A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.
Tuesday, March 31, 2009
TALENTIME..
TIBANYA KAT SANA NANA TAK SAMPAI LAGI AKU SAMPAI DULU DR NANA..THEN NANA CALL
NANA: ADA NAMPAK KAK MIN TAK?
AKU: KAK MIN???MACAM LA AKU KENAL KAWAN KO.
NANA:TAKPALAH LAGI 5 MINIT AKU SAMPAI TGH PARKING
TAK LAMA LEPAS TU AKU NAMPAK NANA DTG DGN KEKURE (KEKURE NI NAMA ORG TAU..NANA BUKAN DTG DGN KURE KURE OK!!!!)..PASTU AKU NAMPAK YASMIN AHMAD ADA KAT BELAKANG NANA..PASTU AKU TARIK NANA..
AKU: NANA ..YASMIN AHMAD PUN ADA
NANA: DIALAH KAK MIN YG AKU TANYA KO TADI.KATA TAK KENAL
?????SENGAL NANA NI..HAHAHAHA
SO HASILNYA AKU NANA N THE GANG DGN BANGGANYA TGK CITER MUKHSIN DGN OWNER MUKHSIN TU..HHUHUHU,PASTU BILA ABES CITER SEMUA ORG PANDANG ..CAM KEMBANG HIDUNG LAK BILA BERIRINGAN DGN OWNER MUKHSIN NI.HAHAHAH..TAPI DIA BEST ARR..DTG PUN PAKAI BAJU KURUNG KAIN COTTON ALA ALA ORKID..
doa untuk ila...
Dah siap bedah,apendik dah pecah dalam perut.Jap lagi keluar ,alhamdulillah selamat
Pastu abang mahat suh kitorg balik dulu..pastu kitorg pun balik umah angah..pagi tadi kul 6 pg aku bangun n gerak balik KL sbb aku kerja.,tak berani nak amik EL.walaupun hati aku mmg tak best skrg ni..Hopefully takde apa apa jadi dgn ILA..doa utk dia ek semua..amin
Farah Adilla Binti Mahat..semoga cepat sembuh...achu
Monday, March 30, 2009
somethin to share...
Kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung.
Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya.
Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan.
Kajian Bebanan Penyakit dan Kecederaan Malaysia (2000) melaporkan kemurungan menjadi punca ketidakupayaan utama di kalangan wanita dan tempat kedua bagi lelaki dengan nisbah 2:1 yang dipercayai disebabkan perubahan hormon.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, penyakit yang tidak mengenal usia ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tanggungjawab dan budaya, terutamanya wanita yang mempunyai banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai pekerja,
Wanita juga lebih terbuka dan sangat prihatin dengan kesihatan serta tidak malu untuk merujuk masalah yang dihadapinya kepada pakar terbabit.
"Kemurungan di kalangan wanita juga ditunjukkan melalui gejala tidak bersemangat dalam kehidupan dan rasa tidak berguna (aku pun pernah rasa benda ni jadi kat aku when aku left E””)manakala lelaki meluahkan kemurungan dalam bentuk kemarahan dan mudah terganggu.
Kesan murung
Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, perasaan yang tidak positif dan terlalu memikirkan sesuatu boleh mengundang rasa sakit badan yang biasa dialami, yang berkemungkinan berkaitan dengan masalah kemurungan.
Masalah di tempat kerja juga mungkin dibawa pulang ke rumah dan meleret dari satu hari ke satu hari, sehingga menyebabkan sakit badan.Para penyelidik mendapati pesakit murung yang mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan am pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.
Dr. Mohamad Hussain yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, kemurungan adalah penyakit sepanjang hayat tetapi menerusi rawatan, pesakit boleh menjalani kehidupan normal, boleh bekerja, berkahwin dan juga mempunyai keluarga selagi mereka mengambil ubat.
