Sunday, May 31, 2009

selamat pengantin baru yuyu


Selamat pengantin baru yuyu n fazil..hehe….
yuyu ni kawan sekolah rendah aku...…dah kawen pun…
tahniah tahniah..


Ni gamba kitorg ber4…kak farah,sab ,yuyu n aku


Teringat kenanagan masa duk umah sewa kat JB…sekarang ni tinggal kak farah je kat umah sewa ni …yuyu n aku kat kl sab pindah batu pahat..kak farah pun bulan 7 ni pindah cyberjaya..lepas ni dh takde kenangan dah kat umah sewa JB ni…sedih….


Ni gamba kitorg ber3 pengantin tah kemana

..ehhehehe..

sab & kakak seronok jumpa korang..tapi jumpa kejap je..

sbb kak farah nak balik jb aritu..

next time jumpa lagi ya…

tazkirah ...BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI‏


Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang- orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. "Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. "Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. "Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,"
Golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. "
Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,"
Sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. "Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,"
sekadar berkongsi...

tazkirah..istidraj

Apa itu Istidraj ...
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda :'Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.' (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga.
Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. 'Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.' Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: 'Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya' (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim.
Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
'Dari Abdullah bin ' Amr R. A,
Rasulullah S. A. W bersabda: ' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..'

Friday, May 29, 2009

perbualan a dan b



satu sketsa perbualan masa on the way damansara ke cheras..




.

cik a: aku pun tak tahu nak jd apa, nak kata tak solat dh wat dh..insya allah yg 5 tu dh selamat tak tinggal lagi..tak cam dulu..quran pun dh baca..doa sumer...takde la wat benda yang tak disuruh tapi hidup cam ni gak

cik b:tulah kan

cik a: tak cukup power kot doa ngan solat aku...ko solat baca surah panjang ke pendek..surah apa?

cik b:mmm..surah sama je aku baca tiap kali solat..dulu kini dan selamanya...hehehehe

cik a: hahhahah..dulu kini dan selamanya...

cik b:patutla hidup aku sama je dulu...kini dan selamanya..hehehe

cik a: aah kan dh baca surah sama minta yang sama patutla sama je..pas ni baca surah lain la...hehehe




.

ada betulnya tak kawan kawan?

makan makan dgn osmet

ni kerja aku semalam ..sbb bosan aku ajak osmet kuar jenjalan kat kl...
pastu makan makan kat kl..kitorg makan kat datarn merdeka..
nama tempat tu di tebing..
tah apa yg tebing tah..
tapi mmg saat ni saat sangap ya ampun...
hehehe..so kitorg kuar jenjalan..hehehehe

ni nama dia zie

nana

Sehari hari MC saya


ehehhe cam bangga lak wat keje ni ..aku berjaya MC tapi since pagi sampai la petang ada je benda yang aku siapkan dan tak berjaya siapkan....bangun pagi pagi aku g klinik medivron kat dgn umah ake dgn harapan nak amik MC..ehhehehe..pastu dh daftar nama sbb b4 ni aku penah g sini kan...tunggu agak lama kat 20 minit pastu aku kire org yang dtg ada dekat 10 org..ramainya org nak amik MC..aku pun kuar G mebeng jap..sbb aku nak wat bank deraf utk dptkan balik Sijil SPM n PMR aku ..aku jalan kaki g mebeng..klinik kalau awak panggil nama saya tunggu jap ek saya g mebeng jap.pas tu dah siap..
.
aku g balik klinik..eh nama aku tak panggil lagi..sbb aku tgk kakak yg dtg sebelum aku tu tak balik lagi..lama gile..aku pun g beli paper..lalalalalala..akubukan sakit..aku nak MC..ehhehe..pastu dia panggil nama aku...ehheeh
"doc saya period pain"

doc tu senyum.eehehehh..betul la doc saya taknak g keje nanti saya marah marah org je..yalah yalah..doc ni kenal aku sbb masa keta aku ilang aku g klinik dia minta cuti 2 hari..dia bagi..ehehhe..sayang doc...pastu aku g balai polis lak kat salak selatan nak beli salinan report juga sbb nak bawa g uniten ngan kementerian kan...then dah kul 11.00 lebih aku shoot g putrajaya lak..memula nak g uniten dulu..tapi aku rasa baik aku kejar kementerian dulu..heheeheh...settle...


bukan aku


.

