Semalam aku baca paper aku terjumpa article ni..aku teringat ada org pernah nasihatkan aku benda ni beberapa minggu yang lepas meh kita kongsi baca menda ni ek…
Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung.
Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.
Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.
Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tanggungjawab dan budaya, terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja,
Wanita juga lebih terbuka dan sangat prihatin dengan kesihatan serta tidak malu untuk merujuk masalah yang dihadapinya kepada pakar terbabit.
"Kemurungan di kalangan wanita juga ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna (aku pun pernah rasa benda ni jadi kat aku when aku left E””)manakala lelaki meluahkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.
Kesan murung
Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, perasaan yang tidak positif dan terlalu memikirkan sesuatu boleh mengundang rasa sakit badan yang biasa dialami, yang berkemungkinan berkaitan dengan masalah kemurungan.
Masalah di tempat kerja juga mungkin dibawa pulang ke rumah dan meleret dari satu hari ke satu hari, sehingga menyebabkan sakit badan.Para penyelidik mendapati pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan am pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.
Dr. Mohamad Hussain yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, kemurungan adalah penyakit sepanjang hayat tetapi menerusi rawatan, pesakit boleh menjalani kehidupan normal, boleh bekerja, berkahwin dan juga mempunyai keluarga selagi mereka mengambil ubat.
"Kemurungan sama seperti penyakit kronik lain dan ia perlu dirawat. Kos rawatan kemurungan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penyakit lain. Contohnya kos rawatan kanser payu dara peringkat kedua untuk enam bulan adalah sama untuk merawat kemurungan selama 20 tahun.
"Apa yang lebih penting ialah mengenal pasti dan mendapatkan rawatan seawal mungkin. Ini sebabnya pengamal perubatan, terutamanya doktor di klinik yang menjadi barisan pertama ditemui pesakit, perlu peka terhadap gejala kemurungan, termasuklah kesakitan fizikal yang sukar diterangkan," jelasnya.
Bagi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun jika mengalami dua episod kemurungan. (kena amik ubat ke)
Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit berkenaan berulang adalah tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama, 75 peratus (episod kedua) dan 95 peratus (episod ketiga kemurungan). Lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang lebih tinggi jika pengambilan ubat dihentikan.
(bab ni yang tak best kena hidup bergantung dgn ubat pula)
Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau hasil imbasan CT juga tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada pengamal perubatan alternatif dan tradisional.
Malah, lebih menyedihkan, terdapat segelintir pengamal perubatan alternatif dan tradisional tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan sama ada mengenakan bayaran lebih mahal berbanding kos rawatan di hospital atau mencabul kehormatan pesakit seperti banyak dilaporkan di akhbar.
Ada juga yang menganggap, masalah kemurungan berkaitan dengan kekurangan iman yang ada pada seseorang. Itu sebenarnya satu tanggapan salah kerana semua orang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kemurungan.
Perunding Psikiatri PPUM, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal berkata, kemurungan dan rasa sakit saling berkait.
Apabila seseorang menghidap penyakit, dia mempunyai risiko dua kali ganda untuk dilanda masalah kemurungan.
Sebaliknya individu yang murung pula biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imunisasi lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuklah jangkitan kuman.
(yang ni pernah jadi kat aku..aku selalu je jatuh sakit lately ni)
Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut. (yang ni betul aku pun rasa camni)
Bagi sebilangan pesakit, kesakitan fizikal juga didapati berlanjutan lebih lama berbanding gejala kemurungan itu sendiri.
Bagaimana hubungan ini boleh terjadi?
Antara penjelasan yang diterima ialah kedua-duanya memberi kesan atau mendapat kesan daripada perubahan pada paras bahan kimia otak dan sistem imunisasi badan, kesan sampingan ubat, rentetan perlakuan daripada cubaan membunuh diri dan faktor genetik.
"Kemurungan memberi kesan kepada paras pemancar neuron (neurotransmiter) iaitu bahan kimia otak yang bertanggungjawab menghantar maklumat ke saraf. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan noradrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan lebih terasa,"
Pesakit murung biasanya datang dengan gejala fizikal seperti penurunan atau pertambahan berat badan yang ketara, tidak boleh tidur malam, tidur kerap terganggu atau terlalu banyak tidur, keresahan melampau atau tiada perasaan, keletihan, tidak bertenaga atau kesakitan fizikal pada mana-mana anggota badan.
aku ada sebahagain dr arikel ni...solution???
No comments:
Post a Comment