"Kemurungan sama seperti penyakit kronik lain dan ia perlu dirawat. Kos rawatan kemurungan sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penyakit lain. Contohnya kos rawatan kanser payu dara peringkat kedua untuk enam bulan adalah sama untuk merawat kemurungan selama 20 tahun.
"Apa yang lebih penting ialah mengenal pasti dan mendapatkan rawatan seawal mungkin. Ini sebabnya pengamal perubatan, terutamanya doktor di klinik yang menjadi barisan pertama ditemui pesakit, perlu peka terhadap gejala kemurungan, termasuklah kesakitan fizikal yang sukar diterangkan," jelasnya.
Bagi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun jika mengalami dua episod kemurungan. (kena amik ubat ke)
Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit berkenaan berulang adalah tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama, 75 peratus (episod kedua) dan 95 peratus (episod ketiga kemurungan). Lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang lebih tinggi jika pengambilan ubat dihentikan.
(bab ni yang tak best kena hidup bergantung dgn ubat pula)
Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau hasil imbasan CT juga tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada pengamal perubatan alternatif dan tradisional.
Malah, lebih menyedihkan, terdapat segelintir pengamal perubatan alternatif dan tradisional tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan sama ada mengenakan bayaran lebih mahal berbanding kos rawatan di hospital atau mencabul kehormatan pesakit seperti banyak dilaporkan di akhbar.
Ada juga yang menganggap, masalah kemurungan berkaitan dengan kekurangan iman yang ada pada seseorang. Itu sebenarnya satu tanggapan salah kerana semua orang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kemurungan.
Perunding Psikiatri PPUM, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal berkata, kemurungan dan rasa sakit saling berkait.
Apabila seseorang menghidap penyakit, dia mempunyai risiko dua kali ganda untuk dilanda masalah kemurungan.
Sebaliknya individu yang murung pula biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imunisasi lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuklah jangkitan kuman.
(yang ni pernah jadi kat aku..aku selalu je jatuh sakit lately ni)
Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut. (yang ni betul aku pun rasa camni)
Bagi sebilangan pesakit, kesakitan fizikal juga didapati berlanjutan lebih lama berbanding gejala kemurungan itu sendiri.
Bagaimana hubungan ini boleh terjadi?
Antara penjelasan yang diterima ialah kedua-duanya memberi kesan atau mendapat kesan daripada perubahan pada paras bahan kimia otak dan sistem imunisasi badan, kesan sampingan ubat, rentetan perlakuan daripada cubaan membunuh diri dan faktor genetik.
"Kemurungan memberi kesan kepada paras pemancar neuron (neurotransmiter) iaitu bahan kimia otak yang bertanggungjawab menghantar maklumat ke saraf. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan noradrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan lebih terasa,"
Pesakit murung biasanya datang dengan gejala fizikal seperti penurunan atau pertambahan berat badan yang ketara, tidak boleh tidur malam, tidur kerap terganggu atau terlalu banyak tidur, keresahan melampau atau tiada perasaan, keletihan, tidak bertenaga atau kesakitan fizikal pada mana-mana anggota badan.
aku ada sebahagain dr arikel ni...solution???
MTEST
Dah lama gile tak peksa peksa ni..mulanya aku dh malas nak pergi,sbb aku pergi kali ni mmg serah diri je takde persediaan pun walaupun yati dh pesan g beli buku MTEST last minit aku g cr buku semua dh habis stok.aku pun dh rasa cm malas nak g..tapi dsb kan mak aku n adik adik mak aku semua menyuruh aku g peksa ..aku pun g lah .....Alhamdulillah settle …peksa tu ada 5 paper dr kul 9 sampai la kul 12.00 ramai giler org nak jadi cikgu….
doakan tuk aku ya kawan kawan…..
tadi makcik makcik aku call tanya g peksa MTEST tak..pergi makngah saya pergi,,hehehe.mati aku kena bebel kalau tak pergi
Time kaseh pakcik PLUS
Pakcik PLUS: “napa dik”
Aku: habis minyak…..