"sijil awak ni awak amik sini ke nak pos?"
sy:"bezanya?"
"pos sebulan lebih ,amik sini sebulan je"
sy:"amik jelah sini"
sebulan baru siap..aku nak g interview cemana?
dah settle...pastu aku nampak ALAMANDA..apakah?ehehheheeheh
..

aku pun singgah jap...oit macik keje kat uniten tak settle lagi...jap jap..tgk esprit outlet je..katahati aku..eheheh.....takde yg menarik pun..best lagi kat bandung..ahahhaha..adalak compare ngan bandung..bandung tu sorgaaaaaaaaaa kan farina ,jurucakap pelancongan indonesia.

pastu aku terus shoot g UNITEN lak..tapi aku rasa tak yakin dpt settlekan kerja sbb dah lewat..huhuuhu UNITEN tercinta aku datang ehehhehehe...naik kat admin org tu kata kena dtg petang tuk bayar nak amik copy transkrip,skrg ni org tu dh takde kat opis..waktu tu 12.15 kaunter dah tutup..kan aku dh kata admin UNITEN ni kalah government..government pun rehat 12.30 dia 12.15..cayalah..aku pun malas nak pikir..nanti la saya dtg kak..penat je dtg dr pahang ni..huhuu..padahal cheras je...




pastu aku dapat phone call dr Ts

ts:"oit nak submit homeloan kat ko leh tak?
sy:"leh.tapi aku cuti ni a.k.a MC"
ts:"oh senin la..dh call mak aku?"
"sy:belum.."ehheheh..
.
aku baru teringat lupa nak call mak RHS
.
sy:"akum ,makcik sehat?"
mak rhs:"alhamdulillah...lynn ok ke kat mana ni"
sy:"ok kat KL cuti(tipu)"hahahah
mak rhs:"lynn makcik nak ajak dtg umah ni 5/6 kenduri g umrah"
sy:"oh da tau..insya allah,kat mana ni"
mak rhs:"kat econsave tgh pilih bawang.."
sy:"oh ya ke..baru nak dtg umah tgk astro dgn tv flatscreen..hehehe"
mak rhs:"ha si rhs tu melayan abahnya belikan astro dgn tv baru"
sy:"bukan tv makcik flat screen..ehheeh"
mak rhs:"samalah tu..makcik masak ikan cencaru bakar tengahari ni,ikan kegemaran RHS"
ha apa kena mengena dgn aku..
sy:"oh ya ke,jap lagi lynn sampai,masak lebih sikit"
eheheh tak tau malu,ko ingat tu mak ko....
mak rhs:"dtg dtg..esok lynn g kemana tak?ada kenduri naik nisan kat rumah paklong cheras"
"sy:oh rhs ada bagitau tapi lynn nak balik kenduri yuyu makcik"
mak rhd:"la..makcik nak jumpa lynn"
sy:"ehehheeh...dtg pahang la suh rhs bawa...."
mak rhs:"insya allah..lynn dtg kenduri nanti ya kat airport sekali"
sy:"insya allah"
mak rhs:balik nanti kim salam kat mak ya...
sy:ok..
.
hehehehe..insya allah tu maknanya kena pergi..tapi aku rasa tak mungkin ...rhs jgn paksa saya g ek..ingat saya apa..adik bongsu kat umah awak..tau la mak awak sayang saya..jgn jeles..eheheheh...kemudian meneruskan perjalanan utk shopping tapi tak beli apa apa pun hari ni tapi duit habis dekat rm200 mengerjakan benda benda merepek....kenapa duit cam air sekarang?
.
sy: call mak awak tadi
rhs:kena dtg kenduri
sy:taknak arr ingat apa..adik bongsu kat umah tu?
rhs:taknak taknak rugi rugi.mana ada adik..sylah adik
sy:hahaha taknak juga kalau ada abang cengini jahat
rhs:ya ke..
sy:baiklah kot nak g umrah kan
rhs:tolong antar mak jelah
sy:antar mak sampai cairo madinah n mekah ek?
rhs:heheheheheheh...
.
jelesnya dia nak g umrah..mula mula dia kata nak g cam terkejut juga..tapi takpa saya doakan awak pergi dan balik..doakan kesejahteraan untuk saya sekali ya...thanks rhs..leh kirim patung hard rock kat mekah ke?heheh:P..
sekian kisah sehari mc saya

MC

hahaahahah..aku berjaya MC hari ni,,hehehe

Thursday, May 28, 2009

Victor Valdes

Khas buat yati…

Aku tau tidur malam ko lena semalam..
walaupun aku tak minat bola dan tak menontoni perlawanan semalam
aku yakin yang ko tersenyum sepanjang tidur…
walaupun tidur tak cukup masa dan kena bangun awal untuk memberi tunjuk ajar kepada anak muridmu…
hahahha..
dan aku pun tak sure ko dpt tgk dia ke tak semalam..
sbb Barca menang semalam..
dan setahu akukalau ko nak tgk poojaaan hati ko ni
Barca kena kalah..ehheheheh…

congrate barca team

P/s ko ada ajar PJ tak yati?cikgu umah sukan ke?hheheheh….

