Friday, August 28, 2009

tudung

malam tadi lepas terawikh tatau nak wat pe..terasa malas nak tdo..then packing baju kotor nak bawa balik umah basuh then kemas kemas bilik sket.pastu kemas kemas tempat tudung..baru lah aku perasan banyak gile tudung aku..variety dah leh buka kedai kot..hahhaha.... tengok tempat simpan tudung aku..hanger tu beli kat mira..aku tak jumpa hanger tu kat sini..
tapi masa kat bandung ada org jual.tapi aku tak beli pun..sbb malas..balik sini baru nyesal..
ni yang tak dapat di hanger nak simpan kat rak je

ni ha nak bawa balik sbb aku tak pakai sgt....
so ada org nak jual tudung kat aku lagike?tudung aku dh banyak gile..pakai je tak hahahah

tengook...bear aku pun aku pakai kan tudung..ahhaha..ni hasil kerja putri,masa induksi kat plpp aritu..
nampak tangan ngan handfone je..diorg ni memang takde kerja.bile aku kata tudung ni mak rhs bagi dari mekah
..ahahhaa

saya balik rumah hari ni

selamat pagi blog
apa khabar?
sihat?
hehehehehe
ni kes tak de apa nak post arini..
.
.
schedule schedule:
.
.
01 now 8.30 waiting for ceramah 5s by mampu on 8.30 till 12.00
(tak masuk bleh tak fifa?)
02 rehat nak g jalan tar with fifa jenjalan cuci mata
03 bank in to angah acc rm250 for jewellery
04 bank in to kak ijah acc rm100 for duit kutu (heheheeh)
05 3.00 pm meting unit latihan with dato KP
06 5.00pm perhimpunan bulan august by WTK department at ground floor
07 7.++ buke puase with perhimpunan bulanan
08 finish...balik pahang dgn jayanya....
amennnnnn

Thursday, August 27, 2009

kad raya


kad raya design by fazrul


isteri solehah

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya.
Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.
Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.
Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’.
Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
.
.
.
Walau Tidak sembahyang ke isteri tu,tidak puasa ke isteri tu,kalau dia taat kepada suaminya,nescaya syurga lah tempat dia-rhs 25/8

selamat pagi blog

hari ni semangat sket nak g kerja
smlm tdur dgn jayanya...
tapi kat rumah diyana
hehehehhe
semalam aku lepak umah dyana sbb g amik brg kat ima
sk11 again
lagipun dh lama tak jumpa dyana
minah ni br balik dr jelajah indon
tak habis habis g sana ek..tau la banyak duit..
pastu dah kul 12 hujan lak...
lastnya aku tidur sana n balik waktu sahur.
.huh

Wednesday, August 26, 2009

ngantuks

saya ter amattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttlah ngantuk
semalam balik dr klcc kul 9 lebih rehat jap dh kul 10
10 lebih mandi n solat isyak..sambung wat terawikh wat 8 n witir 3
lepas tu lepak tgk tv jap...
dh kul 12..sambung tdo
dpt msg dr rhs tak jadi tido...
bersms dgn dia sampai kul 2pagi
"last msg,,"
.
tidurlah nanti bgn lambat esok"
.
pesanan untuk diri sendiri sekali
.
"la cerita tadi tak habis lagi,mana boleh"
.
eh tak boleh berkias org tua ni...
saya call:
.
"hello"
"kenapa call?"
"sbb saya nak tidor"
"hahahahahahaha"
"saya tak boleh ckp dgn awak la"
..
oh lupa tgh lancar kan episode tak boleh cakap..
saya hang up phone
then rhs call
.
"apsal call,saya tak pandai nak guna sign language ni,kena ckp juga ni"
"nak 3g ke?"
"bengong"
.
akhirnya pukul 3.45pagi baru habis cakap...tak boleh cakap konon
sile tidur ya besok saya kerja
.
.
"eleh masuk pukul 8,org 7.45 relaks je"
"yalah yalah...selamat malam.."
.
.
malas nak bertekak sbb saya tahu kalau sambung cakap dia akan habis 4.00pagi..
akhirnya pagi tadi bangun lambattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
nasib baik e-jari tak merah arini...

buke puasa @kl convex centre

aritu aku buke pose sengsorg kan
makan nasi ngan telur ngan kicap je kan
sedih kan
tapi allah happy kan aku semalam...
sbb aku buke pose kat klcc kan
ramai ramai ada 3000 org lagi..sekali sambut hari wanita...
menu pulak...
fulamak......