Pakcik PLUS: jom naik kereta pakcik antar smpai petronas nanti beli minyak kat sana
Aku:time kaseh pakcik.
Aku pun naik la keta storm pakcik plus tu ke stesen minyak yang mmg aku dh nampak.then aku pun beli minyak 10 henget n pakcik tolong aku isi minyak siap pam kereta lagi sbb minyak dh kering gile..baru aku teringat last aku isi minyak bile dicampur dgn jam kat kl lagi n aku meronda cr MPH lagi.pastu bila dh boleh start aku isi minyak penuh n meneruskan perjalanan balik,sampai je umah mak aku dh tunggu dgn muka risau,,aku pun citer la,,yg sengalnya boleh plak tak perasan minyak tu dh merah,,sbb aku yakin leh sampai petronas tu kan…pangajaran…jgn buat lagi tau..
Anyway terima kaseh pakcik PLUS
Friday, March 27, 2009
-end of 27 march-
Arini mood aku dh ok skit.mmm kenapa?..sebab arini dh ari jumaat aku nak balik kampung…
Sekarang ni weekend je aku balik umah without fail,smenjak aku pindah kl ni sabtu ahad tu mmg kat kampung tak pernah la aku duk kat sini,,cuti pun aku balik kampung walaupun sehari,lepas tu aku akan balik sini selambat yang mungkin..bajet bajet nak keje je br aku balik sini..gila la homesick..heheheh
Masalahnya dr zaman uniten sampai la skrg,Cuma waktu kat jb je aku jarang balik…sbb aku suka duk kat JB
Sengal je kan..sdgkan dr zaman blaja lagi aku dh bertapa kat bangi kira duk kat kl la gak walaupun bangi tu selangor kan..tu..tapi skrg life dah lain semua dh kerja tak mcm zaman belajar dulu seronok.skrg ni masing masing wat kerja masing masing,aku pun cmtu,,so takleh salahkan sesiapa…kita kena pandai bawa diri kita,utk happy kan diri sendiri…..dulu yuyu pernah cakap dgn aku benda mcm ni gak.enjoy urself cr something yg boleh buat ko happy..zura pun ckp jangan fikir sgt jgn ikutkan n layan sgt perasaan tu nanti kena penyakit kemurungan..ehhehe..
So,bila aku n ak kuar dr semua ni.nak kuar dr gua ni… entahlah sampai aku dpt apa yang aku idamkan kot
Heheheh
Semalam ku dpt call dr seseorg…hehehehe..yati tau org tu sapa sbb semalam aku citer kat yati…dia nak dtg jumpa aku ajak g minum..tapi dia ada kerja yg dia tgh buat..bermusyawarah katanya..malam jumaat..aku ya kan ajalah,tapi kat belakang tu aku rasabunyi cam kedai kopi..heheheh……apakah itu?nak jaga hati ke apa..aku pun kata takpalah since skrg pun dh pukul 10.30pm...ko nak ajak aku minum kat mana?sbb aku kalau nak ajak minum malam malam ni aku selera kat starbuck je..hahahah.tapi lagi 2 jam starbuck nak tutup since ko pun dr gombak nak amik aku kat cheras..lupa kan je la niat murni tu..heheheheh..gile blagak..tapi dlm hati aku harap juga dia dtg,,tapi in the other side…ngantuk dan pikir aku nak keje ni esok.ehehheh..takpalah kita tunggu episode aku g minum dgn dia..ehehhehe..
tag di kala bosan
Lin (kat umah kat sekolah kat taman permainan…etc)
Linda (kat opis)
Cheechung (kat uniten)
Achu (tuk anak sedaraku yg kusayangi)
Adik (utk family bila diorg reffering tuk aku)
Anda seorang yang :
-degil-
-byk songel-
-manja-
-peramah (kot)-
-easy to be fren (tapi kalau aku tak suke,susah la)hehehe
-eh dia nak bape menda ni??????