Dinner with Nana n Lyna


Semalam balik kerja g shah alam hantar borang kat cik yah kat seksyen 7.after that g umah lyna kat kota damansara..berdasarkan sms yg lyna bg direction tuk kat umah dia..hampir setengah jam gak la aku pusing pusing kat kota damansara tu..ish lyna ni…direction tu dia seorg je yg faham ek..ehhehehe….Lyna ni pun lama gile tak jumpa..bile di recover balik last jumpa masa time blajar bulan pose masa wat berbuke pose bersama ako kat uniten dulu..2005..gile lama..sekarang ni perut lyna dah booooooooooolat ..tunggu masa je..

heheh..

lyna can’t wait to see ur alex..ehhehe

Alexander Aily Bazly rite?…

P/s semalam nana banje makan lagi..mc d..quarter ponder..eheheh.rezeki

Wednesday, May 27, 2009

barbie-50th

jaspal

ana sui

semalam masa lunch aku g pavilion pastu lalu kat Jaspal tu aku nampakl menda ni dh 50 thn umur barbie ni...aku suke barbie..Masa kecik kecik ni la mainan aku..aku beli byk byk pastu jdkan kawan kawan dia..semua Barbie aku ada nama,,first Barbie aku dpt dr kak hanim..kak hanim tu stewardess MAS, dia cousin aku..kak hanim ni sgt cantik..mcm patung Barbie ni…tapi skrg aku pun tak ingat mana pergi patung Barbie ni..hehehe..yg pasti aku suke Barbie..n bear(eh terinclude plak)

Rhs: gi jogging?
Sy:aah apsal tak bleh? Eh Barbie yg badan cantik tu pun ada basikal tuk dia bersenam tau
Rhs:alah Barbie bukan guna pun basikal tu kita yg gerakkan dia..lgpun mana bdn dia membesar pun

Sy:ah dia ni tak bg semangat langsung.

dinner with nana n kekure

chiken chop...

semalam nana ajak dinner ngan kekure kat pandan indah ,dah lama gile tak jumpe kekure..last aku jumpa masa aku study kat uni10.wwwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaa memang lame ...hehehehhe..semalam buat kail ke2 nana banje aku makan lagi..bagus arr ko nana suke banje banje,minggu ni pun dah 2 kali dapat banje satu dr cikby n nana...ehhehehe..murah rezeki ...amin...nanti banje makan lagi ek...

kHAS UTK BLOG


Blog
Nak cakap sikit boleh tak?
Bleh ya jgn marah ya..

Blog
Aku penat la skrg ..penat dgn hidup
Kenapa ada perasaan macam ni ..
Tak baik kan…

Blog
Aku taktahu nak luah kan kepada sesiapa
Aku tahu aku ada DIA

Blog
Hidup ni susah kan tapi kita tak boleh susahkan lagi
Tapi macamana kita nak senang kalau kita tak pernah dapat senang

Blog
Aku pun dh semakin tak faham
Adakah aku tersalah percaturan …

Blog
Sampai bile nak macam ni
Sampai bile asyik macam ni
Sampai bile perasaan ni ada dlm diri aku

Blog
Dah takde sinar yang baru tuk aku ke?
Macamana nak dapat kan sinar tu?
Berusaha?

Blog
Mcmana dgn hari hari mendatang
Mcamana dgn hidup?
Dah tertulis di Loh mahfuz mcam ni ya…

Blog
Terima kasih
Sbb bagi conteng kat sini…

Tuesday, May 26, 2009

memoir

September 2008



Memori
Aku suke tengok gamba ni..tadi aku janji dgn yuyu nak post gamba ni kat blog aku..biarlah blog aku kan..hehehhe

Sy:aku suke tgk gamba ni..
Yuyu:masa ni aku nampak kurus skit
Sy:pasan..hahah tapi aku nampak cantek..huhu




Ni gambar masa kitorg wat keje gile..waktu tu kul 11 pagi kat JB bulan pose last year ..tetiba yuyu ajak g KL..nak amik kucing katanya kawan dia nak bagi kitorg kucing…aku kata takde duit..yuyu kata jangan risau semua ditanggungoleh encik kocok..ahhahah nama tuk fazil..aku yuyu n kakak pun wat gile g KL bulan pose..ehhehe..pastu sampai check inkat hotel crown princess kat PJ then terus g IKEA sbb encik kocok belanja kitorang buke pose kat IKEA murah je kot waktu tu buffet baru RM16 hengget…heheheh

After makan makan kitorg jln jln kat the curve…then yuyu nak g tengok kucing kat umah kawan dia kat Tropicana..n aku ngan kakak balik lepak kat hotel dgn nyamannya….