amat la bersyukur dgn Allah

amennnnnnnn

selamat di habiskan..tinggal daun je...
sbb daun dia macam bunga rampai.
.hahahha

hari wanita

semalam bos inform kena pergi sambutan hari wanita kat kl convex center sekali dgn berbuka puase..dr opis pergi kul 4.00 petang..sampai sana kul 4.30,g daftar n dapat goodies bag..cantik cantik
sementara tunggu perasmian satu mesia g semayang kat surau kat situ,sangat besar selesa n cantik kat dalam dia..kalau tidur kompom tak bangun hehehehehe...pastu jenjalan kat sekeliling klcc tu dgn fifa..sbb ada pameran n bazar sekali..sambil jenjalan terjumpa big bos kementeriandato sharizad...yang tudung hitam kat blakang tu makcik aku..huhuhuh..dia pun vvip gak..tapi malas nak tegur,kang dia pakse duk meja dia kang..tak kenyang buke pose aku..aku sms je dia...
"cik yah,lynn kat klcc"
"lin ada ke?kat mana?"
"hall sbelah,nampak cik yah dgn dato tadi,segan nak tegur"
hahahahahah
after that masuk dlm hall untuk dgr ucapan sekali dgn perasmian dasar wanita....
first time makan makan kat klcc ni..beser je la lauk dia...

Tuesday, August 25, 2009

Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2009

Tarikh Program: 25-08-2009
Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Masa:5.00 petang
.
.
.
.
jom dapatkan goodies beg yang menarik...
hehehe

Monday, August 24, 2009

Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalamgelap,
tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud
by afghan
hati cepat la baik..

sedih + emo

since buke pose tadi rasa sedih sgt hati...
actually tadi balik penat sgt maybe tak cukup tdo semalam
tidur around 3++ am lebih..ber sms dgn rhs baru balik dr kampung
org kata sampai kl inform bukan suh sambung sms..
pastu ngantuk banget...balik keje ingat nak tidur sekejap..
alih nya terlajak sampai 6.50pmhuhuhu
makanan berbuke pun takde lagi..
teringat taufufa dalam fridge semalam lupa nak makan
acar buah beli kat pasar ramadhan kg baru yang ni mmg plan kalau takde makanan or sahur
then masak nasi n masak air,goreng telur..ada burger..tapi takmau.
so menu arini,nasi telur goreng .acar buah taufufa dan kicap...
.
mak saya nak balik umahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
.
dpt sms dr rhs..
.
.
dah sampai rumah,tgh ngadap air tebu,selamat berbuke
.
.
hampeh..
aku minum air milo 3 in 1 je..huhuhuhhu
lepas tu mandi n terus semayang...takleh layan ngat perasaan ni..bahaya..lagi lagi tgh sengsorg
menitik air mata kang...
nak call mak..tapi tak de kedit lak...
maghrib ngaji isyak...then buat terawikh 8 rakaat + witir 3...
mula mula n ak turun surau kat bawah apartment..tapi segan sengsorang...
ish nak buat pahala pun segan ke...buat dosa tak plak..teruk tul....
habis buat terawikh ...mengaji jap...then kemas bilik...
uik takleh handle lagi perasaan sedih ni.....apsal ni...
call mak tak angkat terawikh kot...
mak rhs pun tak angkat...
amik kunci...g cc hibur hati....
now kat cc....
drive tadi...terpikir....terpandang
waja kat sebelah...i missed my waja,my lappy.
dulu boleh drive lepak starbuck with my lappy...
now...
"tuhan nak ambil sekejap je kan"
hilang segala galanya.....
arini saya down lagi...
.
.
sigh

kuantan


last friday...cuti rehat yang diberi digunakan dgn sewajarnya...
berehat di kuantan bersama keluarga
sambil membeli belah untuk raya,,
huhuhu,,
bukan aku..tapi angah aku..
dia beli baju ntuk anak anak dia
aku ngan mak seperti beser la window shopping
memula nak g umah mak teh adik mak kat kuantan..tapi tak jadi
sbb dh lewat nak balik mentakab sbb nak g terwikh malamnya kan
so kitorg sempat g kuantan parade then pergi tanjung lumpur tuk makan

ikan goreng tepung ,udang goreng tepung,
cumi cumi goreng tepung..heheheh.
then balik mentakab untuk ke masjid