Insan Teristimewa ?? Describekan Die Terlalu Istimewa Dimata Anda :
- Family la of course
Lagu kesukaan anda :
lagu indon especially peterpan
Makanan kesukaan anda :
Tak kisah janji mak masak…
Warna kesukaan anda :
putih
Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :
- hp
- purse
- kunci
Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa :
entah,selalu je nangis..aku kan manja..hahaha
(noty adam kata kat blog tu wanita cantik suke nangis…so???)
Tag 6 rakan anda :
6 lagi
1-nina
2-zura
3-noty adam
4-mira
5-shiha
6-sabrina
Rahsia diwajibkan solat
Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran
Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. "Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)
Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
- Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya. "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)
Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud: "Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)
Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)
Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)
Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.
pesan Mira: Jadikan solat tu betul betul tiang dlm hidup kita nanti kita akan tenang..kan mira..lama tak g umah ko,tidur kat bilik ko...borak borak..makan mak ko masak..best...rindu...
pesan yati: kalau ko start buat subuh mesti ko dah tanak tinggal 4 yang lain,jd yang penting subuh kena rajin..alhamdulillah sekarang ni cukup 5 without fail...amin
6th sense
- Go to your photos folder in your computer.
- Go to the 6th folder of photos.
- Go to the 6th picture in that folder.
- Put the picture on your blog and description of it.
- Invite six friends to join the challenge.
- Link them in your blog and let them know they have been challenged.
ok..saye pun dah terima tag dari anda....
Wah..camana gamba ni lak yg numbur 6?ehheheeh..apa ek nak describe gamba ni?hehehe,,nak tahu ke?takyah la ek..tengok pun dah tahu kan tu gambar teddy bear,heheh meh aku describe 6 best thing about this photo.coz photo ni yg ke-6 pun kan dalam folder.
1-1st teddy bear collectable aku dr HARD ROCK YOKOHAMA,JAPAN,dia pakai kimono
2-photo ni berlaku pada pukul 2.00pm time makan tghari kat restoren kat cyberjaya
3-masa kejadian ni happen aku ber3 dr UNITEN (aku,yati n afzan)
4-kitorg duk mkn ber 4,termasuk org di belakng tedy bear ni n for the first time aku jumpa dia,sbb dia baru balik dr ibaraki(ibaraki kat ne?search google..heheh).dan skrg aku dah kumpul 4 ekor teddy bear(osaka,jakarta,singapore,yokohama)
5-gambar ni di ambil dalam bulan 5 dr first hanphone aku yang ada kamera ..nokia
6-hehehe aku suke gile gambar ni dan aku sayang gile gamba ni..ehheh.sbb org belakang tedy bear tu pun tahu yg aku sayang dia..ops..sayang tedy bear..ahahhaha
ok dah siap cerita tag saya..sekarang saya nak tag 6 orang pula untuk kongsi dgn saya benda ni...
1-nina
2-noty adam
3-mira
4-shiha
5-sabrina
6-sapa sapa yg suka nuember 6 ni buat la kalau tak malu..heheheh
Thursday, March 26, 2009
Lost
saya kehilangan…ya saya sudah hilang dia…hilang sumber inspirasi saya..hilang sesuatu yang kuatkan saya dan pendorong saya jika saya bermasalah…hilang tempat untuk buat saya ketawa dan senyum..hilang tempat untuk saya mengadu…hilang semuanya.tapi saya tak menitiskan air mata sebab saya dh tahu semua ni pasti berlaku..sabar n tawakal, yakin tuhan ada dgn kita.itu selalu saya cakap sekarang saya dh faham kenapa lately ni saya bersedih.saya dah tak tahu nak buat mcmana semuanya ada hikmah tersendiri..
But the point saya kehilangan…
How to recover?
mmmmmm…kuatkan semangat allah tahu apa yng dia buat kat kita sbg umat…terasa berat je nak terima semua ni,tapi saya kena hadapi juga kan.
