Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan

hari ni plan malam ni nak kemas b ilik
saya tak pose lagi
ehhehehe..
selamba bagitahu kat blog..blog aku kan?hehehe
so plan arini nak kemas bilik yang semalm dh macam hantu
hehehhehe...
-------------------------------------------------------

something to share.


Syaitan Diikat


Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:
Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.
Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.
Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.
Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.
Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.
Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.
Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.
Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".
Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.
Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".
Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.

Saturday, June 20, 2009

kedatangan rejab 24/06/2009

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
"Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Wednesday, June 17, 2009

tazkirah:atasi tekanan dengan bercakap dgn diri sendiri

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.
Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.
Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan
menyelesaikan masalah ini.Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti.
Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)
.
.
.
.
.
.
.
.
rhs inform tarikh umrah dia delay ada masalah dgn visa..so pergi on 22/6..
.
.
.
.
.
rhs:tak dpt beli otak otak nak terus balik,nanti sampai kl lewat lak
sy:takpalah ,takde rezeki tapi nak mangga
rhs:g call umah suh amik siap siap
sy:call la sendiri kan mak awak
rhs:eh kan tgh drive ni g la call,balik kang amik je,takkan nak jolok mangga malam malam

Sunday, May 31, 2009

tazkirah ...BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI‏


Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang- orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. "Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. "Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. "Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,"
Golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. "
Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,"
Sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. "Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,"
sekadar berkongsi...

tazkirah..istidraj

Apa itu Istidraj ...
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda :'Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.' (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga.
Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. 'Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.' Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: 'Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya' (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim.
Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
'Dari Abdullah bin ' Amr R. A,
Rasulullah S. A. W bersabda: ' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..'

Monday, May 25, 2009

Tazkirah..Ujian ukur tahap takwa


HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.


Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."


Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.


Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah.


Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya. Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.

Wednesday, May 20, 2009

tAZKIRAH..menghargai ibu bapa

Pelbagai jenis perkataan mendatar dan penuh simbolik sarat dengan perasaan dan air mata. Namun, menghargai ibu bapa bukan hanya dengan perkataan sekali setahun tetapi tindakan dan perbuatan selaras dengan ungkapan. Ia disebut adab.Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah: Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa. Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat fardu.Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya memberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin.

Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan. Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.Hanya satu perkara boleh ditentang, jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran. Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa.

Jika bersama pasangan balik kampung atau bersama dengan ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa. Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik anak sendiri.

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud: “Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka.

Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:
· Berdoa dan beristighfar – memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
· Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
· Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.
· Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.

by phone call

abah: lin abah tgk keta ni cantik

sy :abah kat mana?

abah:perodua ni ada kereta ni bayar rm480 sebulan je

sy:rm480? perodua ke proton?

abah:proton saga ni

sy:proton la abah

abah:nak ke kereta ni?

sy:mmmm blik nnanti tgk la...

abah saya memng tak boleh tgk saya susah ..saya sayang abah saya

Friday, May 8, 2009

tAZKIRAH..rahsia di sebalik sakit (musibah)

sekadar berkongsi...email dr tayarsotong
Hidup ini tidak terlepas dari cubaan dan ujian, bahkan cubaan dan ujian merupakan sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan perkara yang tidak disukainya atau boleh juga dengan perkara yang menyenangkannya. Allah ta’ala berfirman yang ertinya, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikansebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (QS. al-Anbiyaa’: 35).
Sahabat Ibnu ‘Abbas -yang diberi keluasan ilmu dalam tafsir al-Qur’an- menafsirkan ayat ini: “Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit,kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.” (Tafsir Ibnu Jarir).