Heheheh..tapi tak abes lagi..balik hotel lepak lepak ngan kakak..tetibe dh nak tidur en RHS ajak supper heheheheh..ops bukan supper sahur..waktu tu kan bulan pose…tapi dia suh datang kat NZ wangsa Maju..ha rajin la plak kan aku dr Pj nak g ke NZ wangsa Maju penyudahnya tidur lagi baik…tapi..en RHS msg pukul 2.00 pagi….

By text msg

Rhs:dah tidur?
Sy:aah
Rhs:nak sahur tak?

By call:
Sy:kat ne ni?
Rhs:dlm kereta kat mont kiara
Sy:nak g mana?
Rhs crown princess PJ..10 minit lagi tunggu kat lobby…

Hahahahhahaha….padan muka..tahu takut aku merajuk…then lepak kedai mamak sampai la subuh then dia hantar aku balik hotel dia pun g masjid solat then terus balik tidur…perjumpaan terakhir sebelum en RHS ke Osaka,Japan

Sunset at Danga Bay



April 2008

Waktu ni baru balik kerja dan lin ajak g danga bay tgk sunset …jom jom..masa ni lin kat eon lagi sebelum dia move g maybank..aku.lin n june

Seronok gile masa ni tak pikir masalah apa apa pun cam sekarang…rindu

Lin kata bila dia ada masalah dia suke g danga bay tgk sunset ..after that bile aku rasa tak best je mesti aku dtg sini..tapi sekarang danga bay tu jauh..danga mana aku nak cari kat KL ni..huhuhuhuhuh

Last nite,by text msg
12.33 am
En a: Ngeteh, saya kat KL ni
sy: kat mana?
En A: Citrus Hotel jalan raja laut. Awk tinggal mana?
sy: Cheras,Bdr Sri permaisuri.pandai dtg sini tak?
En A:Peh.X leh jauh lagi?Sian lak awak esok nak meleasing lagi.
Sy:hahahah..dah lewat latak berani lak nak kuar sampai bile kat sini ,.course ek?
En a:aah CCP,takpe kalao awak berani pun sy x kasik awk keluo.Bahaya.next time la nest month ada lagi
sy:okeh...jangan mara ek.next month kita date..huhuuhu
.
bos aku yang best..siap leh dating lagi..heheheh
.
p/s: ngeteh?nak tahu tanya org jb lagi tepat org johor...hahahah

workload


sekarang ni aku dah workload dan aku dah sampai tahap nak lempang je c*na yang B**** ni kan..saja nak kenakan aku ya..takpa takpa selagi bleh sabar aku sabar..aku kan org islam

Assabarul minal iman!!!!

Monday, May 25, 2009

Tazkirah..Ujian ukur tahap takwa


HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.


Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."


Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.


Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah.


Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya. Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.

Sunday, May 24, 2009

xpdc berakit sungai pahang




eheehhe ni rakit ke?ni antara salah satu faktor aku g sini..sbb abang ipar aku join xpdc rakit ni..
heheheh

Kenapa saya suke rumah saya


sbb saya suke balik umah sbb rumah saya macam macam ada,,ehhehehe..pagi ni bangun ajak mak g pekan sehari temerloh dh lama gile tak g aku pun tak ingat bile last aku g sini..ada la cam jakunlak tgk sbb mcm mcm ada heheheh sapa kata temerloh takde tarikan..banyak la,,,meh meh dtg temerloh ... ni gambar kat pekan sehari tadi..rasa camkelakar je main snap snap sedang mak aku tgh beli barang dapur..dulu ingat lagi kalau masa kecik mak ajak g mesti takmau sebab
  • penat nak jalan sbb pekan sari ni panjang n ramai org
  • malas nak bangun pagi..sbb dia ada pagi je sampai kul 12
  • tak suke g pasar
Tapi pagi tadi tah angin apa ntah sebab dah lama tak g kot ajak mak g pasar mak pun tekejut..siap tanya lagi..nak cari apa..aku jawap ikan talapia...heheeh..beserla umah aku kan kat temerloh terkenal dgn sungai pahang yang terpanjang sekali kat semenanjung mesia..uh bangga ni,heheheh mestila banyak ikan kan takkan la banyak ayam pula..then aku pun pegi la ngan mak ke temerloh dgn tujuan mencari ikan.


