Blog
nak mengadu boleh tak?
hari ni hari sedih saya
walaupun saya dapat kanggaru dari aussie
tapi saya tetap sedih
.
.
Blog
arini last day saya breakfast dgn bestfriend saya
makan nasi lemak lauk paru sama sama kat foodcort mara
dah setahun lebih makan kat tempat sama setiap pagi
kalau saya tak out station n kalau dia tak outstation
lepas ni dah takde kawan bfast dah..:(
.
.
Blog
dah setahun lebih saya kenal dia
thanks to Allah kenalkan dia dgn saya
sbb dia sangat memahami saya..dia tahu bila saya pergi minum pagi saya minta nescafe
dia minta teh o ais
and bila g makan dia tahu yang saya minta air laici atau teh o ais limau
then dia saya tatau minta air apa
tapi saya tahu dia suka makan makanan western dan saya tahu dia suka makan ayam
hehehhehe
.
.
Blog
lepas ni saya dah tak ke bandar manjalara antar dia
kalau saya ngan dia g jenjalan lepas balik kerja
walaupun jaranng berjalan sbb dia tahu lepas waktu kerja peak time saya bergayut
hehehhehe
thanks kerana memahami
.
.
Blog
lepas ni dah takde kawan saya lepak kalau tengah release tension
saya kenalkan dia dgn taman KLCC di waktu malam
dia kenalkan saya taman SPPK kat damansara
2-2 tempat ni tempat saya dan dia pernah nangis sama-sama
dan lastly kat padang MPPJ depan amcorp mall
.
.
Blog
lepas ni dah takde waktu tuk saya skip kerje pergi tgk movie
heheheheh
alice in wonderland,bewolf,tomb rider n hantu kak limah balik kampung
hehehhehehe
.
.
Blog
lepas ni dah takde g kusus sama sama
kat PLPP,PD then PJ
dah takde g event sama sama
dah takde jd urusetia sama sama
dah takde nak g jalan sama sama
after kerja
dah takde kuar sama sama masa time ceramah agama..ehheeheh
sedih la blog
.
.
Blog
banyak kenangan saya dgn dia
byk suka duka saya dgn dia
dia amat faham saya
mungkin condition kami sama
.
.
Blog
saya bersyukur kenal dia
tak pernah dalam hidup saya bila saya sedih dia pun ada dalam kesedihan saya
bila saya nangis dia pun nangis sama sama dgn saya
bila saya gembira dia sedikit pun tak rasa iri hati
tapi sebaliknya sedar kegembiraan yang saya alami dan rasa gembira bila saya gembira
dan berusaha untuk buat saya gembira
walaupun tanpa sepatah kata keluar dr mulut dia sudah cukup buat saya tenang dan saya tahu
dia ada untuk saya walau dalam keadaan apa pun
.
.
Blog
saya doa dgn Allah bagi kebahagian kat dia
kuatkan hati dia
semoga dia bahagia dgn kerjaya baru dia
dan semoga persahabatan saya dgn dia kekal hingga akhir nya
sbb saya sayang dia sangat sangat
.
.
Blog
dah banyak air mata ni nangis
saya takleh tunjuk depan dia
saya kena kuat
sbb saya tahu dia taknak tgk saya sedih
taknak saya nangis
nak saya kuat
nak saya happy
sbb itu yang selalu dia pesan dgn saya
.
.
"putri taknak dgr lin nangis lagi,sbb putri sayang lin".....
No comments:
Post a Comment