Kata orang, kita baru menghargai sesuatu setelah ia menghilang. Itulah yang saya rasakan. Sesuatu yang kita anggap biasa karena sehari-hari menemani kita, justru meninggalkan duka begitu ia ‘pergi’.
Baru terasa cahaya hatiMengingat apa Yang telah kau berikan
Kenangan indah adalah masa lalu sedangkan kita sekarang berada di hari ini dan akan melangkah ke depan.
Dengan ataupun tanpa mereka yang telah pergi, waktu akan terus berjalan. Meratapinya hanya akan membuat kita semakin ketinggalan
Dia bukan terbaik untuk saya,dia terbaik untuk orang lain….
mmm..betul…so skrg cr keyakinan diri utk move forward…cepat.buang semua benda yg mengarut ni
for someone that i have....
THANKS FOR BEING THERE
mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan
malam menangis tetes embun membasahi mata hatiku mencoba bertahan di atas
apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan
reff:aku terlanjur cinta kepadamudan tlah kuberikan seluruh hatiku tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadiapa salah dan kurang ku padamukini terlambat sudah untuk dipersalahkankarna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan
Redup terasa cahaya hati ...
Mengingat apa yang telah kau berikan ....
Waktu berjalan lambat mengiringi
Dalam titian takdir hidupku cukup sudah aku tertahan
Dalam persimpangan masa silamku....
* Coba tuk melawan.... getir yang terus kukerap....
meresap ke dalam relung sukmaku....
coba tuk singkirkan..... aroma nafas tubuhmu....
mengalir mengisi laju darahku....
Reff:
Semua tak sama....
Tak pernah sama..
Apa yang kusentuh
Apa yang kukecup...
Sehangat pelukmu
Selembut belaimu
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu...
Apalah arti hidupku ini..
Memapahku dalam ketiadaan
Segalanya luruh lemah tak bertumpu
Hanya bersandar pada dirimu ...
Ku tak bisa... sungguh tak bisa
Mengganti dirimu dengan dirinya...
Back to *, reff
Sampai kapan kau terus bertahan
Sampai kapan kau tetap tenggelam
Sampai kapan kau mesti terlepas
Buka mata dan hatimu relakan semua....
Wednesday, March 25, 2009
Happy birthday YUYU
Rindu lak kat YUYU last year masa birthday dia aku duk ngan dia lagi kat JB ingt lagi YUYU bawa balik bunga rose 6 kuntum ngan coklat
Aku : Happy birthday yuyu.eh apsal 6 kuntum je
Yuyu: Aah..Kacuk kata tak mampu nak beli 26 dia beli 6 je ,
kira kira cam ada bunyi 6 cukuplah
ngok ngek si kacuk ni.ehehehehe.tapi tu semua kenangan lepas…
-----------------------------------------------------------------
Dpt msg dr KURNIA Ins.
We have received claim notification for WHX6483. An adjuster will survey the vehicle soon. Pls submit claim form with full documents in 14 days .TQ
Gile.Lembab.Sengal.dah dekat sebulan kereta aku kat workshop…
Jalan Jalan
Benda ni tak rancang pun .tetiba ijan msg dia nak g sana n kebetulan kat depan opis aku je kan,,pastu aku pun call la sorg lagi sahabat aku zura..disebabkan zura pun duk kat jalan tun razak je,,so semua pun dtang…yg paling dekatnya aku la,tapi yg best nya aku la yang lambat sampai.ehhehehe..bukan apa aku skrg bawa kereta nak kuarkan kereta dr opis nak g sana dekat 20 minit baik jalan kaki je…hehehehhe
Anyway best la g sana tak rugi kalau korang g sana tau..ada banyak khemah dr A sampai F.tapi aku sempat masuk khemah E dan F je..ehehheh..sebab dah nak tutup..tapi sempat la juga membeli belah kat sana dan aku dapat HADIAH BIRTHDAY tahun lepas..uish lama gile nak dapat heheheh..anyway Thanks Zura... …sapa nak cr barang barang hiasan umah ke brg brg koleksi ke apa lah yang cantik pergi la sana..
