berpisah kerana hatinya diambil orang lain.Jatuh cinta, berpisah, dia mula hidup baru dengan teman baru, namun kita masih terus menerus jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah jatuh cinta. Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain, atau terikat dengan orang lain, adalah sakit yang luar biasa. Bilamana dia itu suami/isteri orang, tunangan orang, atau kekasih orang, kita serta-merta mengarah hati kita supaya berhenti. Jangan sayang lagi. Tak boleh!

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh.

Hati tanya kenapa?

Kita jawab tak boleh!

Setakat “tak boleh”, lut ke?

Biasanya kalau ada rasa benci, akan lebih mudah untuk awak berhenti mengasihi. Kalau dia itu jahat orangnya, banyak buat salah, layan awak seperti sampah, adalah modal untuk membenci. Masalahnya dia baik (kalau jahat kenapa pula awak hendak jatuh cinta, betul?), dan dia tidak buat salah, dan dia tidak layan awak seperti sampah. Jadi modal untuk membenci tidak ada. Satu-satunya modal untuk berhenti ialah kekuatan diri awak sendiri. Iman. Nekad. Dua perkara itu paling payah hendak timbul bila sudah bertembung dengan hati yang sarat dengan nafsu hendak mencinta dan dicintai. (Dan orang gila mana yang tidak mahu mencinta dan dicintai?)

Hati dengan otak, manalah duduk sebelah-menyebelah.

Apa yang saya buat dahulu untuk memboloskan diri dari keadaan ini ialah, saya berserah. Bukan berserah sekadar di mulut, tapi betul-betul berserah. Tahun demi tahun, saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia. Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain. Pasangan tunangan bukan dimiliki satu sama lain. Suami isteri juga, bukan seratus-peratus dimiliki satu sama lain. Lelaki yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit, yang saya boleh curi-curi ambil dari troli orang lain. Kalau pun dia dengan saya, satu hari dia boleh pergi ke orang lain. Kalau pun dia dengan kekasihnya, satu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain. Dia ada otak, ada hati, ada kaki; dia boleh ke mana-mana sesuka hati. Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih. Jadi apa makna “pemilikan”? Apa makna “kepunyaan”? Wujudkah “pemilikan” dan “kepunyaan” sesama manusia? Siapa yang benar-benar memegang otak, hati, kaki, seluruh anggota manusia tadi? Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya kata, “tempat asal cinta ada satu je.”

Saya percaya, kita jumpa jodoh kita kalau kita mula mencinta dengan mencintai Allah. Saya bukan orang yang paling baik. Saya cuma tukang redha. Tukang berserah. Tukang sujud. Tukang tadah. Dan semua ini paling ketara bila saya paling susah. Saya bukan orang yang paling baik.

Cuma dalam situasi sebegini, saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir, “Aku nak dia. Aku nak dia. Aku nak dia.” Sebaliknya saya mula berfikir, “Terpulanglah, Allah. Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku. Terpulanglah. Buatlah.” Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati. Hanya bila ia terjadi pada hati, akan awak tahu bezanya. Percaya cakap saya; sangat-sangat besar bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.

Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata,tempatnya cuma ada satu.

oleh:: WRD
taken from this

Buke @ Mc D TPM

semalam abis rehersel Hari Wanita
malas nak buke kat UKM
so decide dgn PU3 g makan kat UKM
heheheheh pu3 dgn double GCB
aku mkn mc chicken

ni masa rehersal hari wanita
tak siap lagi
heheheh

Tuesday, August 24, 2010

14 Ramadhan

semalam duk umah dania n yo sampai sahur
5.30 balik umah cheras..mandi mandi iron baju n terus kuar g kerja
sampai office awal 6.55
heheheh
ngntuk bangat penangan main monopoly malam tadi
arini ada foto shoot untuk kad raya latihan
pastu ada briefing
then ada rehearseal untuk hari wanita esok
oh ya
esok ada sambutan hari wanita sila la dtg
.
.
.
.
SAMBUTAN HARI WANITA KEBANGSAAN 2010
25 OGOS 2010
DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
BANGI SELANGOR

Ku ada Kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Monopoly

lepas buke pose semalam
lepak umah yo n dania
kami dah jumoa game baru..ehehehe..after..chor tai tee dan ..UNO hahahah..monopoly
game ni lagi lama dr UNO..heheheh
sampai semua org scary nak jalan..hahaha ni duit aku dan harta harta aku

hartanah hartanah
duitbank n duit Dania?????
heheheheheh
akhirnya...akulah jutawan hartanah
for dania..cube lagi next time ek
menda ni takleh main time weekday la..
lebam mata aku g kerja arini tau

Buke pose @ Kinrara

saya punya
nasi goreng pataya
kawan kawan saya punya


dan lagi

hehehehhe
penuh meja
makan 4 org je
xtvt buke pose semalam
ehheh

Monday, August 23, 2010

Bubur lambuk

rezeki rezeki
dah lama nak makan
tapi malas nak g beli
hehhehe



13 Ramadhan

arini saya tenang sangat
after sessi kaunseling dgn pu3 pagi td rasa hati tenang dan best
heheheh
thanks cik pu3 kerana memahami saya
:)
arini nak jenjalan dgn pu3
nak g cari baju raya
ehhehe
see see see
saya dah ada mood untuk semua ni
"no more tears baby"
luv u tau...
oh ya saya dapat kad raya hari ni
heheheh

cik linda okeh..hehehehdah siap tampal ..ehhehe