Dari ayat ini, kita tahu bahawa berbagai macam penyakit juga merupakan sebahagian dari ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Namun di sebalik ujian ini, terdapat berbagai rahasia/hikmah yang tidak dapat di nalar oleh akal manusia.
Sakit menjadi kebaikan bagi seorang muslim jika dia bersabar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya, “Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya. (HR. Muslim)

Sakit akan menghapuskan dosa

Ketahuilah wahai saudaraku, penyakit merupakan sebab pengampunan atas kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan dengan hati, pendengaran, penglihatan, lisan dan dengan seluruh anggota tubuhmu. Terkadang penyakit itu juga merupakan hukuman dari dosa yang pernah dilakukan. Sebagaimana firman Allah ta’ala, “Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”(QS. asy-Syuura: 30).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya. (HR. Muslim)

Sakit akan Membawa Keselamatan dari api neraka


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda yang ertinya,” Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan mengahapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi. (HR. Muslim)

Oleh kerana itu, tidak boleh bagi seorang mukmin mencaci maki penyakit yang dideritanya, merungut, apalagi sampai berburuk sangka pada Allah dengan musibah sakit yang dideritanya. Bergembiralah wahai saudaraku, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, “Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api Neraka.” (HR. Al Bazzar, shohih).....[ia sebagai kafarah dosa yang kita lakukan...pent]

Sakit akan mengingatkan hamba atas kelalaiannya

Wahai saudaraku, sesungguhnya di sebalik penyakit dan musibah akan mengembalikan seorang hamba yang tadinya jauh dari mengingat Allah agar kembali kepada-Nya.

Biasanya seseorang yang dalam keadaan sihatwal ‘afiat suka tenggelam dalam perbuatan maksiat dan mengikuti hawa nafsunya, dia sibuk dengan urusan dunia dan melalaikan Rabb-nya. Oleh kerana itu, jika Allah mengujinya dengan suatu penyakit atau musibah, dia baru merasakan kelemahan, kehinaan, dan ketidakmampuan di hadapan Rabb-Nya. Dia menjadi ingat atas kelalaiannya selama ini, sehingga ia kembali pada Allah dengan penyesalan dan kepasrahan diri. Allah ta’ala berfirman yang ertinya, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (QS. al-An’am: 42) iaitu supaya mereka mau tunduk kepada-Ku, memurnikan ibadah kepada-Ku, dan hanya mencintai-Ku, bukan mencintai selain-Ku, dengan cara taat dan pasrah kepada-Ku. (Tafsir Ibnu Jarir)

Terdapat hikmah yang banyak di sebalik berbagai musibah

Wahai saudaraku, ketahuilah di balik ujian berupa penyakitdan berbagai kesulitan lainnya, sesungguhnya di balik itu semua terdapat hikmah yang sangat banyak.. Maka perhatikanlah saudaraku nasihat Ibnul Qoyyim rahimahullah berikut ini:

“Andaikata kita dapat menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah (yang dapat kita gali..-ed).

Namun akal kita sangatlah terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari.” (Lihat Do’a dan Wirid, Yazid bin Abdul Qodir Jawas)

Ingatlah saudaraku, cubaan dan penyakit merupakan tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ta’ala jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberi mereka ujian.” (HR. Tirmidzi, shohih).

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami keyakinan dan kesabaran yang akan meringankan segala musibah dunia ini. Amin.

tazkirah....doa

sekadar berkongsi..email dr mira

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Sekiranya shabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya shabat2 ku ini adalah shabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya shabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan
Sekiranya shabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya.. shabat2 ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah...
Sekiranya shabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya shabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya shabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya shabat2 ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku yang disenangi shabat2 Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi SHABAT yang dirahmati SHABAT yang dikasihi SHABAT yang soleha SHABAT yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
07/05/2009

Monday, April 27, 2009

tAZKIRAH..

Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)
Keterangan ayatMenurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)
Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)
Khasiat dan kaifiat beramalAmalan membaca ayat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat Melayu.
Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapat keselamatan daripada Allah SWT.

Wednesday, April 22, 2009

tAZKIRAH..

waktu mustajab berdoa

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya.

Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)-

Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.-

Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)-

Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)
Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu. Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.-

Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan

waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.
Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.