Pameran tu sampai 30 hb ni dia bukak sampai kul 8.00pm
antara barang barang yg ada kat sana
Lepas habis kat situ,kitorg g makan kononnya nak makan kat Thai restoran kat Bukit Bintang,aku pun bg la direction kat zura..tp yg sedihnya tak jumpa pun kedai tu..semuanya kedai cina..nak makan apa?itik gantung?lembu pendek goring belacan?
Hehehehe.lastly zura decide kita makan kat Ampang je sbb dekat skit Ijan nak balik ke Kuantan dgn hubby dia lepas tu
zura tgh beli hadiah utk kawan kawan..cam melancong lak pompuan ni
ni tgh pk nak makan kat ne...
ijan n duan..pengantin baru yg poyo
ni hadiah birthday aku..beg make up anyaman..zura bagi..hehehe
End up semua dekat 10 lebih la juga balik…n aku sampai umah je tepat kul 11.00pm
Nasib baik aku sempat tgk Kasanova XXL..actually aku suka tgk EMELDa..comel….
p/s aku saja highlight nama zura,,sbb dia paksa aku letak gambo hadiah dia koat blog aku,ehheheheheh.jgn marah ek zura...
Tuesday, March 24, 2009
Pameran Kraf 2009
yea yea dah 5.30..tetiba ijan msg
"weh akunak g pameran kraf kat jln conlay..ko kat ne?"
"eh.tu depan opis aku..aku tunggu ko la cengitu..hehehe"
pastu aku call zura lak
"eh ko kat ne ijan ada kat sini"
"aah td dia msg nak g pameran kraf"
"ko nak g ke,depan opis aku ni je"
"okeh aku siap skrg"
"okeh aku solat sat"
okeh okeh roger n out...sambung esok....
melepas spaQ aku..hehehe
Kenapa aku asyik sedih????
Tak full fill my requirement
Tak expand knowledge
Tak learn somethin n doing the same thin everyday
(berlagak gile aku time tu)
tapi bos aku pun mengalu alukan aku pergi..eh eh dia suke rupanya..ehhehe..bukan lah sbnarnya dia pun faham aku doin nothin for that company bcoz dia pun tau previous company aku doing well (dia kata la kan)
cukup..cukup…aku tak suka citer psl company ni..sbnarnya aku sabar beberapa bulan duk kat situ,sebab dia tipu JD aku,aku masuk wat kerja cm org takde degree,tapi aku sabar dan aku tahu tuhan tu ada dgn aku…sampailah aku meresignkan diri….
Skrg ni aku kerja com ni sama apa yg aku buat kat E** tapi seriusly environment dia 100 kali ke 1000 ke kuasa dua ke bahagi darab campur tolak ke..aku suka kerja kat E** lagi…byk gila kenangan dan pengalaman dan pelajaran aku kat sana..
Yang pasti since aku tinggalkan E** aku sedih n hidup aku murung hingga la hari ni..tak de satu perkara pun yang mengembirakan aku since aku tinggalkan E**.
Takd a apa yg membanggakan aku since aku benti dr E**.
Aku betul betul sedih ,walaupun at the last day aku kat E** dulu,ramai yg ckp aku kuat,aku cool giler,tapi hakikatnya tuhan saja yg tahu.aku sedih sgt the day after aku resign dr E** aku menangis satu hari..walaupun aku puasa hari tu tak dpt tenangkan hati aku,melepaskan benda yang aku rasa amat bernilai untuk aku yang membanggakan aku,family n org sekeliling aku..but now.??aku hilang semuanya,…sedih sedih sedih….
Ya allah ya tuhan ku aku berdoa agar hidup aku ceria kembali n seperti dulu..
doa taubat
sakit hati...
Hari ni hujan lebat..aku kuar awal kul 8.00 sbb aku nak drive g opis..aku baru pasan mmg aku ni malas naik public transport.sbb aku tak suke menyempit nyempit dgn org dlm train aku lagi rela naik keta sendiri,walaupun aku kena bayar parking mahal..