a day b4 ramadhan last year

sehari sebelum ramadhan last year hari jumaat
saya amik half day coz nak drive back dr JB ke Pahang
tapi......
Singgah d Melaka nak amik sample kuih raya angah pesan
then sekali singgah ke rumah RHS
tapi dia takde ya,..dia still kat KL
so mak dia suh dtang opis je..
sy kata okeh..
tapi tak sempat sbb lama kat Ayer Molek
then terus g Kg Padang
then mak dia baru balik kerja...
sy pergi untuk amik resepi...
resepi buat makanan kegemaran saya

taraaaaaaaaaaaaaaaaa.....TAUFUFA..saya suke
ehehe..benda ni hari hari makan pun tak bosan
hen mak rhs telah mengajar saya buat dgn jayanya..
siap dgn peralatan dan bahan bahan sekali dibeli untuk saya.
.baik kan baik kan...

heheh..

.

.

.

ayah rhs:ni belajar teori praktikal takde boleh ke?
saya:insya allah..
mak rhs:nak praktikal tidur sini je lah arini
saya:ish mana bleh esok pose nak balik pahang
mak rhs:kalau tak ingat esok pose makcik nak ikut kamu ke pahang..
sy:(mmmmm...ggegegegegegegeg)...sile sile

Pasar Ramadhan Kg baru

Semalambalik dr pahang terus g Pasar ramadhan kat Kg baru
Tujuannya nak amik bubur lambuk..
sekali dah habis daaaaaaaa
tapi takpe jenjalan sepanjang pasar tu dgn mak n ijat..abah tinggal kat masjid..
dia tak larat nak jalan jalan lagi pun dia jumpa kawan kat situ...
lepas habis jenjalan kat situ...hasil p[embeliannya ialah ayam percik niwajib tuk aku n ijat
roti boom utk ijat
taufufa..ni wajib tuk aku
kuih kuih
chicken chop tuk ijat
murtabak tuk family...
then kitorg g jalan jalan kat jalan tar...


then berbuke puasa makan nasi kandar kat sana

tapi nasi kandar dia dah tak sebest penang...

p/s:masa jenajalan kat pasar ramdhan tu ada boot suria fm then terjumpa dgn engku emran..betula CPM kata dia ensem..hehe n tinggi..ehhehe

uniten convocation'08


last year today is our convocation day

aku grad dh lama tapi tak convo je..sbb tak cukup duit nak bayor..

so biel dah kerja kat bank tu..banyak la duit nya..kan

so mampu la nak bayar konvo..eheheheh

apa aapa pun demi sekeping kertas

aku sanggup buat apa sahaja....

congrate tuk diri sendiri...

amin

p/s last year today rhs pergi kuching..sebuk je..hehe

welcome to opis...

hari ni,sampai opis awal,jalan tak jammed.,maybe sbb cuti sekolah kot...so dpt la sampai awal..n tak duk dalam jammed..heheheheh...arini kembali ke opis setelah seminggu tak masuk (sibuk di plpp + cuti rehat)so arini banyak banget kerja nak di settlekan...antaranya:
01-rekod daftar latihan untuk mesyuarat jumaat ni
02-analisis kursus untuk bulan ogos
03-permohonan praktikal student
04-hal hal lain....
banyak juga ni..hehehe..oh ya....
05 update belog ...heheheheh...
ok mari kita mulakan.....

Saturday, August 22, 2009

Fadilat solat Terawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabatNabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunandari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya merekaorang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerussemoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil danAl-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(MasjidNabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribuMalaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosaorang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuhketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada NabiAllah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hariQiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allahmengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalamSyurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruharadi Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalamsujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim sepertikilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yangteristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilahengkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar
p/s:semalam pergi solat ngan anum kat surau taman sri layang....

salam ramadhan


MARHABAN YAA RAMADHAN
Assalaamu'alaikum wr.wb..
Marhaban ya Ramadhan, Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita diijabah,
Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup,
Sempena Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.
" Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.
ampun maaf dipinta jika ada salah silap...