ha kan dah kata banyak ikan ...pilih pilih

ikan lagi pastu aku ngan mak beli talapia ngan ikan patin tuk ila..ingat je kat cucu dia tu.

sayur sayur
kampung

ha ayam pun ada..dulu masa aku kecik aku ada beli anak ayam ni gak..tapi dia warna warni aku beli kaler pink tapi sekejap je aku jaga dah mati ...seminggu je kot..hehehe..takpe pun aku tak sedih sgt sbb aku beli bukan sbb aku suke sbb aku nak tunjuk kat org sebelah umah aku ada ayam kaler pink..eheheh
sayur sayur pun ada..aku lagi suke sayur kampung sbb aku ni kurang makan sayur semenjak duk uniten baru blaja makan sayur..kalau tak daun sup dlm dup pun aku danggup asingkan...
ha best tak umah aku..meh la dtg aku bawa jenjalan kat sini..tapi kalau nak dtg pasar ni hari ahad je...hari lain kat pasar besar temerloh...eheheh

p/s aku jumpa ijan..lupa nak snap ngan ko..ala ijan kalau baca blog aku tinggalkan la kesan..ehehheeh

happy birthday cik by



aku tak reti nak panggil cik by..hahahahah..thanks sbb sudi kawan dgn aku selama ni..

semoga panjang umur n dimurahkan rexeki

ko nak adiah ke?nanti kita jumpa g makan sesama ek..ko banje la tapi..ehehh..tak pun ko masak bubur tuk aku..hahahah

ni kawan aku nama dia norbaizura mat jusoh..

dia suke kaler pink

dia suke barang gedik gedik

dia jiwang...ehehhehe

tapi dia baik hati..offer offer sapa nak dia..hahahaha

kenal? dah lama dah..sbb aku rasa muke dia selalu je ada dalam hati aku..huhuhu..hati ek?selalu je lah ..time sek rendah ,aku jumpa time sekolah menengah, time uniten,..skrg ni je jjarang jumpe sket..sbb dia dah ada ehem ehem..susah sikit nak jumpa..eheheh...

anyway happy birthday zura..

Saturday, May 23, 2009

Admire

suke tengok rambut artis artis ni ..selalu berangan nak dpt rambut cantek camni...
Rita rudaini..suke tgk rambut dia kalau dia berlakon ..semua citer dia nak tgk.sbb nak tgk rambut

ni ..Paula malai ali..tertarik ngan rambut dia masa tgk dia jadi vj kat chanel v.




ni lagi la aku suke..tak kisah la rambut dia cmna..hehe tapi skrg dh tukar fesyen rambut..comel...
Alexis bledel a.k.a rory gilmore


ni supermodel yg paling aku minat...
Amber Chia

ni admire...ehhehe..puteri tunggal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris,

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Adam Danish



lepas g jenjalan shopping ngan mak aku g tgk anak Noyun..ni jiran masa kat berek..dah kawen ada anak dah..ehehhe...dia bersalin 6/5/2009 dapat anak laki..
nama dia Adam Danish..


dgn hamper aku bagi ...heheheh..

Persona

Pagi ni mak kejut aku ajak g umah abang nuar..sbb dia ajak g muar ada kenduri adik ipar dia bertunang.dia ajak mak aku g sekali,malam ni kenduri kat umah wan kak nadia..malas aku nak g rasanya..tapi abg nuar nak jemput mak aku.,aku kata mana leh kan aku balik umah nak nengok mak ni...heheheheh..mak kata ikut la...pagi aku ajak mak g tgk kete lagi..aku kan nak beli kete..


persona cantek tak?

mak ngan abah tgh bincang dgn salesman proton edar tu...saya nak kaler putih ya encik....

lepas selesai kat proton aku g check gaji..huhuhu..gaji dh masuk..cepatlak bulan ni...aku g salon ngan mak..2 bulan sekali aku mesti g cuci rambut..sbb rambut dh makin panjang dan makin tebal...tanak potong..sbb sayang...ehhehehnak simpan panjang panjang

cine ni tgh blow rambut aku...dia kata rambut aku cantek digital perm..tapi aku kata mana ada ni original maaa..hehehe

cakes


Balik kerja semalam terus balik umah mentakab..sampai kul 7.30..terror tak?rasa tak sabar nak wat cupcakes..pastu tanya angah rupanya oven dia rosak..tah apa apa tah...pastu angah suh kukus..malas la..cam tak comel je kek tu nanti ...akhirnya aku wat kek batik..hehehehe

bahan bahan dia

dah jadi...heheheheh