Hari ni aku sampai 5 minit sebelum masuk kerja.aku on pc terus check email..pastu aku baca belog #$%^ kenapa la aku suka sakitkan hati sendiri kan…heheheheh.tapi arini aku dh tak rasa apa apa kot beza dgn semalam jantung aku laju je bila baca belog #%^&.
Semalam aku tidur awal sbb aku rasa tak sedap hati selepas baca belog #%^&…….
Semalam lepas baca buku La tahzan tu aku terus tidur…benci la perasaan camni…..
“sakit kan kalau nak tipu hati sendiri??”
(sape suruh aku yg gatal cari sebab nak sakitkan hati sendiri kan..memang tak de orang suruh pun…pehal la aku yg nak tempah ‘tiket’ nak terase hati plak kan…)
..
“sakit kan kalau cuba ‘gari’ tangan sendiri?? sakit kan kalau cuba ‘pin’ or ‘lock’ hati sendiri?? sakit kan bila cuba maintain senyum sedangkan berjalan atas batu2 tajam refleksologi?? sakit kan bila keinginan bercanggah dengan realiti or requirement yg ditentukan?? sakit kan bila cuba berpaling dari lihat pelangi yg dikagumi?? sakit kan bila cuba koyak helaian diary or entry yg paling disayangi?? sakit kan bila cuba pejam mata berlagak buta sedangkan punya mata yg mampu melihat dengan jelas dan nyata??? sakit kann??”
…
sakit kan bila realiti itu menyakitkan?? sakit bila cuba geleng kepala sedangkan hati meronta untuk mengangguk kepala???
Monday, March 23, 2009
11 jenis manusia didoa malaikat
Antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Hutan Lipur Lata Meraung,Jerantut Pahang
Kitorg bertolak pagi dr mentakab g Jerantut singgah umah along wat preparation skit…pastu g sana dlm setengah jam dah sampai…kat sana xtvt dia mandi manda,bakar bakar ayam n ikan,n mengacau anak sedara aku..ehehehehhe
ni masa xtvt bakar bakar kak ita ngan paklang n bibik sibuk bekerja...
monday...
Aku pun tak faham napa aku tak suka kerja skrg ni..environment dia kot yang buat aku bosan…aku tatau nak buat camna nak bg happy kan diri aku…kereta aku tak siap lagi tu salah satu benda gak yang buat aku bosan…duit pun takde aku lupa nak msg kak pujit acc number hasil jualan sk11 aku tu.
Aku ada lagi 4 file to settle this week, arini aku try settle kan 4 –4 nya..insya allah
Sebenarnya menda ni tak la susah sgt tapi benda ni memeningkan kepala aku.sbb dulu masa kat bank.Mr Tham yg buat menda ni.tapi aku tak nampak lak dia buat proposal tuk write off biasanya buat chart je tuk write off.
Arini department sebelah opis aku ni ha tgh kemas kemas barang..bising je..aku nak buka lagu pun tak boleh…
Friday, March 20, 2009
selamat hari jumaat
Thursday, March 19, 2009
Cik Osaka...heheheeh
Overdose cafein
Alamak awal la pulak...opis aku start kul 9.00 pastu aku pusing pusing cr parking yg berhampiran sbb selama ni aku tak pernah bawa kereta.pastu aku parking kat belakang bangunan MAS tu,taktau la kena berapa ringgit tu...pastu dah kul 8.30 aku naik opis aku.
dlm terowong
Eh apa kena mengena dgn subject???..hehe,sbnarnya pagi tadi aku minum 2 tin nescafe..konon konon taknak bg ngantuk..pastu usaha aku mmg berjaya..aku tak ngantuk langsung..tapi..aku rasa nak muntah,mual,muak sampai aku rasa nak kuarkan balik apa yg aku minum tadi...adoiiiiiiiiiiii,sakit gile kepala aku skrg,,skrg ni aku mencover balik dgn minum 8 botol air..eh silap 8 mug air kosong.kembung perut aku...nasib baik aku beli 2 tin je..kalau aku beli 2 jug ice caramel machiato??????..mau pengsan aku arini...Peringatan....JGN BUAT LAGI.
dah nampak klcc
Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah gastrointestial. Simptom-simptom ini boleh berlaku walaupun hanya 250mg kafeina diambil. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.
de 5...