Thursday, August 20, 2009

rindu

askum kat mana?
"kusus,bangi..plpp"
"tak abis abis"
"dah duk kat latihan..cemana?"
"yalah ..org gomen"
"baru je sebut nama tadi"
"napa"
"yati nak masuk nama dlm form tapisan keselamatan dia kata birthday 24/11,tu birthday awak..saya 27/11"
"hahaha..ya ke..bukan rindu?"
"mestilah tak"
.
.
.
.
rindu juga sikit..ehheh

Tuesday, August 18, 2009

penat

sgt letih
sgt penat
lari sekejap..
penat berkampung kat PLPP
tapi
kusus saya agak Succesful
Thanks Allah...
tapi belum habis lagi...
chow
p/s:cik linda 61..congrate..cayalah....heheheh..ayat kak ida

Sunday, August 16, 2009

schedule


17-20/ogos/2009

kursus di PLPP bangi

21/0gos/2009

cuti rehat.....


kalau rajin aku apdet...

kalau tak aku kumpul jadi crita seminggu

heheheh

20 balik pahang utk bercuti...

anyway..

selamat menyambut ramadhan al mubarakh

in advance

Jerantut







ari sabtu aritu tak jadi g jogging sbb angah nak g umah kawan dia ada birthday party..
so aku malas nak ikut..then plan nak g jerantut ngan mak nak g umah along,...akak aku yang sulung duk sana..leh jalan jalan pasar malam kat sana jap..lepas tu sampai je kat sana..along takde,.tulah suh call dulu taknak..akhirnya jenjalan sesama kitorg je kat sana..hehehe..jerantut ni kampung mak aku gak..tapi dh lama tak balik semenjak atuk n nenek aku takde cuma ada umah je kat sana..umah pun ami aku yang jaga..ami tu pakcik aku..dlm keluarga mak aku pakcik panggil ami..makcik panggil bonda..so..ami aku pun takde coz dia g gunung senyum..actually along ikut ami g gunung senyum..ami aku ada travel agent kat jerantut ni...jerantut ni famous dgn taman negara...so pakcik aku buka company travel agent..dia pun minat menda menda camni..aku?aku tak penah sampai pun ke taman negara ni..hehehe..nama je duk pahang kan...sbb aku pikir nanti la...g dgn ami aku..dpt free..heheh..tapi nya tak pergi pergi...beser ami aku akan bawa group group yang besar tuk kesana..n kitorg dipanggil utk tolong dia...along aku sebagai tukang masak bila diorg ada xtvt berkhemah..ami aku kira macam tourist guard la..cousin aku yang lain kengkadang join juga..tapi aku mmg malas..hahaha..aku tak minat sket xtvt xtvt cengini..penat./..xtvt shoppin aku suke..hehehe..so sesapa yang teringin nai leh ckp dgn k g hiking tu leh la bagitahu..nanti leh ckp dgn ami aku..leh discuss harga..kasi murah murah...next program dia nak g karabi,thailand naik 4 wheel..terasa nak g..cam best je

ahad yang indah

hari ni hari makan sedunia..hehehehe
bermula dgn pagi makan nasi dagang with angah n family kat chatin
then balik umah mak..makmasak Laksa..sbb aku minta mak masak semalam masa g pasar malam Jerantut...
then mak masak nasi juga dgn ikan patin gulai keladi masak tempoyak...sorgaaaaaaaaaaaaaaaaa...
nnn..angah bawa balik chezy chickeroni..huhuuuh..
kenyang kenyang,......bile nak diet..hehehehe..takpa takpa nanti bulan ramadhan kita diet ek...
.
.
p/s:ari ni tak balik kl lagi...coz nak balik esok...terus g Bangi untuk kursus...hehehhe..best kan keje gomen..bak kata yuyu

Saturday, August 15, 2009

mata n kamera

kamera




ni tuan punye kamera

masa kursus induksi ari tu...aku blaja tentang kamera dgn fazrul..org lain sibuk berkursus..aku sibuk main kamera ni..aku rasa teruja tgk kamera ni..actually aku takla terror amik gamba..dan tak pernah nak blaja..sbb aku rasa amik gamba ni..sekadar amik je...janji dpt apa yang aku dapat..aku tak reti nak set kan angel angel dia bagi cantek ke apa ke..bg aku janji aku dapat apa yang aku nak amik tu..ha makna nya aku dapat la gambar tu.,.kan kan..tapi bila si fazrul ni bercerita pasal kamera ni..tetiba lak aku rasa cam best la plak teknik teknik dia mengambil gambar ni...