1.What were you doing 5 years ago?
2004 ek…aku kat UNITEN Muadzam shah yang bunguk..bak kata nina..terror la uniten ni wat kampus dlm hutan kalah MARA.hahahah..aku sangat bosan kat sana tapi demi cita cita nak menghabis kan degree sbb malas nak further kat Uni lain sbb senang nak transfer credit aku duk la bertapa kat UNITEN tu.tapi tiap tiap minggu aku balik umah tak pun turun KL tak koser aku duk weekend kat situ.rela ngabis kan duit isi minyak,banyak plak duit aku time tu…hahahahahahah
2.What were the 5 things on your to do list today
menyiapkan amendment untuk write-off account ni
Call Lawyer KL wong yang sengal tu nak tanya legal opinion (pastu aku pening,…hahahaha)
kena tgk website Kuwait Finance House..ehehhehe
Kena g beli barang dapur sket
Kena fikir jalan nak balik rumah dr office aku,sbb arini aku drive g opis..hehehe(pinjam keta abah)
3. What were the 5 snacks that you enjoy?
Exceli aku tak suka makan jajan.aku tulis mana yang aku ingat je la ek
- Rocky star kaler pink (cam ayat nina)
- Tam Tam (ni kila ajar aku)
- Sembe (ko ingat tak benda ni nina???)
- Ricola..ni kira snack gak ke?sbb aku enjoy je dan benda wajib ada dlm handbag aku..hehehe
- Jajan yg kalau org bg free kita makan,best wooo…
4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
Tak penah terfikir pun sbb aku tak rasa nak jd kaya n aku rasa suke je idup cengini. sbb kang aku pikir kang aku nak buat n aku nak juga menda tu jadi,,tak kira..aku kan degil.heheheeh
5. Who are the 5 people you wanna tag
mira
shiha
zura
sapa sapa lah
Tuesday, March 17, 2009
511 cepat sikit la jam
lembab.....
aku nakjadi org pertama kuar..sbb aku nak balik mentakab...heheheh
half day or take a leave???
kalau tak sempat aku ckp je aku cuti sehari..lagi pun aku still unpaid,nak wat cmna kan...
selasa
ari yang agak bosan..aku dapat balik semua file yg aku nak wat write off setelah di ammend oleh bos...kena ammend 6 file..dh siap 4 dah ada lagi banyak file menyusul ni.cmna aku nak minta cuti ni,bos aku ni pun satu,tak bgtahu dateline bile bila nak main terjah je...aku rasa tak best la kerja kat sini.apsal ek????.environmnt dia kot buat aku bosan..
aku duk sorang sorg dlm workstation aku ni mengadap file takde jiran sebelah menyebelah yg leh sembang...gila la horror hidup aku..org lalu aku senyum je..tu je la..kalau nak gerak pun g toilet n pantry..pantry pun jarang g sbb pantry kat department sebelah,malas gile aku nak bergerak.Tapi g toilet aku rajin.sbb office aku ni dh mcm peti sejuk,nasib baik la aku ni bertudung kalau tak maunya migraine aku di buatnya....kat sini keje aku asyik makan je,,sbb aku bosan kot then takde menda lain aku nak buat dah.dgr lagu pun tak leh..apa lagi nak buat...buat kerja la dah org suh dtg tuk wat keje pun kan...huhuhuhuhuhuu...tapi takkan aku nak melalui hari hari yang mcm ni...
apa lagi la yg tak kena ngan aku ni ha..