Mata dan kamera beroperasi mengikut prinsip yang sama. Kanta mata dan kanta kamera berfungsi memfokuskan cahaya. Imej terbentuk pada retina mata manakala imej bagi kamera terbentuk pada filem. Mata dan kamera membentuk imej yang lebih kecil dari objek, songsang dan nyata.

inilah assumption yang si fazrul ni citer ngan aku..lebih kurang la yang dapat aku simpulkan..so konklusinya mata n kamera ni lebih kurang sama la functional dia..tapi mana leh sama 100% ,mata kan anugerah dr allah yang tidak ternilai tapi..secara amnya...kerdipan mata dianggap sebagai flash kamera dan bila di kerdip memorinya sampai ke otak untuk disimpan..macam tu juga kamera bila disnap akan disimpan dlm memory card then akan diproses menjadi foto dan dapatla disimpan jadi kenangan atau diframe..bagi mata pula kerdipan yang sampai ke memori otak akan di simpan selamanya hinggalah masa menentukannya samaada sampai atau tidak pemikiran kita untuk mengingatinya sesuatu masa nanti......jadi untuk memastikan ingatan kita ni tidak lupa atau nyanyuk...kita mestilah menjaga nya dgn sempurna..mcm tu juga bile kita menjaga memory card kita..dr segi penjagaan,,masa nak beli...brand and etc...so..untuk otak kita...camna ek?itu kita kena kaji balik..cuma satu je yang aku pegang...dgn membaca alquran...itu akan membuatkan kita senang untuk menghafal dan mengingati sesuatu perkara...mmg terbukti..sbb nenek sedara aku yang dah 70 tahun kat shah alam tu...still ingat lagi kat aku..apa yang jadi kat aku skrg ni..aku dpt kerja baru..aku kerja lama...resepinya...setiap kali lepas semayang..baca al-quran...skrg ni aku cuba praktikan..tak banyak pun..paling kurang 3 helai pasti aku cuba baca...insya allah....eh dah jauh dr tajuk ni...apa apa pun sekadar berkongsi pengetahuan...chow.

ketua urusetia

dah bape bulan aku masuk unit latihan kat JKM ni
baru aku diberi tugas tuk handle program sendiri
jadi ketua urusetia..huhuhuh..bangga bangga sbb nama ada tulis kat belakang buku program..hehehehe
tapi taklah best sgt actually cume...apa ek..entah..kira ada gak org rasa aku ni leh buat kerja n handle 1 program tuk warga JKM ni..hehehe
program yang aku handle "Bengkel Semarakkan Kerja Berpasukan"untuk kmpulan sokongan kat JKM...
so hopefully sucess...ganbatte ne chee chung

@kfc mentakab using wifi

Today schedule
tgh guna wifi kat kfc
baru balik dr umah angah sidai baju
pergi pejabat pos..pos sk11-miracle tuk anim kat muar
Lepak kfc jap guna wifi
nak g kedai emas jap ngan angahpetang g jogg with anum n ila
(huhuhuhu usaha untuk kurus sebelum pose)
heheheheheh
doakan berjaya ya..hehehe

Friday, August 14, 2009

cat rumah


arini balik umah

sambung keje ngecat rumah

last week dah siap part pintu pagar

nanti nak sambung dalam umah lak

sebelum pose kena siapkan

mak aku ni tiap tiap tahun akan tukar kaler tau...

mak kate


call mak tadi
mak ada kat umah
mak kate minggu depan abg nuar balik kelantan..balik umah MIL dia
oh ye ke...nak g ke?saya tanya mak...kelantan tak g lagi tahun ni..menarik ni...ehhehe
mak kata...cuti ke?.....saya kata kusus till khamis..tapi khamis half day je..n terus balik la cengitu..jumaat leh amik cuti rehat sbb kusus...hahhahahhaha...so?
jadi la...khamis kita g Kelantan....ops tidur Terengganu dulu..sbb nak tidur rumah cik din di besut..ehhehe..
suke suke

leh shoppin shoppin raya

sweet

takin from here

1. Put your iTunes/Napster/Zune Player/WinAmp/etc on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!

4. Tag 15 or more friends who might enjoy doing this as well as the person you got it from.

And im using my Sony W910i

IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
Betapa by Sheila on 7..tak tahu nak ckp apa

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRl?
Remember the time by Michael Jackson...ya saya sangat syg memori itu

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Saat-saat by Rama band...saat saat terindah

WHAT IS YOUR MOTTO?
Cinta sampai disini -by d’masive..last with rhs perhaps

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Bukan superstar by project pop....hahahah lagu comel

WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
It’s like that by Mariah carey...:)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Sedang ingin bercinta by dewa..wah?

WHAT IS 2+2?
Dibius cinta by melly n yusri..duo

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
We belong together by Mariah carey..happily ever after

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Dan sebenarnya-yuna hehe...

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Andai aku tahu by ungu...

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Menanti sebuah jawapan by padi..i luv this song very much

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Aku bukan untukmu by rossa..sbb aku rasa ada kekurangan kot

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU
Matahariku by agnes monica apa ni?

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Say what you will by SMAP given by RHS..lagu jepun..

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Al-quran surah al-alaq..yea dlm sony saya ada beberapa surah

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
I’m yours by Jason mraz

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Ketahuan by matta

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Kau auraku by ada band apa ek?

HOW WILL YOU DIE?
Permintaan hati by letto

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Can you keep a secret by utada hikaru

WHAT MAKES YOU LAUGH?
I remember by mocca

WHAT MAKES YOU CRY?
First love by utada hikaru

WILL YOU EVER GET MARRIED?
Give it to me

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Mistikus cinta by dewa

DOES ANYONE LIKE YOU?
All my life by kci and jojo

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Through the rain by Mariah carey...shukur pernah bagi aku lagu ni masa kat uniten muadzam

WHAT HURTS RIGHT NOW?
Larut by dewa

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Sempurna by andra and the back bone

Thursday, August 13, 2009

luv storie

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback startsI'm standing there
On a balcony in summer air
See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know
That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from JulietAnd I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while'
Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Julie
tBut you were everything to me
I was begging you please don't go and I said
Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes
Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh ohI got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the out
skirts of town, and I said
Romeo save me
I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head?
I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really knowI talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes
Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you
dgr lagu ni masa drive pagi tadi

sweet memory

hari ini pada tahun lepas..saya di JOHOR menanti kedatangan en RHS ke JB sbb dia out station
tapi saya ada urusan nak ke Singapore..nak beli hadiah untuk ana sbb nak kawen n disamping hadiah untuk abang lang..jadi saya tanya rhs

"wanna join me to singapore?

dia kata okeh takde hal tunggu dia sampai dr KL
so aku pun balik kerja awal then bersiap siap
tetiba rhs call
.
.
.
rhs:"ada perubahan"
sy:"napa"
rhs:"g dgn kawan boboy"
sy:"ha???sapa tu"
rhs:"yg dtg aritu tu g makan kat dataran tu"
sy:"ooo ok ok..oh ya..ada auto pass tak?
rhs:"ada"
sy:"okeh"
.
.
.
jadi malam nya kitaorg pun gerak ke negara jiran menaiki MYv kawan boboy..nama dia tazi...pompuan cikgu kat sekolah kat jb..sangat la banyak cakap..dan cakap pun speaking tak abis abis..
ehheheheh
so destinasi pertama..kitorg g orchard...sbb rhs nak g hard rock cafe

saya masuk mng

.

.

rhs:"kedai awak"

sy:"nak masuk la ..amik sweet"hehehehe

rhs:confirm sweet je bukan handbag?

sy:bleh gak kalau nak bagi
after that kitorg lepak lepak kat depan takashimaya kat orchard tu lepas penat jalan jalan sepanjang orchard..lepas tu ke mus ta fa...
beli beli brg sketand jenjalan kat merlion..n balik umah dgn beaming..hehehe..gatai..dan esoknya en rhs amik saya masa balik kerja and hantar saya ke airport senai...sbb saya nak g Penang nak g ana kawen..dan dia meneruskan perjalanan balik melaka..ehhehe..napa dia tak ikut??? sebab next week nya dia nak g Japan ada seminar..DENGKI..

Wednesday, August 12, 2009

mid valley n uptown


semalam aku g midvalley utk mencari skechers

memula g studio R..tapi dah takde brg skechers kat sana

then salesgirl studio r tu kata ada butik dia kat ground floor

pastu aku pun g la ground floor

pastu HAMPA lagi...sbb sbb..kasut yang aku nak tu rupa rupanya ada pig line..dlm erti kata lain ada campuran kulit H1n1..bunguk,..terus hilang mood aku nak beli...jenjalan kat mid valley tu..takde satu pun yang menarik perhatian..napa ek time ada duit nak beli..takde apa lak untuk dibeli....

akhir nya amik keputusan g makan....aku suggest nak makan ciken cop kat uptown damansara..sbb dh lama gile tak g sana..since kereta aku ilang..aku kureng sket mood nak berjalan ni.....

so semalam makan ciken cop steven dgn kenyang..........dan balik tidur...takde hasil pembelian pun tapi ringgit dlm purse semakin susut...kenapa?sbb aku g jalan time lapar..so aku beli menda mengarut..bahaya ni...hish hish hish....